Ayah Sudah Pulih

4.1K 288 8
                                    

Bab 8 : Ayah Sudah Pulih

Selepas berjaya melarikan diri daripada Alicia , Jake memandu kereta dengan laju ke rumah. Sebaik sahaja tiba , ayah yang sudah nyawa-nyawa ikan diangkat oleh Jake ke dalam rumah. Aku pula berusaha untuk berdiri. Namun , disebabkan cakaran yang ada di belakang badanku , aku menghadapi sedikit kesukaran untuk berdiri akibat kepedihan cakaran tersebut. Jake yang baru sahaja keluar dari rumah tadi bergegas ke arahku.

"Kau okay?"

"A-aku okay..arghh.."

Kepedihan cakaran tersebut amat mendalam. Aku mengerang kesakitan. Jake mula panik lalu mendukungku ke dalam rumah dengan segera. Aku terkaku.

"K-kau buat a-apa ni?"

Jake hanya membisu. Semakin lama kelihatanku makin kabur. Aku dapat rasa Jake sedang panik. Aku menoleh ke arah ayah yang sudah terbaring di sofa bertentanganku. Aku hanya tersenyum kecil. Tiba-tiba , satu sinaran cahaya menyinari ruang tamu. Cahaya tersebut memenuhi belakangku. Aku mengerang kesakitan. Cahaya tersebut seumpama sesuatu cecair asid membakari kulitku. Lama-kelamaan kesakitanku reda. Cahaya tersebut masih menyinari belakangku. Cakaran di belakangku mula menghilang sedikit demi sedikit. Isi daging dan darah yang disebabkan cakaran tersebut hilang dengan serta-merta. Aku berlari anak ke arah cermin lalu memaparkan belakang badanku ke cermin. Hanya tinggal kesan darah sahaja pada pakaian. Isi daging dan darah yang mengalir dari cakaran tadi semuanya hilang. Jake yang tercegat di belakangku hanya terkaku. Mukanya mula memerah. Aku memandangnya dengan penuh kehairanan. Kenapa pula Jake ni , demam? Tiba-tiba , aku baru tersedar. Belakang badanku terdedah sedikit disebabkan cakaran besar yang dibuat oleh Alicia. Giliran aku pula untuk malu.

"Jakeeeee!!!"

"A-aku minta m-maaf..a-aku a-akan pandang b-belakang s-sekarang.."

Aku segera berlari anak ke arah bilikku lalu menutup pintu dengan rapat. Aku menyandarkan diri ke pintu lalu memeluk kedua-dua kakiku. Kenapa aku rasa pelik sangat harini? Kepalaku mula menjadi pening. Alahai , bukan masa yang sesuai wahai kepala. Aku menggelengkan sedikit kepalaku untuk menghilangkan kepeningan yang datang. Oh ayah! Aku segera bangkit lalu mencari baju yang baru untuk ditukar. Aku bergegas menukar baju lalu menuruni tangga untuk ke ruang tamu. Aku melihat ayah yang masih tenat baring di atas sofa. Aku mendekati ayah lalu menggenggam tangan ayah. Aku mencuba untuk bersuara tanpa menitiskan airmata.

"A-ayah..a-ayah o-okay..?"

"B-berry..gunakan k-kuasa k-kamu untuk t-tutupkan pandangan 'werewolf' daripada m-mengesan r-rumah n-ni.."

"T-tapi m-macam mana..?"

"K-kamu g-genggam t-tangan ayah. Ikut apa yang a-ayah c-cakap ya , B-berry"

Aku mengangguk lalu menunggu ayah untuk mula bersuara semula. Aku mengikut segala apa yang ayah sebut sambil menutup mata.

" Deje que temen la ,
La única luz que brilla en"

Sesuatu cahaya menyinari seluruh rumah. Tidak lama kemudian , keadaan menjadi seperti tiada apa yang berlaku. Aku memandang semula ayah. Airmataku menitik satu persatu melihat ayah dalam keadaan begitu tenat. Aku mengukirkan senyuman yang kecil lalu bersuara.

"A-ayah..d-duduk d-diam ya.."

Aku menggenggam erat tangan ayah lalu memejamkan mata. Harap-harap ia berjaya. Aku menenangkan diri lalu mencuba untuk fokus. Aku mula mengeluarkan ucapan yang manis tentang ayah sambil memulihkan keadaan ayah.

"Ayah..banyak berkorban demi Berry. Berry tahu ayah tak akan pernah putus asa demi Berry. Bagi Berry , ayah ialah ayah yang cukup sempurna. Ayah segala-segalanya dalam hidup Berry.."

Aku menarik nafas yang panjang lalu bersuara semula.

"With my powers , heal what has been hurt and return those who i love back"

Mataku yang berwarna biru cair seumpama air laut telah kubuka lalu cahaya mula bersinar di mata. Tangan ayah yang telahku genggam juga mula bersinar. Aku hanya menenangkan diri lalu menggunakan segala kuasa yang aku ada untuk sembuhkan ayah. Secara tiba-tiba , seseorang telah menepuk bahuku menyebabkan kuasaku tadi hilang begitu sahaja. Aku menoleh ke arah empunya badan. Jake. Aku menghadiahinya satu senyuman lalu memandang semula ke arah ayah. Badan ayah yang cedera dan luka sudah pulih. Darah yang mengalir di kepala ayah sudah tidak kelihatan lagi. Aku mengeluh sebagai tanda lega. Lega sangat ayah dah selamat. Aku tatap wajah ayah yang seakan-akan putih seperti merpati. Aku menyentuh pipi ayah lalu mengucupnya. Aku memandang ayah yang sudah lena dibuai mimpi indah.

"Ayah..dah selamat.."

Aku hanya tersenyum. Melihat ayah sudah pulih seperti sedia kala amat menenangkan hati. Tiba-tiba , badanku mula hilang imbangan. Kepalaku mula berdenyut semula. Jake yang berada di sofa menyambut diriku sebelum aku mencium bumi.

"Berry! Kau okay tak?"

Kepalaku berdenyut dengan lebih kuat. Penglihatanku mula menjadi kabur. Akhirnya , badanku mencecah ke lantai. Mataku dipejam lalu semuanya menjadi gelap. Perkara terakhir yang aku ingat ialah Jake menjerit-menjerit namaku dengan muka yang kacak 'sangat'.

Daughter Of Light Where stories live. Discover now