Bab 28 : Final Battle
Aku merintih kesedihan. Melihat kawan baik pertamaku sudah pergi , amat memeritkan. Kesedihan mula menyelubungiku. Aku menggenggam erat tanganku menandakan aku betul-betul marah. Lantas , mataku terus memaling ke arah Raja Walt yang sedang seronok berlawan dengan Jake , Brendan dan Oleum. Mereka bertiga habis ditewaskan olehnya begitu sahaja. That's it! Tiba masa untuk aku serang balas semula. Aku mencuba sedaya upaya membangkitkan diri. Perlahan-lahan aku bangkit sambil memegang erat lengan kiriku yang sudah patah. Aku mula berjalan perlahan-lahan ke arahnya seperti lipas kudung. Tiba-tiba gelang tangan yang diberi oleh Amber mula bercahaya. Pantas aku mengerling ke arah pergelangan tanganku. Kenapa ni? Sesuatu cahaya putih mula dihasilkan oleh gelang tersebut. Badanku perlahan-lahan diapungkan ke udara. Raja Walt yang seronok berlawan dengan tiga orang sahabatku sempat mengerling ke arahku. Dia tergamam melihat satu lagi keajaiban berlaku ke atasku.
"Apa semua ni?!"
Nampaknya Raja Walt bengang haha. Cahaya putih tersebut mula mengelilingku. Cahaya tersebut berputar-putar ke seluruh badanku seperti angin. Mataku dipejam. Cahaya tersebut perlahan-lahan meresap ke dalam tubuhku. Apa yang sedang berlaku kepada aku? Sayapku mula ditebarkan. Lantas , mataku dibuka. Cahaya biru laut mula bercahaya di mata. Akhirnya , aku menguntumkan satu senyuman sinis lalu aku menjejakkan kaki ke tanah perlahan-lahan. Aku mengorakkan langkah ke arah Raja Walt. Jake , Brendan dan Oleum tergamam melihatku. Heh aku tau aku lawa hahahahaha. Aku melintasi melepasi mereka bertiga yang sudah habis dibelasah teruk oleh Raja Walt. Satu persatu daripada mereka cuba menghalangku daripada pergi ke arah Raja Walt , namun apakan daya mereka semua tidak berdaya untuk bergerak.
"B-berry , jangan pergi..b-bahaya.."
"B-betul cakap J-jake , Berry...jangan pergi.."
"B-berry...jangan pergi..d-dengarlah cakap Jake dan B-brendan.."
Aku hanya mengendahkan sahaja. Senyuman sinis masih terpampang di bibir. Begitu juga dengan Raja Walt. Aku menghentikan langkah betul-betul di hadapan Lord Of Demon lalu aku bersuara.
"Heh. Seronok belasah kawan-kawan aku ha , Lord Of Demon ?"
"Langsung tak seronok. Nak lawan aku?"
"My pleasure"
Kami berdua membengkokkan tubuh sedikit sebagai tanda hormat sebelum berlawan. Sebelum sempat Raja Walt bangkit daripada membengkokkan badan , pantas aku meluru ke arahnya. Aku merapati kedua-dua belah tanganku lalu menghasilkan Light Element. Cahaya tersebut terus kuhantar ke arah Raja Walt. Raja Walt mengerang kesakitan.
"Seronok lawan aku?"
"Argh...s-sikit pun tak sakit...k-kau je main tipu"
Aku tersenyum sinis. Heh seronok aku lawan kau , Lord Of Demon. Aku menyerang lagi Raja Walt dengan Light Element namun kali ini tidak mengena. Cis! Dia sempat elak. Disebabkan aku tidak fokus terhadap pihak lawan , aku telah diserang oleh Raja Walt dengan sesuatu cahaya hitam. Raja Walt terus menghantar cahaya hitam tersebut ke arahku lalu badanku terpelanting jauh hingga terbabas ke arah pokok-pokok yang besar. Raja Walt hanya ketawa terbahak-bahak melihatku tewas begitu. Aku mengerang kesakitan. Sakit yang amat. Aku mendongakkan kepalaku perlahan-lahan untuk memandang ke arah Raja Walt. Heh seronok kau ya. Aku membangkitkan diri perlahan-lahan namun baru sahaja aku mahu meluru ke arahnya semula , tiba-tiba aku jatuh melutut. Darah yang banyak telah dimuntahkan. Terasa badanku mula menjadi tidak seimbang. Cepat-cepat aku menggelengkan kepala. Tak boleh. Aku tak boleh tewas sekarang! Perlahan-lahan aku bangkit semula. Mataku tepat memandang ke arah Raja Walt.
"Ni hari terakhir kau jejak tanah ni , Lord Of Demon. Aku akan tewaskan kau saat ni juga"
"We'll see about that"
Heh. Speaking konon. Tanpa berlengah-lengah masa , pantas aku meluru ke arahnya. Segala kuasa yang aku ada terus kupancar ke arahnya. Walaupun banyak mana tenaga kuasa yang mengenanya , sedikit pun tidak melemahkan Raja Walt untuk bangkit semula. Ya ampun. Bila nak mati orang tua ni. Raja Walt membalas semula serangan ke arahku. Sebelum sempat aku berpaling , Raja Walt telah menolakku dengan kasar lantas menghantar cahaya hitam tadi ke arahku lagi. Dua kali ganda keperitan dapat kurasa. Namun , sedikit pun takkan menghalang aku untuk tumpaskan orang tua yang berlagak tu. Nampaknya tiba masa untuk aku bentuk balik pedang aku.
