Bab 15 : Jake Masih Hidup ?
Aku yang sudah reda menangis hanya merehatkan diri. Aku mencapai cawan yang berisikan hot chocolate lalu kuhirup. Nyam sedapnya. Sedang berselera aku menghirup air hot chocolate , tiba-tiba Oleum mencuit bahuku. Aku menoleh ke arahnya. Dah bangun dah mamat ni.
"Mm..?"
"Nak sikit~"
Aku mengangkat sebelah kening. Alahai. Aku mengambil lagi satu cawan yang ada di dulang lalu aku hulurkan padanya. Oleum mengucapkan terima kasih lalu menghirupnya. Sedang asyik kami menikmati air tadi , ayah telah tiba di bilik yang kami duduki dengan reaksi muka yang bengis. Aku terkaku. Siapa pula yang buat ayah aku macamni. Aku mengerling ke arah ayah sambil menunggu ayah mula bercakap. Tetapi ayah hanya membisu. Ia membuatkan aku tertanya-tanya. Akhirnya , aku memberanikan diri untuk bersuara.
"Ayah..kenapa ni...?"
Gigi taring ayah mula diserlahkan. Okay , sekarang aku takut. Kenapa dengan ayah ni. Ayah mengeluh kuat lalu bersuara.
"Tadi...seorang kawan ayah kena serang dengan 'werewolf'. Kaki dia dipanah dengan anak panah yang berbalut kertas. Sekarang ni dia dalam rawatan. Cuba kamu baca apa isi kandung kertas tu"
Ayah menghulurkan sehelai kertas berwarna merah. Uish darah. Aku mengambil kertas tersebut lalu membuka ikatan pada kertas itu. Aku membuka lipatan kertas lalu membacanya.
Berry Darwin ,
Aku nak jumpa kau sekarang! Kalau tak , nyawa kawan kau aku bunuh dengan lebih teruk. Guess what , kawan kau nyawa-nyawa ikan je ni. Kau lambat datang , aku akan jadikan dia makanan generasi aku.xoxo Alicia
Aku tergamam. Tanpa aku sedari , airmataku menitik satu persatu.
It's impossible! Jake...dah tiada..
Aku menangis lagi. Namun , aku berfikir semula. Mungkin Jake masih hidup lagi..? Aku tak yakin tapi aku kena pergi dan lihat sendiri , baru aku dapat tau sama ada Jake hidup lagi atau tak. Aku mengesatkan mata lalu membangkitkan diri. Aku menoleh ke arah ayah dengan senyuman sinis di bibir.
"Ayah..Berry nak buru mereka semua.."
Ayah langsung tidak membantah sebaliknya ayah mengangguk dan mengukirkan senyuman sinis di bibir. Aku menoleh ke arah Oleum pula.
"Oleum...?"
"Saya tentulah nak ikut"
Oleum bangkitkan dirinya dengan penuh semangat. Heh tak sabar nampaknya Oleum. Kini , aku ada pasukan kecil untuk melawan mereka semua. Namun , tiba-tiba sahaja Oleum menanya sesuatu yang membuatkan aku terdiam seketika.
"Macam mana nak cari mereka semua..?"
Aku memdiamkan diri. Aku cuba mencari cara untuk mencari lokasi generasi 'werewolf'. Minda mula mentafsir sesuatu maklumat. Mataku dipejam lalu cuba untuk mendapatkan maklumat tersebut. Bingo! Akhirnya , aku dah dapat caranya. Aku mengerling ke arah ayah dan Oleum.
"Mari berpegang tangan dengan erat. Jangan lepaskan ya!"
Aku mengarahkan mereka dengan nada yang tegas. Mataku yang berwarna biru cair mula bersinar. Akhirnya , aku mula bersuara.
"Ven a mí , Luz de la Gloria. Mostrar el camino a la"
Cahaya putih menyinari kami semua. Terasa seakan-akan angin bertiupan sekelilingku. Namun , aku membiarkannya. Akhirnya , aku merasai kakiku sudah menjejak tanah. Aku membuka mata perlahan-lahan. Wow. Tempat apa ni? Kawasan yang kami sudah tiba amatlah gelap. Aku memandang sekeliling.
