3BUK-10

6.8K 164 5
                                    

     Merah padam muka melinda apabila kemarahan sehingga habis kesemua barang diatas meja dan dicapai dicampak ke arah izz yang baru sahaja tiba untuk menjenguk dirinya, bertambah benggang dia terhadap izz apabila lelaki itu bertingkah seperti tiada apa yang terjadi antara mereka berdua malahan dengan selamba menyalahkan aku yang terlampau manja. Katanya walaupun aku sudah besar tetapi masih sahaja harapkan perhatian daripada orang lain, perkataan izz masih segar dipendengaran dan terngiang-ngiang ditelinganya hingga membuatkan emosi marahnya kembali berombak dan laju sahaja tangannya mencapai barang melepaskan geram. Tube ditangannya dicabut kasar hingga mengalirkan darah segar yang banyak pada pergelangan tangannya langsung pinggan kaca ditayangkan ke arah izz langsung melemparkan ke arah lelaki itu. Aku bukan sengaja berlaku manja, tapi orang sakit persis aku memang perlukan perhatian lebih dari orang sekeliling. Apa dosa aku sampai abang sendiri sakitkan hati aku sampai macam ni sekali?

Melinda menolak-nolak badan izz tanpa rasa bersalah"Jadi ni semua salah adik?! eh kau sedar tk yang salah nye kau?! Apasal kau nak cakap aku pula salah sebab nak mengada or manja dengan orang sekeliling aki?! Wey, aku ni sakit tau! Kalau aku tak sakit,ehhh kau tak yah lah nak teman aku macam ni! Kau betul-betul dh berubah mana abang aku yang dulu! Sekarang kau berambus!Kau tak layak jadi seorang abang,sebab kau MEMANG ABANG TAK GUNA!DASAR MANUSIA BERAT SEBELAHHH"Jerit melinda betul-betul dihadapan muka izz lelaki itu tak membalas walau satu patah perkataan pun walhal dadanya berombak menahan amarah namun satu tamparan yang kuat singgah kemuka melinda, bertakung air mata pada kelopak mata melinda langsung terdengar jeritan seseorang dalam sekelip mata badan izz terhumban kebelakang, figura yang menjerit tadi terus melepaskan beberapa tumbukan kemuka lelaki itu kerana telah menampar melinda.

"Aryan?!Stop!!"

Izz menolak kasar azril yang menahan tangannya,kemeja nya yang sedikit berselerak dibetulkan sedikit.Tidak tahulah mengapa dia rasa sangat jengkel apabila sejak pagi tadi melinda minta untuk disuap lah ketika makan,diambilkan buah dari peti sejuklah banyak lagi lah yang diminta untuk aku buat.sudahlah lewat malam semalam luna sudah memarahinya kerana tidak bertandang ke rumahnya sebabkan rasa bersalah aku terhadap melinda akhirnya aku merubah haluan pulang ke apartment aku,ke hospital menemani melinda tak ke rumah luna berjumpa kaum kerabatnya juga tidak..Bagi aku itu lebih adil...arghhhh aku boleh jadi gila lah macam ni dengan ada adik yang sakit lagi dan tunang yang kuat mendesak!Akhirnya adik aku sendiri menjadi mangsa apabila aku sudah mulai hilang sabar.Aku memang tak ada niat dengan apa yang aku cakapkan kepada melinda mungkin sebab dia dalam keadaan sakit akhirnya melinda menjadi seseorang yang sangat sensitive begitu juga barusan sahaja tadi aku menampar dia..aku tak ada niat langsung nak sakitkan adik aku sendiri!aku cuma alami tekanan kerja dan pada orang sekeliling itu sahaja.Dihempaskan pintu dengan sangat kuat hingga mengejutkan pengunjung dan nurse yang lalu lalang disitu terus sahaja izz berlalu pergi dari situ meninggalkan adiknya yang masih terkesan dengan apa yang baru sahaja terjadi.

Aryan menarik perlahan tangan melinda untuk duduk diatas katil nasib baik melinda ikut kan sahaja langkahnya tanpa banyak bicara, diarahkan bodyguard gadis itu memanggil nurse apabila darah ditangan melinda tak henti-henti mengalir namun gadis itu termenung beriak bersahaja seakan tiada apa yang berlaku pada dirinya. Satu saat.. Dua saat kemudian terlihat manik-manik jernih menitik jatuh dari kelopak mata melinda menandakan gadis itu dalam keadaan yang terlampau tertekan. Yah, aku baru dapat berita mengenai kematian yan dan juga perihal hubungan mereka berdua aku faham apa yang dialami oleh melinda sebab aku juga pernah kehilangan seseorang yang sangat aku sayang. Perasaan sedih tu bukan lah dibuat-buat untuk dapatkan pehatian orang, setiap wajah muram yang terpancar juga bukan tipuan itu adalah suatu eksperisi asli ditunjukkan seseorang yang kehilangan. Kepala melinda bersandar lemah pada bahunya, dibiarkan sahaja jikalau gadis itu merasai lebih nyaman terus berada dalam posisi berikut.

3 bulan untuk kita  ✔Where stories live. Discover now