3BUK-7

7.2K 210 6
                                    

"Tengku.. Tengku! TO-TOLONG saya!!"

Dengarkan sahaja permintaan tolong dari yan wajah melinda berubah menjadi pucat lesi, jikalau sahaja ditoreh wajahnya itu pasti tidak akan ada darah langsung Yang mengalir! Dira Yang menyedari perubahan drastik rakannya itu cepat menegur dengan menepuk-nepuk meja berulang-ulang kali namun melinda langsung tk berikan sebarang reaksi,marah tak bagi pelempang free pun tak!. Jangan meminta sebab apa si malaun melinda ni laju je tangan dia nak menampar anak orang!

"Aa-o-okay. Kau dekat mana?!"Tanya melinda dengan kalut, barulah tersedar ada hamba Allah Yang perlu diselamatkan ketika itu. Kepala nya mulai buntu sama ada hendak menunggu bodyguard Yang lain tiba untuk kesana secara bersama atau bersendirian. Haih tali pinggang hitam aku peringkat ketiga tu masih boleh digunakan untuk pertahankan diri, jadinya aku gerak dulu! Beg tangan sudah dicapai untuk persediaan lari ke kereta bila yan mengatakan keberadaanya, persis orang hendak melakukan larian 100 meter sahaja gayanya tatkala ini.. Ahhh pigii lantak lah Dey 100 meter kah 200 meter kah Yang penting aku nak selamatkan yan!

"Ja-jalan oliv, arghhhh.. Arghhhhhh!!"

Talian terus terputus mengelabah melinda melihat ke skrin telefonnya, bila didail kembali nombor telefon yan lelaki itu langsung tidak menjawab panggilannya. Dia terus menuju ke arah kanan tanpa menoleh lagi ke arah dira, asbab terlampau mengelabah Yang sepatutnya dia ke arah kiri untuk ke pintu keluar. Sudahnya dia melilau mencari pintu, ehhh mana pintu ni ghaib! Ehhh serious lah weyyyy mana pintuuuu!!

Dira jengukkan kepala kekebelakang, apahal minah tu tergaruk-garuk kepala macam beruk terlepas zoo. Terus Dira tolak kepalanya ke atas beberapa kali sambil pergelangan tangannya diangkat isyarat 'kenapa'.Tiba-tiba je dia ni mengelabah tak tentu hal pelik juga aku kena sampuk jin mana tah dia ni haihhh melinda..melinda..kepala Yang tak gatal digaru-garu beberapa kali

"Wey, mel kau nak kemana?!"Tanya dira, bingung dengan tujuan kemana rakannya hendak pergi. Terpingga-pingga seperti nak jawab paper kimia pula dah!

Melinda mengigit bibir bawah kegeraman, aisyhhhhh aku tengah ada emergency lah pintu cafe ni pun nak ghaib entah kemana! Aku humban juga manager cafe ni kang sebab buat cafe tema ghaib, mana tak nya sekejap ada pintu sekejap lagi bila aku nak keluar tak ada pula!

"Pintu?!Pintu!"Jerit melinda dari kejauhan persis orang gila.Sikit lagi dah boleh panggil doktor dengan nurse dari hospital sakit jiwa untuk ambil aku ni, ngeh! Stress aku bila tiba-tiba yan menjerit tadi.

Dira tunjukkan arah kiri nya dengan muka janggal apahal minah ni pintu dekat arah kiri dia pula menuju ke kanan,sudahnya dia pula mengelabah dekat situ sebab tak jumpa pintu. Hati dira terdetik apa masalah Yang dihadapi melinda sehingga dia terus berubah menjadi kalut seperti ni dibatalkan sahaja niatnya bila melihat melinda perlu cepat menguruskam urusannya tambahan lagi dia perlu ke butik selepas ini. Jari melinda bergerak kedepan seraya itu mulutnya membentuk huruf 'o',yahhh disitu lah pintu! Maaflah manager punya dah berbakul-bakul aku maki kau rupanya aku sendiri Yang salah pintu aiseyyy malu siak! Berdesup melinda lari menuju ke pintu sehingga secara tak sengaja telah melanggar seseorang yang baru sahaja masuk kedalam cafe,secara mengejut lengannya dipegang kuat oleh seseorang hingga dia tak dapat nak maju kedepan.Hisyhhh siapa pulak dahhh yang pegang-pegang lengan aku,muka dia hijau tol!jembalang hitam betulah dia ni aku tengah rushing boleh pula dia main pegang-pegang lengan kita!kau ingat nak buat joget macam cerita kuchi kuchi hota hai ke? Ni aku kasi nama baru untuk jembalang Yang pegang lengan aku kuchi kuchi hotak engkaaau berjambul! Kaki aku laju diangkat langsung memijak figura yang bersebelahan dengan aku apabila dapat lepas sahaja terus dia berlari keluar menuju kekereta.tah siapa Yang aku langgar tu aku mintak maaf lah yea!

Lelaki Yang melanggar melinda memalingkan wajah dan dahi Yang berkerut menahan kesakitan,niat dihati ingin menahan gadis itu kerana ingin bertanya namanya seterusnya ada suatu rantai Yang jatuh secara tk sengaja.Bila tu tak ada angin dan tak ada ribut terus sahaja kakinya dipijak apalagi terus dia melompat-lompat menahan kesakitan

3 bulan untuk kita  ✔Where stories live. Discover now