"Ar-yan"
Nama aryan diseru oleh melinda ketika meracau dalam lena akhirnya secara mengejut badan melinda tertolak kedepan akhirnya dia duduk diatas katil dalam keadaan bermandikan peluh walaupun aircond menghadap betul-betul ke arah katilnya. Mata melinda liar melihat keseliling yang terasa sangat asing buat dirinya malah tangannya seakan dicucuk dengan jarum yang sangat panjang, tangan kiri diangkat. tube untuk masukkan air?kepala melinda terpusing kekiri dan kekanan jikalau tidak salah ini merupakan salah satu bilik wad pesakit vvip tapi mengapa pulak dia disini sedangkan masa itu dia telah pergi ke wad icu setelah seorang nurse mengatakan bacaan nadi aryan jatuh secara mendadak. Kebisingan dari luar bilik membuatkan rasa ingin tahu dihati melinda mengelonjak, segala benda yang dicucuk pada tangannya dibuka dan dituruni katil hospital. Kaki yang cuba dilangkah terasa sangat lemah sampaikan melinda beberapa kali hampir terjelepuk jatuh tapi sempat berpaut pada objek pegun,tanpa berputus asa melinda melangkah kan kaki menuju keluar bilik kelihatannya semua ahli keluarga dan sahabat baiknya dira menunduk serentak malah mata mereka kemerahan. Apa semua ni? Pintu ditolak cepat dengan kedua tangannya namun melinda hilang imbang dan tersandung kehadapan untung eizal sempat memaut bahunya dan menolong melinda untuk duduk dahulu dikerusi. Melinda pandang satu persatu muka yang ada disitu,apa yang mereka hendak katakan?berita buruk kah yang bakal diterima oleh nya?ya allah aku mohon kuatkan aku untuk menerima apa sahaja ujian yang bakal kau turunkan kepada aku.mulut semua orang terkunci dari dibuka untuk beritahukan perihal sebenar kepada melinda sampai-sampai melinda mula naik angin dan memaksa dirinya untuk bangun walau masih dalam keadaan lemah.
"Kak mel,tolong tenangkan diri akak dulu..akak baru sedar dari pengsan..please don't push yourself.."pujuk ilya dengan suara lembut dengan harapan melinda akan mendengar nasihat darinya
ilya tak tega melihat melinda mendesak diri sendiri untuk melakukan perkara yang mustahil dilakukan sewaktu badannya masih lemah, cincin didalam poketnya dikeluarkan langsung diberikan kepada melinda dengan air mata masih bertakung di kelopak matanya kerana terasa sangat sedih malah sedikit takut jikalau melinda tak cukup kuat untuk berdepan dengan semua ini. "Cincin da-ri ab-bang aryan untuk akak...sebelum di-a... Dia mintak ilya sarungkan cincin ni pada dia waktu dia dah sedar dari koma dan serahkan cincin ni kepada akak tanda ikatan bakal perkahwinan korang berdua tapi.. "ilya menunduk beberapa saat kemudian mula dengar esak tangisan nya yang semakin melebat.
Puan amyra bangkit memeluk bahu ilya memujuk anak gadis itu supaya bertenang dan tidak terbawakan oleh emosi ketika sedang bersedih. Mereka semua sayangkan aryan dan mereka juga rasakan kehilangan yang sangat mendalam sampai saat ni tak ada siapa yang mampu terima kenyataan bahawa lelaki sebaik aryan sudah tiada lagi didunia ini. Pengorbanan yang dibuat aryan bukanlah pengorbanan biasa malah bukan sebarang orang mampu lakukan,berkorban demi menyelamatkan nyawa orang lain sehingga nyawa sendiri menjadi ganti.
Melinda elok tadi berdiri terjelepuk jatuh diatas lantai seperti orang putus harapan sahaja gayanya buatkan semua orang yang dari tadi duduk terus bangun terkejut dengan perilaku melinda, dira dan mira mendekati gadis itu langsung menyuruhnya untuk beristifar langsung bersabar supaya mampu redha dengan qada dan qadar ketentuan ilahi. Belakang badan melinda digosok perlahan oleh mira seakan memujuk rakannya untuk bertenang risau juga mereka jikalau melinda meraung hingga tahap histeria. Melinda menunduk, tangannya dihentak kuat pada lantai melepaskan marah pada dirinya sendiri. Sebelum ni arwah yan sekarang kenapa aryan pulak yang kehilangan nyawa kerana dirinya?! Kenapa! Aku ni tak layak ke untuk rasa bahagia oh tuhan ku?.. Apa dosa yang aku dah lakukan sampai kau ambil kesemua orang yang aku sayang?.. Kenapa? Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya, sebenarnya beberapa hari belakangan ni aryan ada cuba menelefon dirinya tapi itupun tak berapa nak dilayan.
Telefon yang berdering mintak diangkat diambil kasar oleh melinda seakan tahu siapa yang sudah menelefonnya malam hari seperti ini siapa lah lagi jikalau bukan aryan! Jantan ni betul-betul menyemak dalam kehidupannya!
YOU ARE READING
3 bulan untuk kita ✔
RomanceTengku aryan Mikael sangat bencikan seorang gadis gemuk Yang bernama Tengku melinda adriana namun seiringnya berganti tahun pertemuan pertama mereka berikan imbak besar kepada aryan yang entah dimana permulaanya boleh jatuh cinta pada melinda yang d...