"Nampaknya kita dekat dengan kawasan paya"
Kawasan itu juga penuh dengan kabus putih. Uish dah macam cerita hantu pula. Aku mula melangkah perlahan-lahan bersama-sama ayah dan Oleum. Tiba-tiba aku terhidu sesuatu. Baunya seperti darah. Aku bersiap sedia dengan pedang petirku di tangan. Ayah pula sudah merubah ke rupa 'lycans' manakala Oleum memegang dua pedang samurai yang disaluti api yang membara. Oh , aku belum bagitau yang Oleum ni pandai berlawan pedang kan? Well , dia memang hebat dalam bab tu. Aku berjalan ke hadapan lagi. Tiba-tiba , bunyi salakan serigala mula memecah gegendang telingaku. Bunyi pergerakan pula seperti berdekatan dengan kami. Aku hanya bersiap sedia. Aku memejamkan mata lalu menggunakan deria pendengaranku dengan teliti. Bunyinya seperti belakang Oleum. Dengan itu , segera aku memberi amaran kepadanya. Oleum memalingkan ke belakang. Dalam jarak 1 meter , seekor 'werewolf' sedang menghampirinya. Namun , disebabkan Oleum lebih pantas , 'werewolf' itu mati begitu sahaja.Cara Oleum memenggal kepala 'werewolf' tadi amat bergaya. Uish melting tengok tadi. Tiba-tiba , bunyi gelak ketawa mula kedengaran. Dari satu sudut gelap , munculnya Alicia bersama Amber. Kemudian , muncul lagi beberapa orang di situ dan dari situ , aku ternampak Jake dalam genggaman salah satu daripada mereka. Aku agak terkejut dengan kemunculan mereka. Tiba-tiba je sergah orang dari belakang. Alicia mula bersuara.
"Lama tunggu..? Well , aku bawa tetamu sikit dengan orang yang kau sayang ni"
Kemarahan mula membangkit. Argh dia ni memang cari nahas. Aku merenung tajam ke arahnya lalu bersuara.
"Lepaskan Jake!"
"Jake..? Eh kau , bawa dia ke mari"
Salah seorang daripada mereka menggenggam erat Jake di leher lalu membawanya berdekatan dengan Alicia. Aku hanya menunggu respon dari Alicia.
"Nikan yang kau nak? Okay"
Pada mulanya , aku ingat Alicia mahu lepaskan Jake. Namun , sangkaanku salah. Aku mengerling ke arah Jake. Jake menghadiahi aku satu senyuman kecil. Tidak lama selepas itu , Alicia membuat sesuatu yang menyebabkan mataku membeliak.
"Aku akan lepaskan Jake. Tapi sebelum tu...saksikan ni dulu"
Alicia merubah diri ke rupa 'werewolf'. Dia merapatkan dirinya dengan Jake lalu dia mencengkam dada Jake. Dia memasukkan tangannya ke dalam dada Jake lalu dia menarik jantung Jake keluar. Dia menunjukkan jantung Jake yang masih berdenyut. Aku menitiskan beberapa airmata. Jake membeliakkan mata sebaik sahaja jantungnya dicabut keluar. Kini , dia sudah mati. Aku menggengam tanganku dengan erat. Aku cuba untuk menahan kemarahan dalam diriku. Jasad Jake dicampak ke tepi. Aku terkaku. Thats it. Giliran aku untuk bunuh mereka semua. Aku memandang ke arah Oleum dan ayah. Mereka hanya mengangguk sebagai tanda mengerti dengan tindakan aku selepas ini. Alicia mula melaungkan salakan serigala lalu mereka semua menyerang kami. Aku memenggal semua kepala 'werewolf' yang menghalang aku untuk mendapatkan Alicia. Aku mengerling sepantas kilat ke arah Oleum dan ayah. Mereka sedang baik sahaja membunuh mereka semua. Kini , aku berhadapan dengan Alicia. Alicia mengukirkan senyuman sinis manakala aku menggenggam lebih erat pedangku. Aku dan Alicia berlari ke arah satu sama lain serentak. Disebabkan Alicia tinggi , aku terpaksa lompat sedikit untuk memenggal kepalanya. Kami berdua melaungkan jeritan yang kuat.
"Arghh!! Ini untuk Jake dan ibu!!"
"Arghh!! KAU AKAN MATI KALI NI!!"
Kami berdua berselisih antara satu sama lain. Aku mengangkat pedangku lalu melompat sedikit. Kami berdua melutut selepas itu. Cuba teka siapa menang. Of course , Berry Darwin. Hoho. Alicia merubah ke rupa manusia lalu memegang lehernya yang hampir putus. Kakiku berdarah disebabkan cakaran yang diberi oleh Alicia. Aku membangkitkan diri menggunakan pedangku lalu mendekati Alicia. Kini , giliran aku untuk mengukirkan senyuman sinis pula. Aku mendekatinya lalu meletakkan pedangku ke dagunya.
"Ada kata-kata terakhir..?"
"K-kau pasti akan..-"
Belum habis Alicia bercakap , aku memenggal habis kepalanya. Kepalanya berguling ke tepi. Darah hijau mula memancut keluar dari leher lalu jasadnya jatuh ke tanah. Pandanganku mula mengalih ke arah Amber dan seorang lelaki di sebelahnya. Lelaki itu mula menjerit.
"Tidak!! Anak ayah!!!"
Oh! So itulah ketua generasi 'werewolf' a.k.a ayah Alicia dan Amber. Baru sahaja aku mahu menyerang mereka pula , mereka telah melarikan diri ke dalam asap kegelapan. Heh penakut.
"Aku akan balas dendam..."
Itu kata-kata terakhir Amber sebelum menghilangkan diri. Aku hanya tersenyum sinis.
"Aku akan tunggu kau , Amber.."
YOU ARE READING
Daughter Of Light
Fantasía"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Berry Darwin. Sejak dari kecil lagi , dia telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya s...