The End...?

3.9K 277 82
                                    

Bab 30 : The End...?

"B-berry...jangan tinggalkan kami semua..."

     Suara tersebut mula terngiang-ngiang di telingaku. Suara siapa pula tu? Perlahan-lahan kelopak mataku dibuka. Penglihatanku masih samar-samar. Aku mengelipkan mata beberapa kali sehingga penglihatanku menjadi jelas semula. Lantas , aku memandang sekeliling. Aku dekat mana ni? Perlahan-lahan aku menggerakkan badanku namun kesakitan menguasai sepenuhnya. Aku langsung tidak berdaya untuk bergerak. Tidak lama selepas itu , bunyi tangisan mula kedengaran lagi. Aku mengalihkan pandanganku ke arah empunya suara. Perlahan-lahan aku mencuba untuk bersuara.

"J-jake...?"

    Bunyi tangisan tadi terus berhenti lalu empunya badan pantas mengerling ke arahku.

"B-berry..dah sedar.."

    Jake mengesatkan airmatanya dengan segera lalu cuba untuk bersuara tanpa merosakkan nada suaranya yang baru sahaja menangis.

"K-kau dah sedar...?"

   Aku mengangguk kecil sahaja. Aku cuba untuk duduk namun dihalang oleh Jake.

"Jangan bergerak. Luka kau tu belum sembuh"

   Mataku sempat mengerling  ke arah selimutku. Aku mengangkatkan sedikit selimutku lalu menyelak bajuku. Satu balutan putih jelas kelihatan membaluti perutku. Aku kembali memandang Jake. Matanya merah menyala. Jelas sekali dapat kuteka dia baru sahaja lepas menangis. Tapi sebab apa?

"K-kenapa mata kau merah , Jake?"

"Masuk habuk"

"Eleh tipulah kau"

"Ish betullah"

"Tipu"

"Masuk habuk je lah!"

"Ti..-"

     Aku merasakan sesuatu yang hangat menyentuh hidungku. Aku tergamam. Jake yang sudah menutup mata sedang mencium hidungku. Dia memang pandai nak suruh aku senyap. Aku hanya terkaku dengan tindakan Jake tadi. Jelas kelihatan muka Jake menjadi merah lalu dia bersuara.

"Heh. Tau pun kau senyap. Nasib baik aku tak ambil first kiss kau tau. Aku still baik"

   Aku hanya terkaku. Aku yakin muka aku lagi merah daripada Jake. Siapa je tak malu kalau kena macam tu. Kami berdua kekal senyap selepas daripada kejadian tadi.

"B-berry...-"

   Baru sahaja Jake mahu bersuara , tiba-tiba muncullah dua kelibat daripada pintu hadapan bilik yang kududuki. Mata mereka terus terbeliak melihat aku yang sudah sedar sepenuhnya.

"B-berry..?"

"Hai Brendan , Oleum"

    Aku hanya mengukirkan senyuman kecil ke arah mereka yang cukup membuatkan mereka turut tersenyum. Hehe aku pandai pukau mereka. Haha joke. Mereka mengorakkan langkah ke sisi Jake lalu menatap wajahku. Aku mula berasa sesi renungan mereka bertiga amat mengancamku.

"Erm..so...berapa lama aku tak sedarkan diri?"

"Dah masuk 4 hari"

    Lidahku terkedu. 4 hari?! Serius lah. Lamanya aku rehatkan diri. Mereka meneruskan sesi renungan mereka. Ya ampun. Bila mereka nak stop tenung aku ni? Aku mula bertanya pelbagai soalan hanya untuk memecahkan kesunyian antara kami.

"Macam mana aku masih terselamat? Sedangkan sepatutnya aku mati"

"Sebenarnya..."

    Baru sahaja salah seorang daripada mereka mahu bercakap , seseorang telah memotong percakapannya.

Daughter Of Light Where stories live. Discover now