Dark Periwinkle Roses

3.3K 224 2
                                        

Bab 22 : Dark Periwinkle Roses

Aku mengerling ke arah ayah. Ayah masih ada dekat sana. Aku mengerling pula ke arah Jake dan Brendan. Hm nampaknya dua ekor tu pengsan lagi. Huh apa aku nak buat. Aku meletakkan kepala Oleum perlahan-lahan ke tanah semula lalu aku membangkitkan diri. Lantas , mataku mula bercahaya biru laut. Aku merapatkan kedua-dua tanganku lalu mengangkatnya ke atas. Maka , munculnya 'Light Element'. Aku menebarkan sayapku lalu memperluas kuasaku di sekelilingku. Aku menggunakan kuasaku untuk membuat penghadang kepada 4 orang insan yang aku sayangi. Aku kena pastikan mereka semua selamat. Aku membuat satu keputusan yang amat bahaya untukku tapi selamat untuk mereka semua. Aku mula terbang ke udara lalu memancarkan kuasaku ke udara. Aku memejamkan mata lalu memfokus.

'Querida Luz , llévala a la Montaña del Lago de las Flores de Luz ahora'

Cahaya putih mula berputar sekeliling Oleum , Jake , Brendan dan juga ayah. Aku menitiskan airmata. Ni sahaja jalan penyelesaiannya. Cukuplah mereka berkorban demi aku. Baru sahaja cahaya putih mahu menghilang ke udara , tiba-tiba ada sesuatu telah memegang tanganku. Aku memandang ke atas.

"O-oleum.."

"J-jangan lakukan seorang diri. Biar s-saya tolong a-awak"

"No. Cukuplah awak tolong saya..biar saya lakukan sendiri.."

Aku menguntumkan senyuman kecil lalu melepaskan tanganku dari genggaman Oleum. Airmataku menitis satu persatu. Tangan Oleum yang sudahku lepas masih mahu menggenggam tanganku. Dia cuba sedaya upaya untuk menggenggam semula tanganku namun aku mengundur ke belakang. Aku menebarkan sayapku lalu berlalu pergi daripada cahaya putih tadi.

"I'm sorry , O-oleum.."

"B-berry..."

Akhirnya , cahaya putih tadi menghilang sekelip mata. Mereka akan selamat. Aku yakin. Kini , aku berseorangan diri. Aku kena cari Amber. Aku memejamkan mata lalu menggunakan deria pendengaranku untuk menjejak apa-apa pergerakan berdekatanku. Tiba-tiba , aku terdengar seseorang seakan-akan membisik di telingaku.

"You can't find me , Berry.."

Aku mengeluarkan pedang petirku. Kau takkan terlepas kali ni , Amber. Aku melangkah perlahan-lahan ke satu kawasan berbunga yang gelap. Tempat apa pula ni? Aku berjalan perlahan-lahan. Hanya bunyi cengkerik sahaja kedengaran. Entah kenapa aku rasa ada orang perhatikan aku.

Krakkk

Aku tersentak. Lantas , aku berpaling ke belakang. Bunyi seperti sesuatu memijak ranting rapuh.

"Siapa tu?! Keluarlah"

Aku menggenggam erat pedangku. Mataku dipejam lalu mataku terus bercahaya biru. Power Activated. Aku hanya bersiap sedia. Namun , tiada tindak balas selepas itu. Aku meneruskan perjalananku. Kedengaran bisikan hadir di gegendang telinga.

"Hehee~ Carilah aku , Berry"

Aku tersentak lalu menghayunkan pedangku sekelilingiku. Tanganku mengeletar sedikit akibat takut. Bukan takut dengan suara tu , aku takut gelap sebenarnya.

"Keluarlah!"

"Hehehe~ Marilah cari aku"

Aku memejamkan mata lalu mendengar dengan teliti mana datangnya suara gelak ketawa tadi. Bingo! Suara tu datang dari taman bunga tu! Aku mempercepatkan langkah ke arah taman bunga tersebut. Wow. Tangkai bunga ni tinggi-tinggi dan kelopak bunga ni besar sungguh. Kenapa ya? Tak pernah aku tengok bunga macam ni. Tiba-tiba , kedengaran gelak ketawa di belakangku. Pantas aku menoleh.
"Amber..."

"Hai~"

Nampaknya Amber dah berubah ke rupa 'werewolf'. Aku merenungnya lama. Habislah kau ni. Namun , baru sahaja aku mahu meluru ke arah Amber , pandanganku menjadi kabur. Cepat-cepat aku mengesatkan mata. Argh kenapa dengan mata aku ni. Tiba-tiba , kepalaku menjadi pening. Aku dapat mendengar pelbagai bisikan daripada orang yang..aku sayang!

