Bab 14 : Perasaan Berry
Sesuatu cahaya mula menyinari mataku. Argh. Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku dekat mana ni? Aku memandang sekeliling. Aku cuba untuk bangun perlahan-lahan lalu aku menoleh ke kiriku. Kelihatan Oleum sudah lena di atas katil bersebelahanku. Aku mula membangkitkan diri daripada katil empuk yang kubaring. Kepalaku mula berdenyut. Argh sakitnya. Tiba-tiba aku terbau sesuatu yang cukup menyegarkan mataku.
"Mm...bau coklat.."
Aku cuba mencari di mana datangnya bau coklat itu. Belok kiri , belok kanan , akhirnya aku telah tiba di dapur yang dipenuhi ramai orang. Aku terkaku. Apahal ramai sangat ni. Kini , aku menjadi tumpuan mereka semua.
"Erk...hai..?"
Mereka semua membisu sahaja. Alahai apa aku nak buat ni. Tiba-tiba , ayah telah tiba di situ. Aku menghelakan nafas lega.
"Kamu semua , ni anak saya. Berry Darwin. Daughter of Light"
Secara tiba-tiba , mereka semua bangun lalu tunduk separuh badan ke arahku. Aku hanya terkaku. Aku ni dah macam orang terhormat pula. Mataku mengerling ke arah ayah lalu aku membisikkan sesuatu kepada ayah.
"Ayah...Berry nak hot chocolate juga..."
Namun , bisikanku cukup kuat didengari oleh semua yang ada di dapur itu. Aku terkaku. Alamak. Malunya~
"Yelah.."
Ayah mengambil satu dulang berisikan dua cawan penuh hot chocolate bersama beberapa jenis kek ke arah bilik yang telah kududuki tadi. Aku hanya mengekori ayah dari belakang. Akhirnya , aku menanyakan ayah sesuatu.
"Ayah..kita kat mana...?"
"Tempat persembunyian generasi 'lycans'. Berry jangan risau. Generasi 'werewolf' tak akan dapat kesan kita"
Aku hanya tersenyum kecil lalu pandanganku mengalih ke arah Oleum. Senyumanku mati. Keadaan Jake yang dirobek perutnya masih segar di ingatan. Sungguh ngeri. Tanpa aku sedar , airmataku bergelinang. Melihat Jake tiada di sisi amat sepi. Biasa aku mesti cari gaduh dengan dia. Aku menitiskan airmata.
Aku sayang kau...
Kata-kata terakhir Jake masih segar di ingatanku juga. Aku merintih kesedihan. Jake dah tiada. Aku dah kehilangan orang yang banyak membantu aku. Tiba-tiba , sepasang tangan telah mengesatkan airmataku yang bergelinangan. Aku membuka mata perlahan-lahan lalu melihat Oleum sedang mengesat airmataku di pipi. Aku menangis lebih teruk. Jake dah tiada , Oleum cedera parah , semua sebab aku. Dalam tangisan , aku cuba untuk bersuara.
"Teruknya aku ni..aku dah bahayakan nyawa orang lain.."
Ayah yang hanya menyaksikan aku menangis hanya berlalu pergi. Ayah tau aku nak tenangkan fikiran seorang diri. Oleum pula hanya mengesatkan airmataku. Oleum mula bersuara.
"Berry..awak tak boleh macamni....Jangan nangis ya"
Oleum menarikku ke dalam dakapannya. Aku merintih lagi. Pelukan hangat daripada Oleum amat menenangkan. Mataku mula tertutup. Ngantuknya. Namun , aku cuba untuk tidak tertidur. Aku mengesatkan airmata lalu meloloskan diri daripada dakapannya. Aku mesti kuat. Aku kena balas dendam untuk pihak ibu dan Jake. Apa guna kalau aku nangis je? Tak mendatangkan hasil. Aku memandang Oleum lalu mengukirkan senyuman kecil ke arahnya. Mukanya mula memerah. Haha.
"Oleum , awak okay?"
"Saya okay selagi awak okay"
Aku memukul perlahan bahunya. Aih nak sweet pula. Aku tertawa kecil. Oleum ni sakit pun boleh nak buat ayat sweet.
"Berry..kita kat mana?"
"Well..saya rasa awak perlu tau sesuatu.."
Aku menarik nafas yang panjang sebelum menyambung percakapan. Aku merenung tepat pada matanya.
"Sebenarnya , saya ni bukan manusia biasa. Saya ni angel tapi ada sikap pemarah macam 'lycans'. Saya ada supernatural power dalam diri saya. Untuk pengetahuan awak , ayah saya seorang generasi 'lycans'. Sekarang ni kita dekat tempat persembunyian 'lycans'. Awak jangan risau"
Oleum mengangguk kecil. Aku pula menelan air liurku. Mungkin Oleum akan takut dengan aku lepas ni. Namun sebaliknya sangkaanku salah. Tiba-tiba sahaja , Oleum mengukirkan senyuman ke arahku. Aku memandangnya penuh kehairanan. Aih kenapa dengan mamat ni. Oleum mengangkat tangan kanannya lalu dia memetik jarinya. Percikan api mula terhasil daripada petikan jarinya tadi. Aku tergamam. Wait. Dia pun ada supernatural juga ke? Mukutku ternganga melihat percikan api tadi sehingga dia tiba-tiba menegurku.
"Janganlah ternganga macamtu. Nanti masuk lalat , baru tau"
Aku menunduk malu manakala Oleum tertawa kecil. Mungkin dia macam aku juga? Hm.
"Well..sebenarnya saya pun ada supernatural power juga iaitu api"
Oleum mengangkat kedua-dua belah tangannya lalu api mula membara dari telapak tangannya. Aku tergamam. Wow. Dia boleh kawal kuasa dia dengan baik. Oleum tertawa melihat aku yang sudah kagum dengan kehebatannya.
"Sebab tu awak gelak tadi"
"Gelak..? Bila?"
"Ala..waktu lepas saya habis bagitau pasal saya ni bukan normal"
"Owh. Relaxlah. Saya dah dikurniakan kuasa ni dari kecil lagi. Saya tak takut pun dengan awak"
Bila dengar penjelasan Oleum , mengingatkan aku pada cerita Frozen. Haha lawak betul aku ni berfikir. Aku memandang Oleum lalu memeluknya. Mulutku mula membisikkan sesuatu kepadanya.
"Terima kasih..sebab tolong redakan tangisan saya..."
Muka Oleum memerah. Namun , dia tetap mengukirkan senyuman menandakan dia gembira melihat aku dalam keadaan okay. Sekarang aku dah faham. Aku yakin aku ada perasaan dekat Oleum Williams.
ANDA SEDANG MEMBACA
Daughter Of Light
Fantasy"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Berry Darwin. Sejak dari kecil lagi , dia telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya s...