"Heh takut nak lawan balik ke Berry Darwin ?"
Aku memejamkan mata lalu aku memfokuskan diri. Sempat aku membalas percakapan Raja Walt tadi.
"Bukanlah. Aku nak tenangkan diri. Baru senang nak lawan kau"
Aku masih memejamkan mata , cuba untuk menghasilkan pedang yang baru. Aku dapat dengar dengan jelas bunyi tapak kaki meluru ke arahku. Raja Walt cuba menghancurkan aku dengan cahaya hitam. Namun aku dilindungi dengan sesuatu cahaya putih sebagai pelindung. Raja Walt mendengus lalu memancarkan lagi kuasa cahaya hitam itu lagi. Namun apapun tidak berlaku kepadaku. Perlahan-lahan cahaya putih berpusing sekelilingku. Gabungan tiga elemen kuasa telah bergabung menjadi satu. Ais , Petir dan Cahaya. Maka , terciptalah satu pedang yang dihiasi corak-corak yang melambangkan setiap kuasa yang ada padaku. Lantas , mataku dibuka. Cahaya biru bersinar kembali di mata. Cahaya daripadaku telah menyebabkan Raja Walt mengundur ke belakang sedikit. Mungkin takut haha. Senyuman sinis mula terpampang di muka. You're gonna die , Lord Of Demon. Aku dapat dengar Raja Walt mengerang kesakitan akibat cahaya tadi. Heh tau pun sakit. Sayapku ditebarkan lalu aku mengapungkan diri ke udara.
"Saya , Daughter of Light , Puteri Angels-Lycans , dan kali ni kau akan mati di tangan aku"
Raja Walt mula mengundur ke belakang sedikit demi sedikit. Aku perlahan-lahan menjejakkan kaki ke tanah lalu mengorakkan langkah ke arahnya. Pedangku diheret ke tanah untuk menghasilkan bunyi seakan-akan aku ni psycho. Hahahaha! Lantas , aku meluru ke arahnya lalu menghayunkan pedang baruku ke arahnya namun dia sempat menghalang dengan pelindungnya. Aku tersenyum sinis , begitu juga dengannya. Raja Walt menolakku ke belakang untuk menjarakkan kami berdua. Heh aku takkan izinkan. Pantas , aku kembali menyerangnya tanpa dia sedari. Dia seakan-akan kaku melihat aku berlari pantas ke arahnya dengan pedang di sisi. Satu hayunan telah dilakukan. Cahaya putih telah mengena badan Raja Walt lalu dia rebah ke tanah. Aku menghampirinya lalu tersenyum sinis. Tanpa membuang masa , aku menusuk perutnya dengan pedangku. Darah hitam mula memancut keluar. Heh darah kegelapan. Aku menarik keluar pedangku lalu berpaling ke arah Jake , Brendan dan Oleum. Aku tersenyum lebar. Akhirnya , aku dah berjaya tewaskan Lord Of Demon! Tiba-tiba , sesuatu cahaya putih muncul entah dari mana di belakang Jake , Brendan dan Oleum. Dari cahaya tersebut , muncul lah dua orang insan yang amat aku sayangi. Raja Neil a.k. a atuk aku dan Mr.Darwin iaitu ayahku. Baru sahaja aku mahu ke arah mereka , atuk mula menjerit-jerit memanggilku. Lantas , aku berpaling.
"BERRY!!!!! Hati-hati! Belakang kamu!"
Sebaik sahaja aku berpaling ke belakang , sesuatu yang tajam telah menusuk ke perutku. Aku mendongak sedikit untuk melihat empunya badan.
"K-kau.. Lord Of D-demon...aku ingat k-kau dah mati"
"Heh aku kan dah bersemadi dengan roh-roh jahat yang lain. Umpama aku ni ada 9 nyawa lah"
Pedang tadi ditarik keluar. Mataku terus terbeliak. Kesakitannya , hanya aku sahaja tahu. Lantas aku jatuh melutut. Aku dapat dengar ayah menjerit memanggil namaku. Aku juga dapat lihat atuk memancarkan satu cahaya putih ke arah Raja Walt lantas dia dihantar semula ke alamnya.
"Aku akan balas dendam!!! Kau tunggu sahaja lah!!"
Akhirnya , cahaya tersebut telah menyedut Raja Walt masuk ke dalam. Aku tersenyum kecil sebagai tanda kemenangan di tanganku. Perlahan-lahan aku jatuh lalu rebah ke tanah. Mataku perlahan-lahan dipejam namun aku cuba sedaya upaya untuk sedarkan diri. Penglihatanku menjadi samar-samar. Benda terakhir yang aku ingat ialah tubuh badanku dikelilingi beberapa susuk tubuh badan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Daughter Of Light
Fantasy"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Berry Darwin. Sejak dari kecil lagi , dia telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya s...
