Bab 11 : Penyiasatan Bermula!
Aku menunggu Jake di hadapan pintu pagar sekolah. Mana pula si Jake ni? Akhirnya , kereta Jake telah tiba. Aku melangkah masuk ke dalam kereta. Aku mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Jake kembali membawa kereta. Macam mana aku nak cakap eh? Aku mengumpul keyakinan diri aku untuk bercakap dengan Jake. Akhirnya , aku mula bersuara.
"Jake..."
"Ya..?"
"Boleh tolong tak?"
"Tolong apa?"
Aku menarik nafas yang panjang lalu kembali bersuara.
"Aku nak siasat seorang kawan aku ni"
"Siapa nama dia?"
"Amber"
"Ok"
Aku berasa lega. Jake tolong aku heh. Aku kembali bersuara semula. Takpe kan kalau aku tanya ni kat Jake? Harap dia jawab soalan aku.
"Jake..?"
"Ya..? Apa lagi Berry?"
"Aku nak tanya something. Kenapa 'werewolf' dengan 'lycans' bergaduh besar?"
Jake hanya membisu. Alaa dia pulau aku.
"Nanti aku cerita kat rumah"
Aku hanya mengangguk kecil. Yalah tu. Nanti lupalah apalah. Tidak lama kemudian , tibalah aku di rumah. Aku melangkah keluar lalu terus membuka pintu rumah. Mataku terus membeliak melihat keadaan rumah tersebut. Terdapat banyak plastik makanan bertaburan di lantai seakan-akan berlaku pesta makanan di sini. Nampaknya akulah yang kena kemas. Aku mengutip satu persatu plastik makanan yang ada lalu membuangnya ke tong sampah. Ha kan dah bersih. Aku melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan ayah manakala Jake duduk di sofa bertentangan dengan aku. Jake mula bersuara semula.
"Mr.Darwin , Berry nak tau kenapa 'werewolf' dengan 'lycans' gaduh sampai sekarang"
Kini ayah memaling ke arah aku. Aku hanya terkaku. Namun , ayah hanya tersenyum sahaja yang membuatkanku rasa lega sedikit.
"Okay. Sebenarnya dulu atuk Berry bersahabat baik dengan ketua generasi 'werewolf'. Tapi sesuatu telah berlaku yang menyebabkan mereka berdua gaduh besar. Satu hari , atuk kamu dijumpai mati dibunuh oleh seorang generasi 'werewolf' yang dipercayai ialah sahabat baik atuk kamu. Namun , sahabat baik atuk kamu nafikannya. Jadi , semua generasi 'lycans' serang tempat persembunyian mereka dan akhirnya sahabat baik atuk Berry mati di tangan 'lycans'. Kini , mereka nak tuntut kematian dia dengan membunuh Berry. Berry sahaja yang tahu cara nak bunuh mereka semua"
Aku menganggukkan kepala perlahan-lahan. Sekarang aku faham. Aku kena hentikan semua ni. Tapi macam mana? Aku menoleh ke arah Jake.
"Jake..tolong aku siasat pasal Amber"
"Kenapa dengan Amber sebenarnya?"
"D-dia berkelakuan pelik kebelakangan ni. So aku nak tahu kenapa"
"Hm. Kau jumpalah dia kat sekolah lepastu tanyalah. Apa susah"
Aku mencebik. Menyesal minta tolong dengan Jake. Langsung tak membantu. Aku membangkitkan diri lalu melangkah keluar dari rumah.
"Berry! Kamu nak ke mana?"
Ayah teriak namaku. Aku menoleh ke belakang lalu tersenyum.
"Nak pergi taman sana je"
"Jangan balik lambat ya"
"Baik"
Aku berjalan kaki ke arah taman tersebut dengan santai. Aku cuba menikmati angin yang sedang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Cuaca harini sungguh baik! Sedang aku seronok melihat awan di langit , kedengaran seseorang memanggil namaku dari belakang. Siapa pula ya? Aku menoleh ke belakang perlahan-lahan. Itu macam Oleum?
"Hai Berry!"
Oleum yang sedang menunggang basikal melambai ke arahku. Aku membalas lambaiannya. Namun akibat hilang keseimbangan menungggang basikalnya , dia telah terbabas ke arah satu pokok yang besar. Mujur tiada siapa kat situ. Oleum mengerang kesakitan. Aku yang hanya tercegat di situ pantas berlari ke arahnya. Kerisauan mula timbul dalam diri.
