Bab 12 : Ugutan Dari A&A
Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah , ayah dan Jake memberi renungan tajam ke arahku. Aku buat salah ke? Mataku pantas mengerling ke arah jam dinding. Baru pukul 4 petang. Renungan mereka cukup membuatkanku gementar. Tolonglah berhenti renung aku. Akhirnya , aku bercadang untuk bersuara.
"Ayah..Jake..kenapa ni..?"
Ayah dan Jake memandang satu sama lain. Aku mengangkat sebelah keningku. Aduhai. Apa kena dengan mereka berdua ni. Selepas beberapa minit , aku terdengar ayah mengeluh dengan kuat. Kenapa pula dengan ayah kali ni.
"Mm..kenapa ni ayah..?"
Ayah hanya membisu lalu ayah menghulurkan sehelai kertas yang sudah bertulis kepadaku. Kertas apa ni? Aku membelek-belek kertas tersebut. Mataku terbeliak sebaik sahaja membaca apa yang ditulis pada kertas tersebut.
Dear Berry ,
Berhadapanlah dengan aku. Jangan jadi penakut sangat. Datang ke sekolah malam ni pukul 8 seorang diri. Jangan ajak sesiapa pun kalau tak , nyawa boyfriend kau akan terancam.
xoxo A&A:)
Aku terkaku. Ni mesti kerja Alicia. Dia ada Oleum. Tapi tu mustahil. Tadi dia ada dengan aku. Mungkin dia perasan aku dan Oleum kat taman tadi kot. Apa aku nak buat? Lidahku terkedu. Kertas yang aku pegang telah kulepas perlahan-lahan lalu mencecah ke lantai. Dengan automatiknya , aku melutut ke lantai. Apa aku nak buat? Aku tak boleh biarkan Oleum berada di tangan Alicia. Tapi aku hairan. Apa maksud 'A&A' ? Aku yakin huruf A yang pertama tu untuk nama Alicia tapi huruf A lagi satu siapa? Kekeliruan memenuhi diriku. Aku menundukkan kepala. Aku kena selamatkan Oleum.
"Berry..!"
Jake yang terkejut dengan reaksiku segera menghampiriku. Begitu juga dengan ayah. Jake cuba sedaya upaya memujukku namun ia langsung tidak berhasil. Airmataku menitik satu persatu. Aku tak boleh biarkan Oleum menjadi mangsa dalam hal ni. Dia takde kena mengena pun. Apa yang Alicia nak ialah aku. Kalau itu yang dia nak , dia akan bakal dapat malam ni.
"Ayah..Berry nak pergi selamatkan kawan Berry.."
"Tapi Berry..-"
"Ayah..tolong benarkan Berry pergi. Dia penting bagi Berry. Berry tak nak dia terkorban disebabkan Berry.."
Aku sendiri tidak tahu kenapa aku cakap macamtu. Tapi Oleum kawan aku. Aku kena tolong dia. Tapi kalau pasal boyfriend tu , aku tak pasti sangat pasal perasaan aku. Aih abaikan. Yang penting sekarang aku mesti selamatkan Oleum. Ayah memandangku lalu mengangguk. Ayah mengukirkan senyuman yang kecil ke arahku. Ayah bagi senyuman fake lagi. Kini , aku berpaling ke arah Jake. Aku dapat lihat kerisauan Jake terhadap aku amat menggunung.
"Berry..biar aku ikut kau"
"No. Apa yang dia nak ialah aku. Biar aku pergi seorang diri. Aku cuma nak kau tengok aku dari jauh , okay..?"
Aku menghadiahinya satu senyuman. Jake hanya mengeluh. Dia kena faham situasi aku kali ni. Aku terpaksa korban diri aku untuk selamatkan Oleum. Harap-harap Jake faham.
"Baiklah. Aku turut apa yang kau kata. Biar aku hantar kau ke sana"
Aku mengangguk kecil. Mataku segera dikesat lalu aku mengikuti Jake ke keretanya. Ayah turut ikut sekali. Sepanjang perjalanan ke sekolah , kami bertiga langsung tidak bersuara. Akhirnya , kawasan sekolahku sudah dapat dilihat dengan jelas. Jake memberhentikan kereta di hadapan pagar sekolahku. Aku menarik nafas yang panjang sebelum melangkah keluar. Baru sahaja aku mahu membuka pintu , Jake memperkatakan sesuatu kepadaku yang cukup membuatku malu.
