Keadaan Berry

3.4K 207 6
                                    

Bab 24 : Keadaan Berry

   Sebaik sahaja kelibat Amber dan tenteranya menghilang ke dalam asap kegelapan , aku hanya melutut ke tanah. Entah kenapa aku rasa Amber perlukan bantuan aku. Aku tau....dia dah khianati aku tapi...jahat tak semestinya jahat selamanya kan? Apa salahnya kalau aku percayakan dia kali ni? Tiba-tiba aku merasakan kepalaku mula terasa pening. Kenapa dengan aku ni. Aku mula hilang imbangan badan. Mujur Oleum sempat menyambutku sebelum sempat aku mencium bumi. Aku memandangnya tepat pada mata. Perlahan-lahan aku mengangkat tangan kananku untuk mengusap pipinya. Namun , ditahan olehnya. Tanpa aku sedari , sesuatu cecair panas mengalir ke pipiku.

"O-oleum..."

    Tangan hangat Oleum mengusap lembut pipiku sambil-sambil itu dikesatnya air mataku. Aku merintih lebih teruk. Tak tau lah kenapa aku rasa aku nak nangis je. Rasa macam banyak beban aku pegang. Kuku Oleum mula kembali ke rupa asal. Begitu juga dengan giginya. Namun , matanya tetap sama. Warna emas keperakan. Sungguh menawan warna matanya. Aku didukung 'bride style' oleh Oleum lalu dalam keadaan tercungap-cungap aku membaca satu mantera untuk kembali ke Light Flower Lake Mountain. Pendarahan pada bahagian perutku mengalir dengan deras. Takpe , aku kuat. Perlahan-lahan aku menarik nafas lalu memejamkan mata.

"Luz de la Gloria, nos llevan de nuevo a la montaña del lago de la flor de la luz"

   Cahaya putih mula mengeliling kami berdua. Perlahan-lahan kami berdua terapung-apung ke udara. Mataku terasa berat. Namun , disebabkan aku dikejutkan oleh Oleum , membuatkan aku tersedar sedikit.

"Berry , bertahan ya. Stay with me"

    Disebabkan keadaan aku yang seperti nyawa-nyawa ikan , aku tidak mampu berkata apa-apa sebaliknya aku hanya mengangguk kecil. Aku mengukirkan senyuman yang kecil ke arahnya untuk mengurangkan kerisauannya terhadap aku. Aku menyandarkan kepalaku pada dadanya manakala mendukungku dengan erat. Sekelip mata kami telah tiba di Light Flower Lake Mountain. Perlahan-lahan kami diturunkan oleh cahaya putih tadi lalu Oleum bergerak pantas ke arah seseorang yang sedang berdiri berdekatan Light Flower Lake. Siapa tu?

"Raja Neil Hitler , saya dah selamatkan Berry. Tapi dia cedera parah. Dia dah kehilangan banyak sangat darah. Dia dah guna healing powernya untuk merawat dirinya tapi nampaknya ia hanya merawatnya sedikit sahaja"

   Oleum menghulurkan aku ke dalam dakapan atuk. Perlahan-lahan atuk membaringkan aku di tepi tasik tersebut. Mataku mula menjadi samar-samar. Atuk mengangkat sedikit kepalaku lalu menanyakan sesuatu.

"Berry , apa jadi dekat kamu?"

   Dengan nafas yang tercungap-cungap, aku berusaha untuk bercakap dengan atuk. Aku menarik nafas yang panjang lalu bersuara.

"S-saya...k-kena..b-bisa Dark Periwinkle Roses , a-atuk"

    Atuk hanya mengangguk. Keadaanku menjadi semakin teruk. Darah yang banyak mengalir keluar dari bahagian perutku. Muka dan tanganku mula menjadi pucat dan lesu. Atuk membaringkan kepalaku pada pehanya lalu menyuruhku untuk meminum sedikit air yang dibuatnya. Aku tak taulah tu air apa.

"Minum ya , Berry"

    Aku menghirup air tersebut sedikit demi sedikit sehinggalah habis air tersebut. Perlahan-lahan mataku terpejam. Aku dapat rasakan badanku mula terapung ke udara. Sesuatu cahaya putih mula mengelilingiku. Diikuti dengan kelopak bunga yang keluar dari tasik tadi. Dalam sekelip mata , lukaku sembuh. Darah yang mengalir hilang begitu. Aku menjadi terkejut lalu terbabas ke tanah. Aduh , sakitnya. Perlahan-lahan aku mengimbangkan diriku. Mataku yang samar-samar tadi kini menjadi jelas. Aduh , pening betul. Tiba-tiba aku merasakan seseorang memelukku dengan erat. Aku mengalihkan pandanganku ke arah empunya badan.

