Bab 19 : Jake...?
Jake...masih hidup..?
Aku hanya memandang empunya badan di hadapanku. Aku membangkit diri perlahan-lahan lalu merenung empunya badan di hadapanku. Kenapa dia selamatkan aku? Siapa ni? Mungkinkah Jake..? Aku hanya merenungnya lama-lama. Bila dia nak pusing belakang? Aku nak tengok muka dia. Aku memberanikan diri untuk bersuara.
"Mm..awak ni siapa?"
Tiada jawapan. Dia hanya membisu. Alahai sedihnya aku kena pulau. Tidak lama selepas itu , dia tiba-tiba sahaja bersuara.
"Kau tak kenal aku ke Berry..?"
Aku terdiam seketika. Mungkinkah dia Jake..? Dari belakang macam Jake , tapi tak pastilah pulak.
"Sudahlah tu. Saya bukan Jake"
Aku terkaku seketika. Dia boleh baca minda aku? Kalau dia bukan Jake , dia ni siapa..? Tiba-tiba , dia mengeluh kuat. Aku hanya memandang pelik ke arahnya. Dia menoleh ke arahku lalu terserlah wajahnya. Aku terdiam seketika. Macam kenal , tapi siapa eh?
"Aduhai ni akulah Brendan"
Ha! Tulah yang aku nak cakap tadi. Heh padahal aku memang tak ingat. Aku ingat tu Jake. Airmataku mula menitis satu persatu lalu segera aku kesat untuk elak daripada dilihat oleh Brendan. Aku memandangnya lalu bertanyakan sesuatu.
"Kenapa kau tolong aku..? Dan kau ni siapa sebenarnya? Eh tak maksud aku.. K-kau..-"
Belum habis aku bercakap , Brendan telah memotong percakapan.
"Aku mengikut arahan ketua aku je. Anyway aku ni 'angel'"
Aku cuba menahan ketawa. Serius..? Brendan 'angel'..? Tiba-tiba , aku terdengar Brendan berdehem. Alamak. Dia nampak aku nak gelak.
"Well , kau tak percayakan? Aku faham. Meh aku kasi bukti"
Brendan menyuruh aku ke belakang lalu aku menurut sahaja. Tiba-tiba , cahaya putih mula mengelilingi sekelilingku. Wow. Mataku terpukau melihat kecantikan cahaya itu mengelilingi Brendan. Cahaya tersebut membentuk kepada sesuatu di belakang badan Brendan. Aku pula hanya tergamam. Muncullah sepasang sayap putih berbulu pelepah di belakang badan Brendan. Aku di situ hanya tergamam. Wow. Dia memang 'angel' , dahlah ada sayap sendiri. Aku je takde benda tu. Mulalah aku menjadi cemburu dengan Brendan. Brendan memandangku semula lalu tersenyum sinis ke arahku.
"Dah percaya..?"
Aku hanya mengangguk kecil. Perasaan cemburu mula hadir dalam diri. Aku pun nak sayap aku sendiri. Hmph. Pejam celik pejam celik , aku sudah tiba di satu kawasan pergunungan. Aku terpukau dengan keindahan kawasan itu. Aku memandang langit. Cantik betul bintang-bintang yang menyinari malam. Tiba-tiba aku teringat kata-kata Amber yang membuatkanku tersentak.
Tepat pada pukul 12 , sebaik sahaja bulan mengambang , boyfriend kau akan berubah ke rupa werewolf...
Aku mengelengkan kepala. Argh. Aku tak nak kehilangan Oleum. Tiba-tiba , sesi termenungku terhenti. Aku terkejut. Tiba-tiba sahaja aku didukung 'bride style' oleh Brendan. Aku cuba meloloskan diri sambil bersuara.
"Hei! Turunkan aku!!"
"Duduk diam-diamlah"
Aku terkaku melihat muka ketat Brendan. Okay , maybe aku patut diam je tadi. Brendan terbang ke arah satu gunung yang tinggi. Aku memandang kawasan tersebut. Tersergamnya satu pondok bersama satu tasik yang sungguh cantik. Lawanya! Akhirnya , Brendan menurunkanku dengan berhati-hati. Huh. Jujur aku cakap aku gayat tadi. Haha berangan nak ada sayap sendiri tapi gayat. Inilah aku si pelik haha. Aku memandang sekeliling. Aku kat mana? Tempat ni lawa sangat. Aku buat apa dekat sini? Aku mengerling ke arah Brendan. Baru sahaja aku menanyakan sesuatu , dia sudah berlalu pergi ke arah pondok tadi. Aih mamat ni. Aku pula hanya mengekorinya. Mataku terhenti pada satu papan tanda berdekatan pondok itu.
