Bab 17 : Hilangnya Mr.Darwin
Kini , tibalah aku di rumah lamaku. Ah rindunya rumah ni. Ayah membawaku ke bilikku lalu membaringkanku perlahan-lahan. Ayah menyelimutkanku lalu mengucup dahiku. Dah lama ayah tak buat macamtu. Disebabkan aku keletihan , ayah menyuruh aku berehat. Walaupun pada mulanya aku enggan mendengar , namun melihat ayah membuat muka , aku terus menyerah kalah. Aku merehatkan kepalaku pada bantalku yang empuk sekali. Ah lembutnya. Mataku terus termenung pada siling. Hm. Siapa orang tadi tu ya? Aku tak nampak jelas muka dia. Aku menggaru kepala penuh kehairanan. Ah abaikan jelah. Bukan sesiapa pun. Mungkin halusinasi aku je. Yang penting sumpahan 'werewolf' tu dah tamat , lenyap selamanya. Tiba-tiba , aku terdengar ketukan di pintuku yang membuatkan lamunanku terus mati.
"Masuklah..."
Aku menjenguk untuk melihat empunya badan. Oh , Oleum rupanya. Aku memejamkan mataku. Heh saja je buat macam tu. Aku dapat merasakan Oleum semakin hampir dengan katilku. Aku hanya membiarkannya dan hanya memejamkan mataku lagi. Secara tiba-tiba , sesuatu yang hangat telah menghinggap dahiku. Aku terkaku. Aku yakin muka aku mesti merah sekarang ni.
"Awak okay?"
Oleum meletakkan tangannya ke atas dahiku lalu merasa suhu badanku.
"Agak panas juga ni"
Aku membuka mata lalu menggeleng. Mataku merenung tepat padanya.
"Awak demamlah"
"Tak.."
"Ya.."
Disebabkan aku dan Oleum bertengkar pasal aku demam atau tak , aku menyerah kalah. Aih tak bolehlah dengan mamat. Mataku terus berpaling ke arah lain sebagai tanda aku merajuk. Oleum hanya mengangkat sebelah keningnya lalu bersuara.
"Aih saya takkan faham dengan perempuan. Awak ni memang macam ni ke?"
Aku mencebik. Ish apasal mamat ni. Aku menarik muka sekali lagi.
"Dahlah tu merajuknya. Tak comellah"
Akhirnya , aku memaling semula ke arahnya lalu aku memukul perlahan dadanya. Ish mamat ni memang pandai tarik perhatian aku. Oleum meletakkan kain yang basah ke atas dahiku lalu aku menyentuh kain tersebut.
"Ni..akan buatkan awak cepat sikit sembuh"
"Yalah"
Aku memejamkan mata semula. Malas nak layan , takde mood. Tiba-tiba , satu lagi bunyi ketukan kedengaran di pintuku. Oleum bangun lalu membuka pintu. Aku menjengukkan kepala. Oh , ayah. Ayah nak apa pula kali ni.
"Berry , ayah nak keluar sekejap ya. Oleum , tolong jagakan Berry ya. Pakcik ada benda nak kena beli"
"Baik , Mr.Darwin"
Ayah melangkah keluar lalu menutup pintu. Kini , tinggal kami berdua lagi. Kami hanya membisu. Tak tahu nak bual apa. Tiba-tiba , Oleum bersuara untuk memecahkan dinding kesunyian antara kami.
"So..kenapa awak asyik pengsan ya..?"
Aku terdiam seketika.
"Um..saya tak tau..biasanya Jake tau semua pasal saya"
Tanpa aku sedari , airmataku menitis satu persatu. Oleum yang terkejut dengan reaksiku segera menarikku ke posisi duduk lalu memelukku dengan erat. Aku hanya kaku pada mulanya tapi akhirnya aku memeluknya semula. Serius aku memang sedih dengan pemergian Jake. Dia mati dalam keadaan yang seksa. Semuanya sebab aku.