"O-oleum..."

"Saya risau sangat dengan awak tadi"

    Aku hanya mendiamkan diri. Tidak lama selepas itu , pelukan tersebut dileraikan. Aku menanyakan atuk tentang keadaan ayah. Atuk hanya membisu. Aih sejak bila atuk pandai pulau aku ni. Aku menoleh ke arah Oleum pula.

"Mana ayah?"

   Dia tidak memberi sebarang respon. Dia menarik tanganku lalu membawaku masuk ke dalam pintu bercahaya di pondok berdekatan tasik tadi.

"Awak nak bawa saya ke mana ?"

   Oleum membisu sahaja. Aduhai tolonglah jangan pulau aku. Aku dibawa ke sesuatu bilik yang terperinci. Oleum menarik langsir di hadapanku lalu aku terkaku. Ayah sedang baring di atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri. Atuk juga turut ada di dalam bilik tersebut.

"Teruk sangat ke keadaan ayah?"

    Aku menoleh ke arah atuk. Atuk hanya mengeluh lalu bersuara.

"Keadaan ayah kamu dah stabil tapi atuk tak pasti bila ayah kamu akan sedarkan diri. Kamu nak atuk guna air dari Light Flower Lake ke untuk merawat ayah kamu?"

   Tanpa aku sedari , airmataku menitis satu persatu. Aku memandang atuk lalu menggelengkan kepala.

"Tak payah lah atuk. Berry tak nak ayah cedera lagi. Biar ayah rehat"

   Aku mendekati ayah lalu mengucupnya di dahi. Aku mengusap-usap pipinya dengan lembut sambil mengukirkan senyuman yang kecil. Aku mengalihkan pandanganku pada atuk.

"Atuk. Saya ada benda nak bincang"

   Atuk hanya mengangguk lalu aku , Oleum dan atuk melangkah keluar dari bilik tadi. Kini , pandangku beralih ke arah atuk.

"Atuk. Amber dalam bahaya"

   Atuk dan Oleum memandangku dengan mata yang terbeliak. Aku hanya meneruskan percakapanku.

"Amber dah hidupkan atuk dia semula tapi hasilnya jadi teruk. Saya tak tau lah teruk tu , teruk yang macam mana. Tapi Berry nak tolong selamatkan dia"

   Tiba-tiba , Oleum membantah keputusanku.

"Amber kan jahat. Kenapa awak nak tolong dia?! Dia hampir bunuh awak ta...-"

"Saya tau. Tapi kali ni , saya yakin dia memang dalam bahaya. Saya rasa apa yang dia hidupkan bukan atuk dia tapi roh jahat yang bercampur dengan roh-roh jahat yang bersemadi dalam jasad atuk. Jadi , saya nak minta tolong dengan atuk. Tolong perhatikan saya dari jauh. Saya nak selamatkan dia seorang diri"

   Oleum tiba-tiba sahaja menarik tanganku lalu menggenggam bahuku. Ternyata dia sedang marah dengan keputusanku.

"Kenapa awak suka sangat pergi seorang diri?! Awak tau tak ia bahaya! Kalau apa-apa jadi , macam mana!? Awak tak tau siapa musuh yang bakal awak tempuh nanti! Awak tak boleh pandang remeh pasal musuh awak!"

   Aku tergamam seketika. Mungkin betul kata Oleum. Aku menundukkan kepala sedikit. Aku suka sangat buat keputusan melulu. Oleum mengangkat sedikit dagu lalu merenung mataku.

"Dengar sini , Berry. Saya , Jake dan Brendan akan tolong awak siasat siapa musuh yang bakal awak tempuhi malah kami akan tolong awak selamatkan Amber. Okay?"

   Aku hanya mengangguk kecil. Atuk juga turut menganggukkan kepala sebagai tanda setuju dengan Oleum. Hm nampaknya aku kena pergi dengan mereka bertigalah. Aku tak nak sesiapa terluka disebabkan aku.

"Berry..saya boleh baca apa yang awak cakap tadi"

   Aku menutup mulutku lalu menoleh ke arah lain sebaik sahaja ditegur oleh Oleum. Oleum pula hanya tertawa kecil. Aku turut sertai Oleum bergelak ketawa. Aku menyuruh Oleum untuk memanggil Jake dan Brendan. Mataku terus memandang ke langit. Aku mengukirkan senyuman yang kecil.

Jangan risau , Amber. Saya akan selamatkan awak..

Daughter Of Light Where stories live. Discover now