Bab 1 : Berry Darwin
Nama aku , Berry Darwin. Umur aku 16 tahun. Aku seorang yang pemalu tapi kalau kau cari nahas dengan aku , memang maut menanti. Dari kecil lagi , aku hanya tinggal dengan ayah sahaja. Aku tidak pernah rasa kasih sayang seorang ibu. Ayah pernah cerita ibu meninggal dunia selepas umurku 1 tahun tetapi ayah tidak pernah menceritakan punca ibu sudah tiada. Sejak ayah jaga aku , aku dididik dengan penuh disiplin. Aku tidak pernah merasa suasana luar kerana ayahku telah menetapkan beberapa peraturan yang aku sendiri tidak faham apa tujuannya. Namun , aku biarkan saja dan menurut kata ayah. Sehinggalah satu hari , aku melanggar salah satu peraturan ayah. Semuanya bermula begini..
"Berry , mari makan bersama ayah"
"Baik!"
Aku bergegas ke ruang meja makan untuk menjamu selera bersama ayahku , Mr.Darwin. Aku menghirup bau masakan yang dimasak oleh ayah. Mm sungguh menyelerakan! Tanpa membuang masa , aku bergegas mengambil pinggan dan mula menjamu selera. Ayahku yang sedang duduk di sebelah aku terkejut melihat kebuluranku di situ.
"Haih macam dah sebulan tak makan"
Aku terbatuk seketika. Segeraku mencapai cawan untuk meminum air. Kupandang ayah dengan muka tiada reaksi.
"Ayah.. Ayah tau tak ayah masak paling sedap kat dunia? Bukan selalu makan masakan ayah ni"
Ayah tidak mampu membalas apa-apa kata lalu terdiam seketika. Aku memandang ayah dengan senyuman sinis diukirkan di bibir. Heh aku menang lagi. Selepas perbalahan sebentar tadi , aku dan ayah hanya menjamu selera dalam keadaan sunyi sahaja. Selesai sahaja makan , aku bergegas menuju ke bilik. Baru sahaja ingin membuka tombol pintu bilikku , ayah mula memanggilku. Aku menoleh lalu menunggu apa yang ingin dikatakan oleh ayah.
"Berry , ayah nak keluar sekejap. Jaga rumah ya! Sekejap je ayah pergi. Nanti ayah balik secepat yang mungkin"
Ayahku mengenyitkan matanya lalu melambai ke arahku. Aku membalas lambaiannya dan melihat ayah beransur pergi. Senyumanku menghilang sebaik sahaja ayah pergi. Hm aku kena tercegat dalam rumah ni lagi. Akibat kebosanan yang melanda dalam diri , aku bercadang untuk berbuat sesuatu yang tidak pernah aku lakukan sebelum ini. Aku mengerling ke arah jam dinding.
"Baru pukul 4 lah"
Satu senyuman terpancar di bibir. Baru sahaja aku ingin melangkah keluar dari rumah , langkahku terhenti secara tiba-tiba. Aku teringatkan kata-kata ayah.
Peraturan pertama: Jangan keluar dari rumah sewaktu senja
Aku menggelengkan kepala sebaik teringat kata-kata ayah. Namun , niatku ingin keluar dari rumah amat menggunung. Akibat degil , aku pun meneruskan niatku. Secara tiba-tiba , aku merasa keseronokan berada di dunia luar. Angin sepoi-sepoi bahasa mula bertiupan. Aku terasa amat gembira yang tak terhingga. Aku berpaling ke arah satu taman permainan. Mataku membulat melihat sesuatu yang tidak pernah aku lihat. Aku berlari seperti kanak-kanak ribena ke arah buaian. Betapa seronoknya berada di dunia luar.
Sedang seronok aku bermain , mataku tiba-tiba mengerling ke arah jam tanganku. Mataku membulat sebaik sahaja melihat waktu yang terpampar di jam tanganku.
"Dah pukul 6! Oh no! I'm so dead. Ayah mesti akan marah"
Tanpa melengahkan masa , aku berlari anak pulang ke rumah. Mujur rumah aku tidak jauh dari situ. Dalam perjalanan pulang , aku melihat dua orang lelaki melepak di bawah pokok yang redup berdekatan dengan laluan pejalan kaki. Aku hanya mengendahkannya lalu memecutkan larian. Namun , langkahku mati sebaik sahaja mendengar seseorang menyahut namaku.
"Berry Darwin?"
Aku terkaku seketika. Ketakutan mula menyelubungiku. Aku mengumpulkan sepenuh kekuatan untuk berpaling ke arah dua orang lelaki tersebut.
"Ya..?"