"K-kalau bukan sebab s-saya , J-jake takkan m-mati dalam keadaan yang t-terseksa.."
Oleum hanya mengusap-usap belakangku. Aku merintih kesedihan. Airmataku bergelinang. Aku meletakkan kepalaku di atas bahu Oleum lalu merintih lagi. Aku rasa bersalah sangat.
"Berry..janganlah sedih..Jake buat semua tu untuk pertahankan awak..awakkan satu-satunya heroin yang dapat menyelamatkan generasi ayah awak"
Aku hanya menggelengkan kepala sebagai tanda tidak setuju.
"T-tak..saya p-penyebab..-"
Belum habis aku bercakap , Oleum telah memotong percakapanku.
"Berry , fikir balik. Kalau bukan sebab jasa Jake yang sanggup korbankan nyawa dia , awak mungkin belum bunuh Alicia. Awak mungkin belum dapat bunuh ketua generasi 'werewolf'"
Kata-kata Oleum membuka mataku. Aku mengangkat muka lalu memandang Oleum dengan lama. Kemudiannya , aku memeluk semula Oleum dengan erat sehinggakan Oleum terkejut dengan perbuatanku. Mukanya memerah namun dia tetap membalas pelukanku. Akhirnya , aku melepaskan pelukan tersebut lalu mengerling ke arah jam dinding di bilikku. Waktu pada jam dindingku menunjukkan sekarang pukul 11 malam. Aih mana ayah pergi? Lamanya. Aku memandang ke arah Oleum lalu bersuara.
"Oleum..rasanya ayah pergi mana? Lama betul"
"Tulah..saya pun pelik"
"Kalau macamtu , jom cari ayah"
Aku yang beru sahaja menuruni katilku ditolak oleh Oleum jatuh ke atas katil. Aku terbaring ke atas manakala Oleum pula hampir terjatuh ke atasku. Aku merenungnya dengan lama. Aku seakan-akan hanyut dalam pandangan matanya. Posisi kami berdua amat kekok sekali. Lama-kelamaan , barulah aku kembali bersuara.
"O-oleum..boleh awak beralih?"
"Oh-hh , s-sorry.."
Oleum segera beralih lalu menundukkan kepala. Aku mengeluh. Aih mamat ni rasa bersalahlah tu.
"Takpelah Oleum"
Oleum hanya membisu. Disebabkan kami dah membazirkan masa yang banyak , segera aku menarik tangan Oleum keluar dari rumahku. Aku menjerit nama ayah dengan kuat , begitu juga dengan Oleum.
"AYAH! MANA AYAH PERGI!"
"MR.DARWIN! MR.DARWIN!"
Kami mencari ayah sekitar perumahanku. Langsung tiada kelibat ayah. Aku bercadang untuk pulang sahaja dahulu. Sebaik sampai sahaja aku di hadapan rumahku bersama Oleum , langkahku mati. Mataku terus terbeliak melihat tulisan tangan di dinding luar rumahku. Tulisan tersebut berwarna merah pekat. Ah! Darah! Aku mendekatinya lalu membaca tulisan tersebut. Aku hampir jatuh mencium bumi namun selamat disambut oleh Oleum. Aku terkaku selepas membaca tulisan tersebut.
Ayah kau ada dalam tangan aku. Kalau kau nak dia balik dan tak nak aku cederakan dia , datang jumpa aku dekat SMK Sun Yard esok , pukul 10 malam. Jangan tak datang ya.
Dari : Musuh terakhir kau
Aku tergamam. No. Ayah. Ni mesti kerja Amber. Dia nak balas dendam dekat aku. Aku melangkah masuk ke dalam rumah bersama Oleum dengan kepalaku yang serabut memikirkan cara untuk selamatkan ayah.
You wait and see , Amber..
YOU ARE READING
Daughter Of Light
Fantasy"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Berry Darwin. Sejak dari kecil lagi , dia telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya s...