Bab 2 : Diri Sebenar Berry
Aku masih menangis selepas ayah meninggalkanku seorang diri dengan seseorang yang aku tidak kenali. Tetapi orang tu kacak. Eh apakah aku ni. Aku memeluk tubuh dengan erat lalu memejamkan mata. Sebaik sahaja aku mahu terlelap , lelaki yang baru aku kenali iaitu Jake mula bersuara.
"Heh buatlah macam rumah sendiri. Buat..Buat.."
Aku terus membangkitkan diri daripada baring lalu menjeling ke arahnya dengan mata yang merah akibat menangis. Aku kembali baring di sofa lalu berpaling ke arah yang lain dengan mata yang dipejam. Baru sahaja mahu terlelap , terasa sesuatu yang hangat menyelubungiku. Namun , aku mengabaikannya. Tidak lama selepas itu , Jake mula bersuara semula. Cuma suaranya lebih dekat dengan aku seakan-akan dia berada berdekatan.
"Mm hai. Saya , Jake. Janganlah nangis lagi. So awaklah anak Mr.Darwin?"
Mata yang dipejam terus dibuka semula. Aku merenung Jake dengan lama. Sehinggakan aku tidak sedari bahawa jarak mukaku dengan Jake begitu rapat. Kami berdua merenung satu sama lain. Sehinggalah Jake bersuara yang membuatkan renunganku terhenti.
"Heh taulah aku kacak. Jangan pandang lama-lama"
Sebaik mendengar apa yang diperkatakan olehnya membuatkan aku malu. Aku dapat merasakan mukaku mula memerah. Aduh dia memang spoil. Aku menjeling lalu membuka mulut untuk bercakap.
"Ya. Aku anak Mr.Darwin. Berry Darwin"
Aku bercakap tanpa memandang ke arahnya hanya untuk menyembunyikan mukaku yang merah seperti epal merah. Aku dapat merasakan Jake mengukirkan senyuman sinis ke arahku. Aduhai.
"Oh. Berry? Sedap nama tu. Mesti comel kan kalau tunjuk muka tu kat aku"
Aku terdiam seketika lalu perlahan-lahan mengalihkan pandanganku ke arahnya. Aku dapat melihat senyuman manis diukirkan olehnya. Taulah aku cantik , jangan nak senyum-senyumlah. Aku menukarkan posisiku daripada baring ke posisi duduk. Mata yang masih bertakungan air segera aku kesat. Jake yang hanya melihat keadaanku sebegitu melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan aku. Aku hanya membisu. Jake mula berkomunikasi denganku untuk memujukku daripada bersedih.
"Kau nak tau tak , kenapa kau kat sini?"
Aku nak! Aku merenung mukanya sambil menunggu Jake menyambung percakapannya.
"Ayah kau hantar kau ke sini sebab kau dalam bahaya. Kau ni seorang yang istimewa dan penting. Kalau nyawa kau terancam , ramai akan mati"
Aku terkaku. Aku istimewa? Aku penting? Aku sendiri tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Jake.
"Kau ni digelar 'Daughter of Light'. Kau ni angel tapi kau ada naluri pemarah seperti lycan yang menyeramkan. Untuk pengetahuan kau , ayah kau ialah seorang generasi lycans. Begitu juga dengan aku"
Aku hanya mengangguk lalu menunggu Jake meneruskan ceritanya. Jake memandangku tepat pada mata lalu mengeluh. Dia menyambung semula percakapan.
"Dan..sebenarnya ibu kau meninggal dunia disebabkan oleh generasi 'werewolf' atau serigala jadian. Ibu kau mengorbankan diri untuk selamatkan kau daripada dibunuh oleh mereka. Kau juga perlu tau yang kau tau semua kelemahan generasi 'werewolf'. Sebab tu mereka sedang buru kau. Kau saja yang boleh bunuh mereka semua"
Aku membisukan diri. Aku saja yang boleh bunuh generasi 'werewolf' ni? Tapi macam mana? Aku sendiri tidak percaya dengan diri sendiri. Inikan pula aku ni penting dan istimewa yang mampu membunuh berpuluh-puluh atau berjuta-juta 'werewolf' kat luar sana. Tangisanku mula kedengaran.
Ibu...
Aku merintih kesedihan. Ibu sanggup korbankan nyawa ibu untuk selamatkan aku. Sedang aku merintih seorang diri , Jake mula bersuara semula.