Badanku menggigil melihat kedua-dua lelaki tersebut tersenyum sinis. Riak muka mereka tidak dapat kulihat. Sehinggalah seorang daripada mereka , menunjukkan wajahnya. Matanya mula menghitam secara tiba-tiba. Gigi taringnya mula diserlahkan. Aku tergamam. Bunyi serigala menyalak mula kedengaran. Aku terkaku seakan-akan gam melekat di kaki. Mataku beralih ke arah tangan lelaki tersebut. Tangannya mula berbulu dan kukunya mula memanjang. Aku mula berasa kurang sedap hati. Tanpa berlengah , aku berlari sepantas kilat hanya untuk menjauhi kedua-dua lelaki tersebut. Sebaik aku menoleh , mereka mengejar dengan pantas sekali. Rupa badan mereka mula merubah sedikit demi sedikit. Aku mempercepatkan larian. Sebaik sahaja aku menghampiri rumahku , seorang daripada mereka telah mencakar pehaku sehingga menampakkan isi dagingku. Aku meraung kesakitan. Baru sahaja mereka mahu menyerangku , sebuah kenderaan menghampiriku menyebabkan mereka berdua menghilangkan diri ke dalam asap kegelapan. Aku berasa lega sekali lalu aku menolehkan pandangan ke arah kereta tersebut. Aku terkejut melihat pemandu kereta tersebut.
"Ayah..?"
Ayahku berlari ke arahku lalu mendukungku untuk masuk ke dalam rumah. Ayah meletakkan aku di atas sofa perlahan-lahan. Segera pintu rumahku ayah kunci. Kini , ayah memandangku dengan muka serius buat pertama kali. Aku hanya menundukkan kepala sahaja.
"Berry , ayah dah cakap tunggu ayah balik. Yang Berry tak dengar cakap ayah kenapa?! Berry tau tak Berry dah langgar salah satu peraturan ayah?! Berry tau tak?!"
Aku hanya terkaku. Airmataku mula bertakung mendengar ayahku menengkingku buat kali pertama. Aku menutup telinga dengan rapat untuk mengelakkan ayah memarahi aku lagi. Aku menutupkan mata lalu tangisan mula membasahi pipi.
Secara tiba-tiba , sesuatu cahaya mula menyinari di hadapanku. Aku membuka mata perlahan-lahan lalu melihat dari mana datangnya cahaya tersebut. Aku terkejut melihat pehaku sedang disinari cahaya putih dan dalam sekelip mata luka di pehaku hilang begitu sahaja. Aku tergamam lalu mataku mengerling ke arah ayah. Ayah turut terkaku melihat kejadian tadi. Tiba-tiba ayahku mula panik. Aku mengerutkan dahi.
"Ayah.. Apa yang sedang berlaku sekarang?"
"Nampaknya kuasa Berry dah mula muncul"
"Apa dia ayah? KUASA?!"
Mataku membulat mendengar kata-kata ayahku. Aku seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengari oleh telingaku sendiri.
"Dah dah. Tak boleh nak explain sekarang. Ayah kini bawa Berry keluar dari sini sebelum mereka-"
Belum habis lagi ayah bercakap , bunyi salakan serigala mula kedengaran. Aku mula menggigil ketakutan. Ayahku segera membawaku ke ruang bawah tanah dan menarikku masuk ke dalam satu pintu rahsia yang tidak pernah kulihat.
"Ayah.. Kita nak pergi mana?"Ayah hanya diamkan diri. Aku mencebik. Ayah pulau aku. Pejam celik pejam celik , aku sudah berada di rumah orang lain. Baru sahaja aku mahu menanyakan ayah , ayah menarik tanganku dan terus membuka pintu rumah tersebut. Wow rumah yang amat besar. Aku memandang sekeliling lalu memandang ayahku.
Jantungku seakan-akan mahu tercabut sebaik sahaja melihat seorang lelaki yang kacak sedang berdiri di belakangku. Ternyata aku pendek. Aku memandang lelaki tersebut lalu memandang ayah pula. Akhirnya ayah mula bersuara.
"Berry , kamu dengar sini. Ayah nak kamu tinggal dekat sini. Ayah nak kamu selamat. Ini sahaja caranya. Kamu mesti tinggal dengan Jake"
Aku terkaku.
"What..-"
"No. Listen Berry. Nyawa Berry dalam bahaya. Kalau ayah tak selamatkan Berry , banyak masalah akan berlaku"
"Tapi..macam mana dengan ayah? Ayah nak pergi mana?"
"Jangan risau , yang penting kamu selamat"
Ayah memandangku seakan-akan kali terakhir aku dan ayah akan berjumpa. Ayah mengukirkan senyuman lalu melambai ke arahku. Ayah bagi senyuman fake. Aku hanya melambainya semula dan melihat ayah menghilang begitu sahaja. Aku tergamam lalu menangis. Aku membaringkan diri di sofa tanpa mengendahkan lelaki yang baru sahaja aku kenali.
YOU ARE READING
Daughter Of Light
Fantasy"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Berry Darwin. Sejak dari kecil lagi , dia telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya s...