"Ole..a-awak okay?"
"Saya okay..argh.."
Mataku beralih ke arah kakinya. Uish lutut Oleum berdarah. Mujur aku ada first aid dalam beg yang aku galas dari tadi. Aku mengeluarkan first aid lalu membersihkan luka di lutut Oleum.
"Tahan sikit eh"
Oleum menjerit kecil sebaik kapas yang mengandungi antiseptik mengena luka pada kakinya. Aku cuba merawatnya sebaik mungkin. Akhirnya , aku melekat plaster di kakinya. Sebaik sahaja selesai , aku memandang semula ke arah Oleum. Mukaku memerah sebaik sahaja melihat Oleum memandangku tanpa mencelik mata.
"O-oleum..?"
Tiba-tiba sahaja , Oleum menarik tanganku lalu memeluk erat tubuhku. Aku terkaku. Mukaku sudah menjadi merah seperti epal merah.
"O-oleum..a-awak buat a-apa ni...?"
"Shushh.."
Aku mendiamkan diri seketika. Tidak lama selepas itu , Oleum melepaskan aku daripada pelukannya.
"K-kenapa awak buat m-macam tu tadi...?"
Oleum hanya membisu lalu menunjukkan jari telunjuknya ke arah buaian. Kelihatan dua orang gadis sedang duduk di buaian tersebut. Sekejap. Aku macam kenal je. Tu macam Alicia dengan Amber. Wait. Amber...? Dia buat apa dengan Alicia kat sini? Persoalan tersebut terus bermain di fikiran. Aku menjadi lebih hairan. Kenapa dengan Amber? Apa hubungan Amber dengan Alicia? Aku menoleh ke arah Oleum.
"Saya rasa Alicia dengan Amber ni plan something"
Aku terdiam. Mungkin betul kata Oleum. Hm aku betul-betul hairan.
"Jom pergi dari sini sebelum Alicia nampak kita"
Aku mengangguk lalu tanganku ditarik perlahan oleh Oleum. Aku dan Oleum meninggalkan taman tersebut dengan basikal Oleum. Dia baik hati tumpangkan aku balik rumah. Tiba sahaja di rumah , aku tersenyum lalu mengatakan terima kasih kepada Oleum.
"Terima kasih Oleum"
Aku melambai ke arahnya. Dia hanya membalas lambaianku. Baru sahaja aku mahu memegang tombol pintu , tiba-tiba Oleum memanggilku.
"Berry , sini sekejap"
Dengan itu , aku akur sahaja. Aku mendekati Oleum. Ada apa lagi dia ni.
"Ada apa lagi Ole?"
Secara tiba-tiba , Oleum menarik tanganku lalu merapatkan tubuhku dengannya. Pelukan hangat dapat dirasai. Peliknya. Oleum sungguh hangat. Mungkin aku demam kot. Aku hanya mendiamkan diri. Oleum mula membisik sesuatu yang memang cukup membuatku terkaku.
"Sebenarnya , saya suka awak Berry"
Aku terkaku. Oleum suka aku? Aku tak tahu kenapa aku nak tersenyum tiba-tiba. Mungkin aku pun suka dia? Aku tak yakin pasal tu. Hatiku berdegup dengan kencang. Aku dan Oleum kekal dalam posisi tadi agak lama juga. Akhirnya , Oleum meleraikan pelukan tersebut. Aku tak tahu kenapa aku tiba-tiba rasa sejuk. Aih sah aku demam.
"Bye Berry"
Oleum tersenyum manis lalu melambai ke arahku. Aku membalas senyuman dan lambaiannya lalu melihat Oleum berlalu pergi meninggalkan kawasan rumahku. Tiba-tiba , satu senyuman diukirkan olehku. Entah kenapa rasa gembira bila Oleum kata dia suka aku. Aku suka dia ke? Not sure. Kini , persoalan tentang Amber masih berlegar di fikiran. Apa hubungan Alicia dengan Amber ya? Nampaknya aku kena siasat dengan lebih teliti. Aku memulas tombol pintu lalu melangkah masuk ke rumah dengan senyuman di bibir.
YOU ARE READING
Daughter Of Light
Fantasy"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Berry Darwin. Sejak dari kecil lagi , dia telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya s...