"Kau lembap. Sebab kau , aku mati"

Itu suara Jake. No. Please , stop this. Aku menutup telingaku dengan erat untuk mengelak daripada mendengar lagi. Namun , datanglah lagi bisikan dari orang lain yang membuatkanku jadi amat takut.

"Kenapa kau ubah aku ke rupa asal aku? Aku lebih suka jadi werewolf. Aku tak pernah suka kau! Aku benci kau!"

"Itu bukan kau , Oleum. Aku tau!"

Aku menutup mataku dengan erat. Lantas , pedangku terjatuh dari genggamanku. Segera aku mengambilnya semula.

"Menyesal ibu lahirkan kamu! Kamu tak mampu tunaikan hajat ibu. Sia-sia ibu korbankan diri ibu untuk kamu , Berry"

"No!! Itu bukan suara ibu! STOP IT!"

Aku menjerit ketakutan. Aku tak mampu hadapi benda ni.

Breath in. Breath out. Don't let it take you down..

Namun , bisikan di telinga makin memenuhi fikiran. Aku dapat dengar suara ayah , Jake , Oleum , ibu , Brendan , atuk , Alicia dan Mr.Adolf. Bisikan mereka hanya penuh dengan maki dan kutukan untukku.

"Tolong hentikan semua ni!"

Tak lama dari itu , aku mendengar Amber mentertawakanku sambil bersuara.

"Nak tau kenapa kau dengar bisikan yang merupakan kutukan dan maki..? Well kau perasankan kawasan yang kau tengah berdiri tu penuh dengan tangkai bunga yang tinggi dan kelopak bunga yang besar. Untuk pengetahuan kau , nama bunga tu ialah Dark Periwinkle Roses. Debu bunga tu akan semula jadi terbang sekeliling mangsa dan akan meninggalkan beberapa kesan terhadap mangsa. First , mata mangsa akan menjadi kabur. Second , mangsa akan mendengar bisikan dari orang yang dia sayang , cinta , orang yang dah lama mati tinggalkan dia , dan juga orang yang benci dia. Third , mangsa akan jadi ketakutan dan mati perlahan-lahan dalam keadaan terseksa. Nak tau kenapa tangkai dia panjang ? Actually tangkai tu akan membelit mangsa dengan erat manakala kelopak bunga tu akan mengeluarkan bisa untuk senyapkan mangsa malah sembunyikan mangsa daripada dijumpai oleh orang lain. Guess what?! Bunga ni hanya wujud kat Garden aku. Dark Periwinkle Roses Garden"

Aku mula mengerang kesakitan. Aku merasai seperti kakiku terbelit pada sesuatu yang kuat dan berduri. Mataku masih lagi kabur. Aku mencuba untuk berdiri menggunakan pedangku sebagai sokongan. Malangnya , belum sempat aku memacakkan pedangku ke tanah , aku ditarik kasar menyebabkan aku tidak boleh berdiri. Aku kena keluar dari sini! Tapi..macam mana? Aku tak boleh nampak apa-apa. Semuanya kabur. Kini , badanku dibelit lalu ditarik ke bawah. Aku seakan-akan tenggelam di dalam air. Cuma bezanya bukan air , aku tenggelam dalam bunga-bunga yang boleh membawa maut. Aku terkapai-kapai untuk mencapai pedangku. Sikit je lagi. Baru sahaja aku mahu mencapai pedangku , aku ditarik kasar lagi sekali. Aku dapat dengar Amber sedang seronok melihat aku terseksa macam ni.

"You're gonna die. Farewell , Berry Darwin"

Aku mula tenggelam perlahan-lahan ke dalam bunga-bunga tersebut. Mungkin ini pengakhiran aku.

Minta maaf ibu sebab tak tunaikan hajat ibu untuk bunuh generasi werewolf...

Aku menitiskan airmata. Selamat tinggal , semua. Akhirnya , satu tubuh ditenggelam ke dalam bunga-bunga tersebut. Aku bergelut untuk melepaskan diri. Namun , apakan daya , tiada apa yang boleh dilakukan. Nampaknya aku akan mati. Namun sebaik sahaja aku mahu memejamkan mata , aku berasa seseorang telah menarikku keluar dari taman bunga tadi. Aku menghembuskan nafas sebab lama sangat aku tenggelam dalam bunga-bunga tadi. Aku mengesatkan mata. Ah! Dah tak kabur. Aku memandang ke arah empunya badan di hadapanku. Mataku terus terbeliak.

Oleum Williams....?!

Daughter Of Light Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang