Tuan Puteri Berry

3.4K 241 12
                                    

Bab 20 : Tuan Puteri Berry

Selepas beberapa minit aku dipeluk oleh lelaki yang tidak aku kenali , akhirnya dia melepaskan aku daripada pelukannya. Aku mengangkat sebelah keningku. Siapa pula dia ni? Secara tiba-tiba , Brendan mula bersuara lalu menundukkan badannya sedikit di hadapan lelaki tersebut. Aku hanya tercegat di situ melihat agenda mereka.

"T-tuanku..Tuanku buat apa dekat sini..?"

"Saya ke sini nak berjumpa dengan cucu sayalah"

Wow. Tuanku..? Orang terhormat ke? Tapi dia langsung tak berbahasa ala raja. WAIT. Cucu..?! Aku hanya terkaku lalu aku memberanikan diri untuk bersuara.

"Mm..awak ni siapa..?"

"Nampaknya kamu belum kenal lagi saya. Saya , Ketua Generasi 'Angel' , Raja Neil Hitler. Saya ialah atuk kamu"

WAIT. ATUK?! Mataku terus terbeliak mendengar keterangannya. Aku hanya membisu. Tak tau nak cakap apa.

"Apa yang membuatkan Tuanku Neil yakin saya ni cucu Tuanku?"

"Saya yakin sangat. Sebab..muka awak seiras dengan muka anak saya , Tuan Puteri Isabelle. Siapa nama mak awak?"

Aku terkaku dengan pernyataannya. Aku tidak tahu mahu cakap apa.

"S-saya tak t-tahu.."

Raja Neil hanya mengangkat sebelah keningnya. Aku hanya mengeluh. Sedih sebab aku tak pernah tahu nama ibu.

"S-saya dah kehilangan ibu sejak kecil lagi. Ayah saya pula tak pernah cerita apa-apa pasal ibu...s-sebab..ayah tak nak s-saya sedih sebab teringatkan ibu.."

Tanpa aku sedari , airmataku menitis satu persatu. Cepat-cepat aku mengesatkan airmata untuk menyembunyikan kesedihan dalam diri. Raja Neil itu mengangkat daguku lalu merenungku dengan lama-lama. Aku hanya terkaku.

"Saya minta maaf pasal pertanyaan saya tadi"

"Takpe. Saya dah biasa. Mm..Tuanku Neil ada gambar anak Tuanku? Saya nak tengok"

Raja Neil hanya mengangguk lalu menghulurkan sekeping gambar kecil kepadaku. Aku menilik gambar itu lalu kuusap gambar itu. Memang macam ibu. Airmataku mula mengalir ke pipi. Betulkah dia ni atuk aku?

"Muka anak Tuanku memang macam ibu"

"Saya nak tau siapa nama ayah kamu"

"Darwin. Mr.Darwin"

Raja Neil membulatkan mata. Apa yang dia terkejut sangat. Tiba-tiba sahaja , aku ditarik ke dalam pelukannya. Aku terkaku. Kepalaku diusap lembut olehnya.
"Itu nama suami anak saya"

"Jadi betullah Tuanku , atuk saya?"

"Eh. Jangan panggil Tuanku. Kan saya ni atuk kamu"

Aku membalas pelukannya. Akhirnya aku dah tahu asal usul ibu yang sebenar. Aku mengesatkan mata lalu meloloskan diri daripada pelukannya.

"Atuk nak tau nama kamu"

"Berry. Berry Darwin"

Aku menguntumkan satu senyuman yang manis yang membuatkan Jake dan Brendan yang tercegat di belakang tergamam. Heh jangan cair abang di belakang sana. Tiba-tiba Raja Neil..EH! Tak , salah. Atuk mencubit pipi Berry.

"Ish geramnya dengan pipi cucu atuk ni. Sama besar macam nama dia. Berry~"

Aku hanya tertawa kecil. Apalah atuk ni. Aku merenung atuk dengan lama. Salah satu insan yang aku sudah lama hilang , sudah kembali ke pangkuanku. Aku hanya tersenyum kecil lalu bertanyakan sesuatu kepada atuk.

Daughter Of Light Where stories live. Discover now