"Dia mesti pentingkan? Pergilah selamatkan dia. Aku dan Mr.Darwin akan awasi kau dari jauh. Kami akan tolong bila kau perlukan"
Aku memaling ke arah ayah dan Jake lalu aku ukirkan satu senyuman manis di bibir. Dengan itu , aku memberanikan diri untuk melangkah keluar dari kereta. Kini , aku sedang berdiri di hadapan pagar sekolah. Kereta Jake sudah lagi tidak kelihatan. Aku mengerling ke arah jam tanganku. Dah pukul 8. Secara tiba-tiba , bunyi salakan serigala mula kedengaran. Kabus putih mula memenuhi kawasan sekolah. Aku langsung tak nampak! Baru sahaja aku mahu berjalan ke arah pagar sekolah , langkahku mati. Sesuatu telah muncul di dalam fikiranku. Kepalaku mula berdenyut. Argh. Ini bukan masa yang sesuai untuk pening kepala. Secara tiba-tiba , mataku mula bercahaya. Aku dapat melihat sesuatu maklumat mula terpancar keluar dari mataku. Maklumat tentang...kelemahan generasi 'werewolf'! Menurut maklumat yang aku dapat , aku kena penggal kepala mereka barulah mereka mati tetapi akan ada lebih banyak yang datang. Satu-satunya cara untuk menghentikan generasi 'werewolf' daripada bertambah lebih baik ialah bunuh ketua generasi 'werewolf'. Dengan cara tu , sumpahan 'werewolf' tak akan merebak lagi. Tapi macam mana aku nak bunuh mereka semua? Tiba-tiba , tanganku terasa panas. Mataku segera mengerling ke arah tangan kananku. Sesuatu cahaya kuning mula memancar keluar dari tanganku. Aku dapat rasakan kuasa petirku mula membangkit. Akhirnya , terhasil pedang yang berbentuk petir. Aku menggenggam pedang tersebut dengan erat. Wow. Hebat. Sekarang baru boleh bunuh.
Aku memandang ke hadapan. Kabus putih ni belum hilang lagi. Perlahan-lahan aku memejamkan mata. Mataku mula bercahaya biru sebaik sahaja mataku dibuka. Wow. Aku boleh nampak dengan jelas. Aku boleh guna kuasa aku untuk melihat dalam kabus putih ni. Tiba-tiba , aku terbau sesuatu yang amat aku geruni.
Aura werewolf..
Aku mula bergerak dengan perlahan. Bunyi salakan serigala makin kedengaran.
"Nampaknya kita ada makanan yang berdarah manislah harini kawan-kawan..auwwwuu"
Nampaknya mereka semakin hampir. Aku berdiri dalam posisi bersiap sedia. Deria pendengaranku dapat mengesan jejak seekor 'werewolf' menghampiriku dari belakang. Dengan pantasnya , aku memaling ke belakang lalu aku melibas pedangku tepat pada kepala 'werewolf' itu. Darah hijau mula memancut keluar dari lehernya. Kepalanya pula sudah berguling ke longkang agaknya. Akhirnya , 'werewolf' itu rebah lalu terbabas ke tanah. Satu dah mati heh. Aku cuba mengesan lagi aura gelap 'werewolf'.
"Argh dia dah bunuh seorang ahli kita. Semua , serang!"
Heh ada 7 lagi 'werewolf'. Senyuman sinis telah aku ukir.
Walaupun ini kali pertama aku membunuh , aku buat benda ni macam aku dah bunuh berjuta-juta werewolf...
Aku dapat mengesan pergerakan mereka. Mereka menyerang aku serentak! Aku bersiap sedia dengan pedang petirku di tangan.
Get ready..set..kill!
Satu persatu kepala 'werewolf' telah aku penggal. Seronok juga buat benda ni. Macam main game hehe. Lumuran darah hijau mula memenuhi seluruh tanah. Heh semua dah mati. Kabus putih sebentar tadi hilang begitu sahaja. Mataku kini sudah tidak bercahaya. Tiba-tiba , aku terdengar suara seseorang yang cukup aku kenal.
"B-berry..."
Mataku segera mengerling ke hadapan. Itu..Oleum! Mataku mula menitiskan airmata apabila melihat keadaan Oleum. Oleum kelihatan tenat dan lesu. Aku berlari anak ke arah Oleum.
"O-ole , awak okay..?"
"B-berry..hati-hati!!"
Baru sahaja aku mahu membuka ikatan pada tangan Oleum , kepalaku telah dihentak dengan sesuatu. Aku mula rebah ke tanah. Mataku mula menjadi samar-samar. Aku cuba sedaya upaya untuk mengenal pasti empunya badan tersebut. Namun , semuanya terlambat. Mataku perlahan-lahan dipejam dan akhirnya semua menjadi gelap.
ANDA SEDANG MEMBACA
Daughter Of Light
Fantasy"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Berry Darwin. Sejak dari kecil lagi , dia telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya s...