"Berry. Janganlah nangis lagi. Ibu kau tentu sedih jikalau anak dia menangis je tanpa berbuat apa-apa. Ibu kau percaya yang kau ni boleh bunuh mereka semua. Jangan hampakan ibu kau"
Aku terdiam seketika. Aku menggenggam tanganku ke dada. Semangat yang ibu beri berkobar-berkobar dalam diri. Aku mesti kuat. Aku mesti yakin. Aku mesti balas dendam demi ibu dan aku mesti selamatkan ayah. Aku tak akan kehilangan ayah pula. Aku memandang Jake lalu bersuara.
"Kau tau tak , apa supernatural power aku?"
"Kau ada ice dan lightning power. Kau juga ada healing power dalam diri kau. Tetapi , kau mesti pastikan kau boleh kawal kuasa kau sepenuhnya. Jangan biarkan generasi 'werewolf' perdayakan kau atau kau akan mati"
Aku menganggukkan kepala. Senyuman yang sinis telah diukir olehku. Aku mengumpulkan semangat untuk kekal kuat. Secara tiba-tiba , kepalaku terasa sakit. Sesuatu cahaya terpancar dari mataku. Mataku yang berwarna hitam mula merubah kepada warna biru cair. Kepalaku mula berdenyut membuatkan aku berasa pening. Sesuatu gambaran dapat kulihat melalui mataku sendiri. Aku melihat gambaran tersebut dengan teliti. Itu ayah! Pada masa itu juga , suara ayah mula kedengaran di telinga.
"Berry? Kamu dengar?"
"Ya ayah"
"Sekarang kamu sedang berkomunikasi dengan ayah. Ia juga salah satu kebolehan kamu. Berry jangan risau pasal ayah. Ayah masih selamat lagi. Kamu mesti tinggal dengan Jake buat sementara waktu. Jake dah ceritakan semuanya pada Berry?"
"Dah ayah. Kita akan berjumpa lagikan ayah?"
"Anak ayah , jangan risau. Ayah kena pastikan generasi 'werewolf' tak dapat mengesan Berry. Semua ni untuk keselamatan Berry"
"Ayah..Berry minta maaf. Kalau Berry tak degil , mesti-"
"Berry..kamu tak perlu minta maaf. Ayah yang salah. Tapi sekarang ayah nak Berry latih diri Berry. Yang penting Berry mesti selamatkan generasi lycans dan juga pastikan diri Berry selamat"
"Berry janji. Ayah janji ayah kena selamat okay?"
Aku tidak dapat menahan tangisanku lagi lalu tangisanku dilepaskan. Airmata mula membasahi pipi. Kesedihan berada berjauhan dengan ayah amat memeritkan. Tidak dapat kubayang jikalau ayah mati dibunuh oleh 'werewolf'. Sudah tentu aku akan hilang kawalan lalu membuatkan diriku senang ditangkap oleh mereka. Aku menunggu ayah membalas percakapanku tadi.
"Ayah tak boleh nak janji. Tapi , ayah akan cuba demi Berry. Selamat tinggal , Berry Darwin"
Gambaran tersebut terus menghilang begitu sahaja. Aku mengeluh kuat. Melihat ayah sedang berkorban demi aku , amat menyentuh perasaan. Aku memandang Jake dan Jake memandangku juga. Aku mengukirkan senyuman lalu berterima kasih kepadanya. Aku menggenggan tanganku dengan erat sambil mata dipejam. Cahaya mula menyinari sekelilingku. Aku merasakan tubuhku seperti menari-nari di sekeliling kelopak bunga. Mataku dibuka. Perlahan-lahan aku bergerak ke arah cermin. Baju aku sudah bertukar. Baju yang aku pakai pada awalnya hanya t-shirt hitam dan seluar panjang sudah bertukar menjadi baju blouse berwarna biru cair dan skirt berwarna emas yang secantik petir memancar. Baju aku juga dipadankan bersama topi berwarna biru tua yang dilekatkan pin petir. Mataku menyilau melihat kecantikan baju tersebut malah melihat baju itu amat serasi dengan aku membuatkan aku nampak cantik. Tanpa aku sedari , Jake sudah tercegat di belakang lalu dia bersuara.
"Wow , cantiknya Berry bak bidadari"
Aku tertawa mendengar apa yang diperkatakan oleh Jake lalu aku membalas komennya.
"Well , I am an angel right?"
Jake hanya berdiam diri menandakan dia sudah kalah. Heh aku menang hoho. Kini , tibalah perjuangan aku untuk menyesuaikan diri dengan kuasa yang aku ada sekarang untuk membunuh generasi 'werewolf' demi ibu.
YOU ARE READING
Daughter Of Light
Fantasy"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Berry Darwin. Sejak dari kecil lagi , dia telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya s...