Tak ada satu hari pun melinda tidak pergi melawat aryan yang sudah dipindahkan ke wad icu malah sentiasa membacakan yasin disamping aryan dengan harapan lelaki itu bakal kembali bangun seperti biasa namun hari demi hari lama kelamaan harapan buat aryan bangun semakin tipis kerana sedar tak sedar sudah hampir dua minggu lelaki itu tak sedarkan diri,doktor yang mengelolakan kes aryan sudah pun menyuruh ahli keluarga bersedia buat kehilangannya yang paling tertampar mestilah melinda. Demi menebus kembali pengorbanan aryan dengan rela hati,tiap hari dia akan melawat dan memastikan perkembangan kesihatan aryan tidak jatuh mendadak hingga membuatkan keadaan sedia adanya semakin parah. Hari ini sekali lagi melinda melawat aryan selepas shift nya tamat diwaktu malam, keadaan wad icu aryan agak lenggang cuma bodyguard nya sahaja duduk dibahagian luar bilik. Walaupun sukar melinda tetap tersenyum untuk mengumpulkan semangat setiap kali solat tidak pernah putus doa buat aryan kembali seperti sedia kala,yasin dimeja dicapai langsung dibaca moga sahaja tuhan mengabulkan doa nya untuk berharap lelaki itu kembali sembuh. Hampir setengah jam membaca yasin melinda meletakkan yasin tersebut diatas meja langsung menatap lama muka aryan yang kelihatan pucat sekali, tangan lelaki itu digenggam tak kan pernah dia lupakan aryan dahulunya pernah berada diambang maut kerana menyelamatkan dirinya tapi kali ini sekali lagi aryan terbaring diatas katil menghadap kemungkinan antara hidup dan mati oleh kerana dirinya juga. Lama kelamaan mata melinda mulai berair mengenangkan kekasarannya pada aryan selama ni oleh kerana sakit hatinya langsung tak diambil peduli jikalau sekarang ni aryan sudah pun berubah sepenuhnya dan inginkan mulakan semuanya kembali dari awal jikalau sahaja lelaki itu berjaya mengharungi waktu kritikalnya dan kembali sihat seperti biasa dengan rela hatinya dia menerima aryan sebagai suaminya. Rasanya sudah cukup lah ujian dia berikan kepada aryan untuk menguji betul-betul diri lelaki itu tapi sekarang terbukti aryan sanggup lakukan apa sahaja demi kegembiraanya. Tapak tangan melinda menyentuh kepala lalu turun ke muka aryan
"Kau kena bangun aryan and kau tak boleh terus terbaring macam ni kesianlah sedikit dekat family kau hampir setiap hari diaorang datang untuk melawat kau, semua orang rindukan kau yang dulu, rakan sekerja kau.. Aryan maafkan aku sebab ego terhadap kau sampai tak pernah sekali aku berikan peluang pada kau untuk buktikan yang kau bukan aryan yang dulu.. Aryan tolonglah bangun aku merayu,kita dah janji nak kahwin kan? Pertunangan kita lagi seminggu nak genap 3 bulan aryan.. Kau kena bangun!"teresak-esak melinda bercakap dengan aryan seakan lelaki itu bakal mendengar setiap percakapannya namun diwaktu melinda tak sedar kerana melinda menyebamkan muka ke katil ada air mata yang tumpah dari kelopak mata aryan dan meniti ke pipi putih bersih miliknya. Melinda mengenggam erat pergelangan tangan aryan kerana disaat ini dia sangat takut untuk kehilangan aryan, tak sanggup lagi dia rasakan kehilangan lagi dan lagi,ya Allah selamatkan aryan tolong jangan ambil dia dari aku dan ahli keluarganya aku mohon ya Allah berikan aku kesempatan untuk betulkan kesemuanya kesalahan aku terhadap aryan."Aryan bangunlah.. Jangan tinggalkan aku aryan.. Aku sayang kau aryan.. Bangun lah aryan"melinda tersendu-sendu selepas menangis, kau kena bangun aryan kalau nak bernikah dengan aku.. Bangun dan buktikan yang kau akan nikahi orang yang kau sayang aryan.. Jangan terus baring macam ni.
Izz yang baru sahaja tiba dari tempat kerjanya kebetulan kesini untuk melihat keadaan aryan sekaligus bertemu melinda yang sudah berminggu-minggu tidak dijumpainya kerana sibuk di hospital,senyum senget dibalik pintu melihat adiknya yang setia datang kesini untuk membaca yasin buat aryan dan menemani lelaki itu sejak pertama kali aryan dimasukkan ke wad icu seakan berharap tunangnya akan kembali membuka mata dan keadaan bakal kembali seperti sedia kala, melinda.. melinda tak lama lagi jantan tu akan mati juga lah kembali pada pencipta dia maka tak yah lah kau nak berharap tinggi sangat untuk dia akan sedar kalau iya pun peratus untuk aryan kembali sembuh sangat rendah sebab racun yang masuk kedalam badan dia bukan racun biasa-biasa.. Aku akan musnahkan sesiapa sahaja yang kau sayang termasuk dua orang tua bodoh kesayangan kau tu.. Barulah senang aku nak dapatkan harta keluarga kau, heh.. Jangan ingat aku tak tahu bapa bodoh kau tu dah tukar wasiat terakhir dia untuk serahkan semua aset harta kekayaan dia pada kau jadinya aku tak kan pernah izinkan hal macam begitu berlaku. Sejak kecil aku dah terbiasa hidup dalam kemewahan jadinya bila diwaktu tua nanti pun akan begitu manakala engkau akan merempat tepi jalan setidaknya ikut jejak kekasih sadis kau yang dah mati tu.. Haih.. Tak sia-sia selama ni aku perbodohkan kau melinda dengan berpura-pura jadi abang mithali untuk kau sebab diakhirnya abang mithali kau ni akan pastikan hidup kau kerana untuk selama-lamanya.. Takdir kau dalam gengaman aku melinda.. Jadi jangan suka sakitkan hati aku sebab selama ni aku dah cukup bersabar dan muak dengan drama keluarga kau! Plastik kecil berisi serbuk racun dalam poket seluarnya disentuh kejap langsung dilangkah kaki kedalam badan melinda disentuh dari belakang menyentak gadis itu yang rupanya sudah ketiduran kerana keletihan. Dipeluk badan melinda bila gadis itu bangun dan menangis dilengannya, dibalik itu izz lakukan reaksi wajah meluat melihat melinda yang menangis untuk hal remeh seperti ni. kalau dah takdir untuk jantan ni mampus macam kekasih lama dia tu terima jelah apa susahnya! Urhhh drama sangat lah! Geli pulak aku nak menghadap satu persatu drama keluarga dia ni.. Izz menolak sikit badan melinda hingga terdorong kebelakang tapi masih mencengkam pada kadar sederhana kedua bahu melinda, rambut yang terjuntai kedepan hingga menutup muka melinda ditolak ketepi.
YOU ARE READING
3 bulan untuk kita ✔
RomansaTengku aryan Mikael sangat bencikan seorang gadis gemuk Yang bernama Tengku melinda adriana namun seiringnya berganti tahun pertemuan pertama mereka berikan imbak besar kepada aryan yang entah dimana permulaanya boleh jatuh cinta pada melinda yang d...