"Ad-adik tak ingat abang? Tk ingat kak luna?"Tanya izz separuh sangsi tidak mungkinlah adiknya sendiri boleh lupa perihal dirinya atau melinda mengatakan itu semua kerana terlampau marah terhadap kami berdua diatas sikap teruk terhadap nya sebelum ini. Tak semena-mena wajahnya disinggah dengan satu tamparan yang sangat kuat sampai berjaya menyakinkan dirinya bahawa itu bukanlah adik nya lagi, yang dihadapannya bukanlah melinda yang dikenali sejak kecil sebab dia berubah secara drastik. Melinda yang dia kenal tidak akan pernah menyakiti ahli keluarga sendiri kerana rasa sayang yang terlampau dalam terhadap kami semua sehinggakan hendak menjentik pun tidak pernah akan sanggup dia lakukan tetapi apabila dia meleku kepala aku tu maksudnya dia tengah bergurau tak berniat menyakitkan. Izz tiga langkah kebelakang meluaskan sudut pandangannya terhadap melinda yang mengerakkan badan kedepan dan kebelakang sambil mengigit kuku ibu jarinya, bahagian bawah mata melinda kelihatan sembam sekali seakan sudah berapa lama dia tidak mendapat lena yang mencukupi.
Perilaku izz dan luna langsung tak menarik perhatian melinda sebaliknya melinda lebih berminat untuk termenung melihat keluar jendela tanpa sepatah ayat pun keluar dari bibirnya, tidak semena-mena air matanya turut jatuh tanpa dipinta mulutnya bergerak memanggil suatu nama namun tiada siapa yang dengar atau mengerti apa yang cuba disampaikan olehnya. Melinda memalingkan wajah ke arah izz dan luna dengan penuh kebencian, naik turun nafasnya sangat laju kerana menahan kemarahan terus sahaja dia meluru ke arah luna dan menarik rambut gadis itu dengan kuat apabila izz cuma membantu sebelah kakinya lagi digunakan untuk menerajang izz sampai terjelepuk lelaki itu tersandar ditepi katil. Tak cukup dengan menarik rambut ditampar pula muka luna sekuat yang boleh untuk melepaskan amarah dan dendam yang mendalam terhadap mereka berdua entah mengapa dia sendiri sudah tak berjaya mengawal pergerakan dirinya sendiri sepenuhnya setelah terjaga dari koma. Semuanya dilakukan seakan dibawah keadaan separa sedar. Akhir sekali badan luna dihumban kuat kesofa langsung leher baju izz dicekak kuat siku nya dihentak kuat ke perut lelaki itu menyebabkan izz menjerit kesakitan. Mendengarkan pergelutan didalam semuanya terus masuk kedalam terkejut bukan kepalang diaorang bila melihat melinda boleh bertindak seagresif itu, dira cepat menarik melinda dan memeluk gadis itu untuk menenangkan melinda kembali.
"Dira? Ka-kau kemana? Kenapa tinggalkan aku dengan dua orang asing ni.. Si-siapa diaorang? Ak-aku tak kenal diaorang.. N-ni jantan ni tak habis-habis kata aku ni adik dia! Aku tak de abang lah.. Dia siapa, dira?!"Persoalan dari melinda membisukan setiap mulut disitu. Melinda bertindak lebih agresif bila izz cuba mendekati dirinya dengan membahasakan dirinya abang dan dia sebagai adik ketika memanggil, disepak nya lutut izz sampai lelaki itu terjatuh melutut dihadapannya. Kedua tangannya ditahan oleh bodyguardnya namun kekuatan melinda disaat ini sudah menyamai 5 orang lelaki sekaligus, tatkala melihat aryan yang baru masuk bakul buah yang dibawa aryan diambil langsung diterbalikkan bakul buah kebawah menyebabkan kesemua buah mulai jatuh, ditayangkan reaksi wajah selamba seakan tidak ada apa yang dia lakukan. "Ingat kau pernah suruh aku kutip balik buah yang aku beli? Sekarang aku nak kau KUTIP!"Badan aryan ditolak-tolak kebawah memaksa lelaki itu untuk melakukan seperti suruhannya tanpa banyak bicaralah aryan turutkan sahaja kemahuan melinda.
Dira memerhatikan gerak geri melinda yang sangat mencurigakan dirinya yelah kerana itu bukan lah sikap azali melinda walhal dia dibuli atau diperlakukan dengan sangat teruk jarang sekali melinda membalas kemnali, dia sudah hilang ingatan ke? Ta-tapi kenapa dia cuma ingat beberapa orang sahaja tapi bukan izz dengan luna? Sikap dia dengan aryan kenapa berubah drastik sampai macam tu sekali sebab sebelum ni dia okay je dengan lelaki itu. Melinda cuma berlakon untuk balas dendam atas perbuatan diaorang bertiga atau dia memang betul-betul sakit? Sudahnya disuruh sahaja kesemuanya untuk keluar supaya melinda dapat kembali tenang, tangan gadis itu ditarik untuk dia kembali baring diatas katil tak semena-mena melinda menggengam tangannya lama dengan sangat erat. Dia juga menatap ke wajah melinda jikalau sekali lihat tersiyat pilu hatinya melihat keaadan melinda yang sebegini rupa seakan lemah dan tak berdaya.
YOU ARE READING
3 bulan untuk kita ✔
RomanceTengku aryan Mikael sangat bencikan seorang gadis gemuk Yang bernama Tengku melinda adriana namun seiringnya berganti tahun pertemuan pertama mereka berikan imbak besar kepada aryan yang entah dimana permulaanya boleh jatuh cinta pada melinda yang d...