3BUK-28

4.6K 118 1
                                    

       This love-davichi(boleh pasang lagu ni kalau nak layan feel)

    Mel, kalau kau free jumpa aku dekat cafe hospital tempat kerja kau okay? Waktu makan tengah hari dlm kol 12 gitu?

Pesanan ringkas dari adam menganggu fikiran melinda kerana lelaki itu asyik menjauhinya dari majlis pertunangannya hinggalah hari ini, jikalau dihitung hampir sebulan lebih juga adam mendiamkan diri tatkala ditanya ke dira katanya adam sibuk dengan projek baharu di batu pahat sebab itulah dia jarang sekali on telefon. Hendak berfikir yang baik sahaja dianggaplah adam itu sibuk dengan pekerjaanya kerna itulah kadangkala mesej tak dibalas,chat diwhatsapp group pun tak muncul kadangkala jikalau ya pun cuma dibalas sepatah sahaja walaupun perbualan antara mereka bertiga panjang berjela dah macam nak buat karangan budak tingkatan 5!Jam baru menunjukkan pukul 10 pagi maknanya masih tersisa 2 jam sebelum pertemuannya bersama adam, notification masuk kembali dalam telefonnya kelihatannya itu merupakan mesej dari dira

Dira sengal musyuk tayang! 😫😛

  wey mel! Weekend ni jangan lupa datang majlis aku wokeng?! √√

Kau dah dengar pasal adam nak pindah ke scotland and stay dekat sana untuk beberapa tahun untuk handel company arwah uncle dia dekat sana?! Weyyyy flight adam harini dok!

  Melinda tercengang membaca mesej dira yang mengatakan adam bakal keluar negara harini juga mengapa jejaka itu langsung tak mengkhabarkan perihal itu kepada nya terlebih dahulu sekurang-kurangnya mereka boleh bertemu dan spend time bersama-sama. Tanpa sedar air matanya mula tumpah mengenai blouse yang digunakan olehnya pada harini kerna jikalau adam pergi dia akan rasakan kehilangan yang teramat sangat, setelah pemergian arwah yan adamlah insan yang paling banyak membantu malahan sanggup bertingkah seperti orang bodoh untuk membuatnya ketawa. Entah apalah difikiran adam disaat ini hingga secara mendadak dia nak berpindah keluar negara tanpa memberitahu kawan baiknya terlebih dahulu,dikuatkan dirinya untuk melihat keskrin telefonnya untuk bertanya lebih lanjut perihal tersebut.

-melllllllllll!!!!!!! Asal kau bluetick! Janganlah jadi adam 2.0!!!!hoiiii replylah mesej member kau yang syantik ni!

                                       -yea aku ada ni         lah hadooooo cuna relaks sikit kau ni mengelabah macam kaki kau dah nak kena potong apahal?!Bila kau dapat tahu adam nak ke Scotland? Tah-tah dia nak bercuti je kot.. Kau ni memandai jelah dira!

-ha, ada pun!aku baru dapat tahu semalam wey.. Tiba-tiba adam datang rumah aku mengejut then dia kata dia esok dah nak ke Scotland.. Aaa dalam pukul 10;30 gitu flight dia.. Aku dah jumpa semalam so harini aku tak gi lagipun harini aku nak kena pergi ke Kedah outstation kat sana..

                         -eh kau jangan buat kerja gila! Adam ajak aku jumpa dekat cafe pukul 12 kot! Kau jangan menipu aku!weyyy dira ni dah pukul 10;05 sempat ke aku nak ke klia jumpa dia?!

-hm,better kau pergi sekarang.. Nanti aku terangkan kenapa!

       Melinda terus mematikan telefon dan mengemaskan barang kedalam beg tangannya secara ala kadar setelah itu dia terus berdesup lari keluar,kebetulan dia menemui nurse dikaunter terus diberitahu dia ada urusan kecemasan untuk diuruskan tanpa menunggu sesaat dia terus berlari keluarga dan mendapatkan keretanya, audi milik melinda laju membelah jalan raya.Semakin Lama kereta Yang dipandu oleh melinda semakin laju jikalau ada kereta Yang lambat diatas jalan raya akan dipotong sekali lihat pemanduannya sangat berbahaya tetapi disaat itu tak difikirkan lagi soal keselamatannya apa yang penting adalah adam! Yah! Adam! Dia perlu jumpa dan bertanya mengapa adam tergamak menipunya dengan berkata hendak berjumpanya pada pukul 12 sedangkan dia ada flight ke Scotland pada pukul 10;30 pagi! Air mata melinda makin deras mengalir bila memikirkan perkara itu entah apakah alasannya bila tiba disana dia akan pukul adam dengan kuat biar sampai lelaki itu masuk icu!Mulutnya laju sahaja menjerit memanggil nama adam dan kakinya pula kuat menekan pedal minyak melajukan lagi pemanduannya agar cepat sampai keklia. Jikalau dilepaskan peluang kali ini entah bila lagi dia bakal menemui rakan baiknya itu, sumpah dia rasa sangat geram, marah, sedih dikala ini. Semua perasaan bercampur menjadi satu buatkan dia jadi makin gila dan apa Yang dia tahu dia cuma nak berjumpa dengan adam sekarang juga tak kiralah walau apapun Yang bakal terjadi. Adam seakan terdengar suara melinda memanggilnya ditolehkan kepala kebelakang namun tak ada siapa disitu yang ada hanyalah pengunjung dan ahli keluarganya,tak semena-mena kelopak matanya terus berair dan alirkan mutiara putih cepat dikesat air matanya yang mengalir dipipi,dengan cepat terus cermin mata hitam dikoceknya dipakai mengelakkan orang ramai melihat matanya yang mula kemerahan kerana asyik menangis sejak pagi tadi. Hanya ni sahaja usahanya untuk menjauhi melinda yang sudah pun menjadi milik aryan tak kan lah dia bertindak untuk merebut gadis itu dari orang yang lagi berhak tak kiralah pertunangan mereka secara paksa atau rela masih juga melinda itu hak mutlak aryan, tuhan sahaja yang tahu bertapa peritnya hati dia tatkala mengetahui melinda bertunang dengan aryan sekaligus bakal bernikah dengan lelaki itu. Penantian bertahunnya sudah terhenti setakat itu saja jadinya ni lah langkah seterusnya akan diambil bagi melupakan melinda dan menghapuskan jejaknya dalam kehidupan ku agar terbukalah hati ni untuk Yang lain. Siapa sangka melinda lah orang pertama yang berjaya buatkan hatinya tertutup untuk gadis lain sehinggakan kesemuanya ditolak demi menunggu kepulangan melinda kemalaysia suatu masa dahulu kini dia harus terima kenyataan dia dan melinda hanyalah kawan baik,tak kan pernah lebih dari itu. Passport yang tergenggam kemas ditangannya jatuh tatkala adam nak bongkokkan badan ada tangan mengambil passport miliknya dan serahkan kepadanya. Diangkat sahaja kepalanya keatas wajah melinda menghiasi ruang matanya disaat itu dia cuma mampu hadiahkan satu senyuman nipis tapi melinda yang tak henti-henti alirkan air mata bertindak menampar kuat muka adam dan memukul-mukul dada lelaki itu sambil jerit 'mengapa'.adam tahu hati melinda hancur diperlakukan begini tapi adakah gadis itu tahu hatinya juga pernah hancur berkecai tatkala tahu melinda bakal jadi tunangan orang?

3 bulan untuk kita  ✔Where stories live. Discover now