❤Daughter Of Light❤ [Special Chapter]

4.2K 260 38
                                    

Sudah hampir seminggu aku terlantar di katil , dan akhirnya aku sudah bebas berjalan , menari , berlari dan apa-apa yang aku nak buat. Ayah juga sudah sembuh sepenuhnya daripada kejadian yang lepas. Rasa seronok sangat dah boleh keluar daripada terlantar dekat katil. Aku berlari keluar lalu menebarkan sayapku. Perlahan-lahan aku mengapungkan diri. Maklumlah dah lama tak terbangkan. Hehe. Sebaik sahaja aku sudah terapung ke udara , aku mengepakkan sayap lalu terbang sepantas kilat. Seronok yang tak terhingga. Jake , ayah dan yang lain-lain hanya melihatku dari bawah. Senyumanku yang manis membuatkan mereka semua tergamam. Cahaya matahari yang menyinari seakan-akan melengkapi diriku. Cahaya tersebut mencantikkan lagi sayapku , begitu juga dengan wajahku. Aku hanya tersenyum gembira. Perlahan-lahan aku menjejakkan kaki ke tanah lalu mengorakkan langkah ke arah ayah dan yang lain-lain.

"Berry...kamu nak tinggal dekat sini dengan atuk?"

Aku memandang muka ayah seketika lalu memandang semula wajah atuk. Perlahan-lahan aku mendekati atuk lalu memeluknya.

"Atuk..Berry teringin sangat nak tinggal dengan atuk..tapi Berry rasa tak payah kot..Berry nak tinggal dengan ayah"

Atuk mula mencebik. Ala atuk ni. Aku memeluk dengan atuk lebih erat lagi.

"Ala atuk ni. Hm? Apa kata kalau Berry ada masa nanti , Berry datang melawat atuk nak? Nanti boleh berlatih dengan atuk"

Mata atuk mula bersinar-sinar seperti bintang yang berkelipan. Hehe pandai tak aku bodek? Haha joke je. Aku meloloskan diri daripada pelukan atuk lalu memaling ke arah ayah.

"Ayah..jom balik"

Aku mengukirkan senyuman yang paling manis ke arah ayah. Ayah hanya membalas senyumanku lalu mengangguk. Lantas ayah mula terkumat-kamit sesuatu daripada mulutnya.

"Querido portal, guíenos hacia el lugar para ir a casa seguro"

Sesuatu yang bercahaya mula muncul di hadapan kami semua. Cahaya tersebut mula terbentuk menjadi satu portal. Oleum dan Jake melangkah masuk dulu , selepas itu ayah pula. Baru sahaja aku mahu melangkah masuk , tanganku ditarik oleh seseorang. Aku berpaling ke arah empunya badan.

"Brendan? Nak apa?"

Brendan hanya menggaru-garu belakang lehernya. Aku hanya mengangkat sebelah keningku. Hairan dengan sikap si mamat Angel ni.

"Spill it out , Brendan"

"Um...awak ingat tak waktu saya back-up awak masa Alicia kacau awak tu?"

Aku agak tersentak mendengar nama Alicia namun aku mengendahkannya. Aku kembali bersuara semula.

"Ha? Oh kenapa?"

"S-sebenarnya...sebenarnya.."

"Sebenarnya apa?!"

"Sebenarnya saya suka awak!!"

Lidahku terkedu. Lantas aku mengeluh. Aih dah agak dah. Aku hanya merenung wajah Brendan yang sudah kemerahan.

"Brendan..bukan apa..tapi saya suka orang lain..saya minta maaf sebab tak dapat balas perasaan awak"

"Takpe..lagipun saya rasa lega dah luahkan..saya tak kisah pun tapi..."

Brendan mula mengukirkan senyuman sinis ke arahku. Oh no. I hate that expression.

".....saya tau awak suka siapa"

Brendan mula menyiku-yiku bahuku sambil mengangkat kedua-dua keningnya. Mukaku mula membahang. Kurang asam punya mamat Angel. Lantas aku memukul bahunya dengan lembut lalu berlalu pergi ke arah portal tadi. Aku sempat melambai ke arahnya sebelum portal tersebut tertutup habis. Pejam celik , pejam celik , akhirnya sampai juga di rumahku syurgaku. Uh Yeah!!!! Aku berlari masuk ke dalam rumah. I miss my home! Tiba-tiba bahuku dilanggar oleh seseorang lalu aku jatuh terduduk.

Daughter Of Light Where stories live. Discover now