"Aryan?"
Air mata dipipi melinda dikesat perlahan oleh aryan mengunakan sapu tangan sambil bibirnya mengukirkan senyuman cukup manis yang mampu menenangkan hati melinda sedang galau dan dihantui rasa bersalah, walau seribu orang mengatakan melinda itu jahat tetapi dia akan tetap mengatakan melinda memiliki hati sangat baik, mudah luluh dan lembut walau tingkah serta percakapannya agak kasar dipandangan orang ramai. Melinda adalah tunangnya dan orang yang sangat dicintai maka dia lebih mengenali siapa sebenar tunangnya itu.. Bukan ahli keluarganya, sahabatnya atau orang sekeliling tapi dia sendiri mengenali bakal isterinya itu. Jaket yang digunakan olehnya dibuka dan dipintal disuruhnya melinda memegang bahagian hujung manakala dia memegang bahagian satu lagi. Setelah itu ditariknya kedepan supaya melinda ikut kemana dia jalan kerana niatnya mengajak melinda kesini bukan sekadar mencari gaun sebaliknya hendak berikan kejutan istimewa untuk tunangnya itu, seakan dipukau sesuatu melinda hanyalah menurut dan berjalan tanpa bersoal banyak. Tiba saja ketempat sudah disediakan oleh aryan kelihatannya melinda tak senang disitu kerna keadaan agak gelap jadi melinda memilih untuk mendekati aryan namun lelaki itu berikan jaminan tidak ada apa-apa yang harus ditakuti beberapa saat kemudian kawasan tersebut dibanjiri lampu hiasan yang sangat indah buatkan melinda terpegun jaket yang digenggam tadi dilepaskan. Badannya melayang kekiri dan kekanan mengikut irama lagu.
"Maaf sebab saya mengatakan kita kesini untuk mencari gaun tapi bukan cuma itu sebaliknya saya dah sediakan kejutan ni untuk awak"
Melinda masih diam tak membalas apa yang dikatakan oleh aryan kepadanya kerana dia lebih asyik memerhatikan perhiasan lampu yang indah menerangi kegelapan malam ini. Tiba-tiba saja bunga ros putih kegemarannya buatkan matanya berair tatkala teringatkan kenangannya bersama arwah yan, wajah aryan dipandang penuh kebencian. Lelaki ni lah ni lah buatkan aku mengkhianati cinta aku terhadap arwah yan! Aryan cuba mendekati tapi melinda cepat menolak badan tunangnya itu hingga lelaki itu terdorong kebelakang
"Aku benci kau! Kaulah segala penyebab aku jadi pengkhianat terhadap arwah yan! Kenapa kau perlu muncul dalam hidup aku lepas apa yang kau dah buat pada aku aryan?! Tak puas hati kau malukan aku waktu dimajlis hari jadi kau sendiri?! Kenapa tuhan takdirkan kau ialah bakal suami aku?! Kenapa mesti kau!"Tengking melinda lepaskan geram dan amarah, tiba-tiba dia rasa sangat bodoh kerana sudah rasa bersalah terhadap aryan hingga sanggup datang kesini walau dengan susah payah menghadap jammed sampaikan terpaksa cari jalan pintas supaya cepat sampai.
Aryan menghentak meja kuat menyentak melinda sehinggakan bahu gadis itu terangkat ke atas"kau benci aku?! Ha?! Kau benci aku lepas pengorbanan yang aku dah lakukan untuk kau melinda?!"aryan mula bertindak kasar dengan mencengkam bahu melinda sangat kuat hingga gadis itu menjerit mengaduh kerana terpaksa menahan kesakitan akibat kekasaran aryan. "Kau marah aku diam! Kau buat tingkah aku diam! Kau malukan aku depan member aku, aku diam! Pernah tak sekali kau hormat aku sebagai bakal suami kau?! Tahu tak apa dalam kepala otak kau?! Dendam! Dendam! Dendam! Kalau kau rasa aku ni jahat, aku ni perangai macam setan dan bekas kekasih kau tu mulia macam malaikat kau ikut dia! Silakan! Sebab aku sendiri dah give up melinda nak faham kau! Dari pertama kali kita jumpa lepas bertahun lama terpisah aku MEMANG TAK FAHAM APA KEHENDAK KAU!"Tengking aryan betul-betul depan muka melinda akhirnya gadis itu terdiam seribu bahasa tak mampu balas walau satu patah perkataan pun. "Kenapa kau tak mampu jadi macam najwa?!"
"Kalau macam tu, putuskan pertunangan kita! Kalau kau sendiri dah give up aku lagi muak dengan lakonan pura-pura baik kau depan family aku! Sepatutnya dari awal kau tak yah nak pilih aku sebagai bakal isteri kau sepatutnya kau pilih je perempuan tak guna lagikan tak ada akhlak yang nama najwa tu!"satu tamparan kuat singgah kemuka melinda hingga kepala gadis itu senget ketepi, perit mula terasa cepat dia memegang di pipinya bahagian bekas tamparan aryan yang baru diterima baru kejap tadi. "Kau tampar aku?! Kau tampar aku demi perempuan tak tahu diri tu?! Eh kau sedar tak dia dah tinggalkan kau demi dapatkan lelaki lagi kaya dari kau! Dia tinggalkan kau diwaktu awal kau nak mulakan kerjaya kau! Kau memang jantan tak guna! Aku benci kau!"melinda membentak, air matanya laju mengalir aryan yang cuba menahan langkahnya dengan memaut lenganya ditepis cepat dan diaturkan kaki menuju kekereta. Kenapa aku bodoh sangat pergi kesini! Kenapa aku nak kesini sebab rasa bersalah kenapa?! Kenapa?!
YOU ARE READING
3 bulan untuk kita ✔
RomansaTengku aryan Mikael sangat bencikan seorang gadis gemuk Yang bernama Tengku melinda adriana namun seiringnya berganti tahun pertemuan pertama mereka berikan imbak besar kepada aryan yang entah dimana permulaanya boleh jatuh cinta pada melinda yang d...