Bab 16 : Tamatnya Riwayat Mr.Adolf
Aku berlari ke arah jasad Jake yang tidak lagi bernyawa. Aku merintih kesedihan. Ayah kembali merubah ke rupa manusia. Aku memangku kepala Jake sambil mengusap pipinya.
"K-kenapa mesti Jake..? Apa salah d-dia..? Kenapa mereka semua seksa dia t-teruk sangat.."
Aku merintih lagi. Oleum hanya memeluk bahuku lalu mengusap-usapnya. Ayah mendekatiku lalu bersuara.
"Berry , kita kena pergi sekarang"
Aku menggelengkan kepala. Aku tak nak pergi. Oleum cuba memujukku. Akhirnya , aku mendengar kata ayah. Disebabkan aku menangis terlalu kerap , badanku menjadi lemah. Ayah mendukungku lalu membawa kami pulang merentasi portal. Aku menggenggam erat baju ayah agar aku tidak terjatuh. Aku merehatkan kepalaku lalu melelapkan mata. Selepas beberapa minit , kami telah tiba di tempat lain. Sekejap. Ni bukan tempat persembunyian 'lycans'. Aku mengerling ke arah ayah lalu bertanya kepadanya.
"Ayah..kita kat mana..?"
"Ayah pun tak tau"
Aku hanya mendiamkan diri. Kakiku yang pedih dicakar oleh Alicia sudah sembuh. Terima kasih kepada healing power aku hehe. Ayah menurunkan aku daripada dukungannya. Aku cuba untuk berdiri dengan tegak. Tiba-tiba , kelibat seseorang mula muncul di hadapanku. Siapa pula ni?
"So , inilah anak kau , Mr.Darwin..?"
Aku terkaku seketika. Wait. Itu lelaki yang melarikan diri dengan Amber. Dia buat apa kat sini? Ayah mula bersuara.
"Ya. Ni anak aku. The Daughter of Light"
"Oh. So nilah yang akan hentikan aku ya...?"
Aku mengenggam erat tanganku. Aih orang tua ni nak kena penumbuk agaknya. Aku merenung tajam ke arahnya lalu bersuara.
"So , inilah ketua generasi 'werewolf' a.k.a ayah kepada Alicia dan Amber. Sekejap. Mana Alicia ya..?"
Aku saja nak menguji kesabarannya. Dia hanya tersenyum sinis ke arahku.
"Ya. Akulah , Mr.Adolf. Anak aku , kau dah bunuh. Aku datang sini nak balas dendam. Aku nak tuntut kematian anakku , Alicia"
"Samalah dengan aku"
Aku mengukirkan senyuman sinis di bibir. Orang tua tu bakal mati di tangan aku. Mr.Adolf mula merubah ke rupa 'werewolf'. Lidahku terkedu melihat ketinggiannya. Wow. Tingginya lebih tiga kaki dari aku. Okay , mungkin ni akan ambil masa yang lama untuk sampai ke kepalanya memandangkan aku pendek. Mr.Adolf mula melaungkan salakan serigala. Alamak. Takkan dia bawa geng juga. Aku memandang ke arah ayah.
"Ayah..boleh handle yang generasi 'werewolf' yang lain sendirian kan?"
Ayah menganggukkan kepala lalu mengukirkan senyuman sinis. Aku menoleh ke arah Oleum. Oleum sudahpun mengeluarkan pedang samurainya. Wow bersiap sedia mamat ni.
"Are you ready?"