Light Flower Lake Mountain
Wow. Nama yang unik. Aku melihat Brendan memasuki satu pintu bercahaya. Aku terkaku. Kena masuk dari situ ke? Baru sahaja aku mahu ke arah pintu itu , tiba-tiba Brendan menjenguk kepalanya keluar dari pintu bercahaya tadi. Aku mengundur ke belakang sedikit akibat terkejut. Aih mamat ni nak buat aku sakit jantung ke apa. Disebabkan aku jalan lambat macam siput , tanganku ditarik oleh Brendan lalu badanku menembusi pintu bercahaya. Mataku terbeliak melihat apa disebalik pintu bercahaya tersebut. Wow. Aku kat kayangan ke apa ni.
Brendan menarik tanganku lalu membawa ke sesuatu tempat.
"Ada orang yang nak jumpa kau"
Aku hanya mengangguk kecil. Siapa pula nak jumpa aku ni. Sepanjang aku diheret oleh Brendan ke sesuatu tempat , orang sekeliling melihat aku seperti aku dah bunuh orang. Aku terdengar beberapa bisikan daripada orang sekeliling.
"Itu siapa?"
"Dia nampak macam iras muka Tuanku kan?"
"Dia tu bukan ke anak Tuan Puteri Isabelle?"
"Cantik dia tu"
Aku hanya terdiam. Seiras muka Tuanku? Anak Tuan Puteri Isabelle? Apakah semua ni? Lamunanku mati sebaik sahaja ditarik kasar oleh Brendan.
"Hei! Sakitlah"
Dia hanya pulau aku. Benci betul kena pulau ni. Akhirnya , tibalah aku di destinasi yang ingin dituju. Aku memandang sekeliling lalu bersuara.
"Kita nak jumpa siapa?"
"Ehem. Pembetulan. Kau yang akan berjumpa dengan kawan kau. Bukan aku ya"
Brendan menyelak langsir di hadapanku. Mataku terus terbeliak melihat empunya badan di atas katil itu. Tanpa aku sedari , airmataku bergelinang. Aku berlari anak ke arah empunya badan tersebut lalu memeluknya dengan erat.
"Jake!! Kau masih hidup!!"
"Dah dahlah tu. Sakitlah dada aku , kau tekan"
Segera aku melepaskan pelukam tadi. Aku menundukkan kepala.
"S-sorry.."
Jake hanya tersenyum kecil lalu menarikku semula dalam dakapan dan mencium kepalaku. Aku pula menjadi malu. Mukaku menjadi merah. Aih apasal kau buat aku macam ni Jake. Aku memandang Brendan lalu mengukirkan senyuman manis. Brendan tergamam melihat aku senyum. Heh biasalah.
"Macam mana Jake boleh hidup lagi? Can anyone explain to me?"
Ewah , kan dah speaking. Mukaku menjadi serius. Dua nurse yang ada tadi terus berlari keluar. Brendan dan Jake hanya terkaku. Akhirnya , Brendan memberitahu segalanya.
"Well , sebenarnya selepas Jake mati..aku selamatkan dia. Kebetulan aku terserempak dengan dia. So , aku bawa dia datang sini"
"Macam mana kau rawat dia? Seriously , his heart was been thrown out , you know"
"Itu yang kau tak tau. Kau nampakkan tasik yang tadi tu , air tasik tu boleh merawat apa segala penyakit dan boleh hidupkan semula seseorang tapi boleh sekali jelah. Mati kali kedua , air tu takkan berfungsi"
Tiba-tiba , Jake mengerling ke arahku. Apasal mamat ni.
"Berry..kenapa dengan baju kau?'
Aku mengerling ke arah pakaianku. Oh! Tanda cakaran tadi. WAIT. Tak hilang lagi cakaran ni?! Patutlah aku rasa panas semacam. Badanku mula hilang imbangan namun sempat disambut oleh Brendan sebelum aku mencium bumi.
"A-aku kena serang dengan Amber. Ayah dengan Oleum dalam bahaya"
Kepalaku mula pening. Argh. Brendan mendekatiku lalu membaringkanku di atas katil bersebelahan Jake. Dia memejamkan mata lalu menggenggam erat tanganku. Tiba-tiba , satu cahaya putih mengelilingku. Seperti biasa , lukaku hilang begitu sahaja. Mataku terus segar. Wow. Kuasa Brendan hebat.
"Berry..kenapa tak guna healing power kau je..?"
"Ia t-tak berfungsi s-sejak aku kena tumpas teruk d-dengan Amber"
Jake dan Brendan hanya membisu. Mungkin takut nak bersuara. Kami bertiga kekal senyap sehinggalah seseorang melangkah masuk ke dalam bilik itu lalu memelukku dengan erat menyebabkan beberapa persoalan hadir dalam fikiran.
Siapa lelaki yang peluk aku ni?
Aku hanya terkaku lalu menunggu lelaki tersebut melepaskan aku dari dakapannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Daughter Of Light
Fantasy"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Berry Darwin. Sejak dari kecil lagi , dia telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya s...