"I always will"
Mr.Adolf dan angkatan tenteranya mula menyerang kami. Aku dan Oleum cuba memenggal kesemua 'werewolf' yang menghalang laluan kami untuk ke arah Mr.Adolf. Satu persatu kepala berterbangan selepas dipenggal oleh kami. Darah hijau memancut seluruh kawasan tersebut. Nasib baik aku dah biasa dengan semua ni. Kini , kami berdepan dengan Mr.Adolf pula. Gigi taringnya mula diserlahkan. Aku memegang kemas pedangku. Aku cuba mencari caranya senang untuk membunuh. Hm. Tiba-tiba , Mr.Adolf meluru laju ke arah kami. Akibat kekhusyukan aku berfikir , aku telah dirempuhnya. Aduh. Badanku terhentak pada sesuatu yang keras yang menyebabkan aku rebah ke tanah. Aku mengangkat mukaku sedikit. Aku memandang Oleum tepat pada matanya. Entah kenapa dia mengingatkan aku pad Jake. Hm. Oleum hanya mengangguk lalu mula menyerang Mr.Adolf. Aku mengerling ke arah ayah. Kelihatan ayah sedang bersusah payah melawan satu persatu 'werewolf' yang datang ke arahnya. Bertahan ya , ayah. Aku mencuba untuk membangkitkan diri. Aku menggunakan pedangku untuk menjadi sokongan. Sebaik sahaja aku berjaya bangun , Oleum telah dicakar teruk di dadanya. Oleum mengerang kesakitan. Aku di situ terkaku lalu aku menjerit memanggil namanya.
"Tidak!! OLEUM!"
Aku memandang ke arah Mr.Adolf. Dia semakin hampir dengan Oleum. Aku cepat-cepat memikirkan sesuatu. Apa nak buat ni! Bingo! Aku mengeluarkan kuasa ais lalu menghantarnya ke arah Mr.Adolf. Namun , seranganku berjaya dielaknya. Aku mencuba sekali lagi. Kali ni serang tempat lain. Aku membekukan lantai untuk membuatkan dia hilang keseimbangan. Nampaknya idea aku berjaya. Mr.Adolf telah tergelincir lalu terjatuh dan terhentak kepalanya ke lantai. Inilah masanya. Aku meluru ke arahnya lalu mengeluarkan pedangku. Aku tersenyum sinis ke arahnya.
"Selamat tinggal , Mr.Adolf"
Dengan itu , pedangku mencium pipinya. Akibat geram , aku menikamnya beberapa kali dan akhirnya kepalanya dipenggal. Darah hijau mua memancut mengena mukaku. Aku dah macam psycho di situ. Aku hanya tersenyum sinis melihat jasadnya di situ lalu bersuara.
"Tiada lagi sumpahan 'werewolf' kau tu"
Aku menoleh ke arah ayah. Nampaknya ayah dah bunuh semua sekali. Habis baju ayah koyak rabak. Badan ayah banyak luka. Kini , pandanganku beralih arah Oleum. Dengan pantasnya , aku mendekati dirinya.
"A-awak okay..?"
"O-oka..-"
Tiba-tiba sahaja Oleum memuntahkan darah. Aku mula panik. Argh. Dia cedera teruk. Aku segera mendekatinya lalu meletakkan kedua-dua tanganku ke dadanya. Aku memejamkan mata lalu cahaya putih mula menyinari sekeliling Oleum.
Dalam sekelip mata , cakaran di badan Oleum hilang begitu sahaja. Aku tersenyum kecil. Secara tiba-tiba , badanku mula hilang imbangan. Tubuhku terasa berat lalu jatuh ke dalam pangkuan Oleum. Mataku mula menjadi samar-samar. Aku dapat merasakan seseorang mendukungku. Mataku menoleh ke arah jasad Mr.Adolf. Siapa yang berdiri dekat dengan jasad Mr.Adolf? Siapa tu? Baru sahaja aku melihat dengan jelas , aku telah dibawa masuk ke dalam satu pintu perak. Ni pintu yang sama waktu ayah larikan aku ke rumah Jake. Hm aku rindu Jake. Aku menitiskan airmata lalu melelapkan mata dalam penuh kepenatan.
![](https://img.wattpad.com/cover/89369667-288-k250560.jpg)
YOU ARE READING
Daughter Of Light
Fantastik"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Berry Darwin. Sejak dari kecil lagi , dia telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya s...