Bab 6 : Ayah Masih Hidup
Sepanjang perjalanan pulang , aku dan Jake langsung tidak bercakap. Suasana dalam kereta hanyalah sunyi dan sepi. Sehinggalah Jake mula bersuara.
"Apa jadi kat sekolah tadi?"
Aku memilih untuk mendiamkan diri. Pandanganku mula mengalih ke arah luar tingkap.
"Berry..? Kenapa tadi?"
Dengan terpaksanya , aku menoleh ke arah Jake. Aku mencebik. Leceh betul mamat ni , bawa jelah kereta tu.
"Takde apalah"
"Tipu"
Aku mencebik. Aku merenung Jake dengan begitu lama sehinggakan Jake mula berasa kurang selesa dengan renunganku.
"J-janganlah pandang lama-lama. Jawab jelah soalan aku"
Aku tertawa kecil. Heh menggodakan renungan aku. Dengan relanya , aku perlu juga beritahu dia. Aku mencebik.
"T-tadi....-"
Baru sahaja aku mahu memberitahu Jake , kepalaku mula berdenyut. Kesakitan dapat dirasai olehku.
"Berry..?"
Jake yang panik melihat keadaanku tadi memberhentikan kereta ke tepi jalan. Denyutan di kepala makin bertambah sakit. Kesakitan tersebut membuatkan aku menjerit-jerit. Jake yang sudah panik bertambah lagi cuak. Aku mencuba menahan kesakitan tersebut namun denyutan di kepala bertambah lebih banyak. Secara tiba-tiba , pancaran cahaya mula hadir di mata. Keperitan sebentar tadi hilang seakan-akan dibawa angin yang lalu. Sesuatu gambaran mula hadir sedikit demi sedikit. Aku terkaku melihat empunya badan di dalam gambaran tersebut.
Ayah....
Tangisanku cuba ditahan namun peritnya amat menggunung tinggi lalu airmataku mula mengalir. Tangisan membasahi pipi. Ayah kelihatan amat lemah. Ayah cedera teruk.
"Ayah..k-kenapa?"
"Ayah okay je..j-jangan r-risau Berry.."
Tangisanku masih mengalir lebat. Melihat keadaan ayah amat memeritkan. Kepala ayah dipenuhi darah. Badan dan tangan ayah dipenuhi luka-luka yang besar dan lebam. Muka ayah pula...tidak dapat aku huraikan rupanya. Memang amat teruk sekali. Seluar ayah dikoyak teruk oleh sesuatu. Aku terdiam seketika.
"Berry..s-sihat?"
"S-sihat"
Adakah ayah diserang oleh 'werewolf'? Mungkinkah? Aku tidak dapat berhenti menangis. Rinduku pada ayah amat menggunung tinggi , bertambah pula dengan keadaan ayah sekarang , membuatkan aku menangis lebih teruk.
"Ayah...kena serang dengan 'werewolf' k-ke?"
"B-berry..j-jangan r-risau..kamu mesti latih diri kamu y-ya.."
"Tapi..a-ayah..-"
Belum aku habis bercakap , ayah telah memotong percakapanku.
"B-berry..a-ayah kena pergi s-sekarang..j-jaga d-diri y-ya.."
Gambaran ayah menghilang begitu sahaja. Aku merintih kesedihan. Ayah dalam bahaya..semua sebab aku. Jake pula memandangku dengan muka yang panik.
"B-berry...?"
Tanpa berkata apa-apa , aku terus memeluk Jake. Aku dah tak kisah. Aku perlukan seseorang untuk didakap. Kesedihan menyelubungi sepenuhnya dalam diri. Jake yang terkejut hanya memeluk semula. Aku menangis sepuasnya di dalam dakapan Jake. Sesudah aku puas menangis , aku melepaskan diri daripada dakapan Jake lalu mengesatkan airmata. Aku memandang baju Jake. Basah habis aku buat heh.
"Sorry Jake.."
"Takpe..kau jangan sedihlah..ayah kau tu kuat"
Aku hanya mengukirkan senyuman palsu. Sedih rasanya bila ayah masih jauh dari sisi. Tiba-tiba , Jake mula bersuara semula.
"Berry..jawab soalan aku tadi"
Aduhai. Mamat ni spoil betullah. Terpaksalah bagitau juga kat dia ni. Aku mengeluh lalu bersuara.
"Ish yela..tadi ada seorang pelajar ni usik aku. Aku geram sangat dengan dia. Tu yang kuasa aku tak dapat kawal. Puas hati?"
"Okay. Habis tu balik sekolah tadi sebelum aku sampai tu , apa jadi?"
Aduhai. Tu pun kena bagitau ke. Aku mencebik. Menyampah.
"Ala..budak tu serang aku lagilah. Tapi , ada kawan aku selamatkan aku sebelum aku terjatuh ke tanah"
Mukaku mula menjadi merah sebaik sahaja teringat semula peristiwa itu. Melihat Oleum menyelamatkan aku daripada terjatuh dengan riak muka dia masa tu. Uish aku saja yang tahu.
"Aih kenapa muka merah ni? Demam ke?"
Jake menyentuh dahiku dengan tangannya hanya untuk memeriksa sama ada aku demam atau tak. Semestinya tak.
"Aku okaylah!"
"Yelah..siapa nama budak yang usik kau tu?"
"Alicia"
Tiba-tiba sahaja aku terdiam. Hah! Ish lembapnya Jake and the Neverland ni. Patutlah rasa lama sangat tak sampai rumah. Rupanya kereta tak gerak langsung. Huh lembap betul Jake ni.
"Jake..! Asal tak gerak lagi?"
"Heh lupa ke? Tadikan kau nangis dalam dakapan aku. Macam mana nak bawa kereta..?"
Mukaku memerah. Ish memang cari nahaslah Jake ni. Aku menjelingnya lalu memandang ke luar tingkap.
"Alaa..jangan merajuk..okay okay aku drive"
"Whatever~"
Jake mula menghidupkan enjin lalu memandu dengan berhati-hati. Tidak lama selepas itu , Jake mula bersuara.
"Aku rasakan Alicia tu berbahaya. Aku tak tahulah kenapa tapi naluri aku cakap macamtu"
"Ala dia budak popular kat sekolah. Dia jeles dengan aku sebab aku famous pada hari pertama aku masuk sekolah tu"
"Kau kena jaga-jaga dengan dia tau"
"Ya ya"
Aku memandang ke luar tingkap semula. Lama lagi ke nak sampai rumah? Aku mencebik. Tiba-tiba , mataku membulat sebaik mendengar Jake berkata sesuatu.
"Siapa budak lelaki yang pakai kaca mata tadi?"
Mukaku mula memerah. Alamak! Apa aku nak cakap? Disebabkan aku nak sembunyikan muka aku , aku tidak memandang ke arahnya. Aku hanya membalas percakapannya.
"Kawan"
"Ye ke?"
"Ye"
"Macam ada something"
Aku hanya terdiam. Dah tak tahu nak cakap apa lagi. Aku dapat rasakan Jake mengukirkan senyuman sinis di bibir.
"Ye ke takde apa?"
"Ish betullah!"
Kemarah mula membangkit. Jake yang hanya bergurau denganku hanya terdiam. Tak beranilah tu nak lawan. Heh penakut. Namun , aku dapat lihat riak muka Jake lain hari ni. Kenapa ya?
"Hei Jake. Kau okay? Kau macam lain je hari ni"
"Aku okay"
Jake mengukirkan senyuman ke arahku. Heh senyuman palsu. Namun , aku mengabaikan sahaja. Tiba sahaja di rumah , aku melihat Jake terus melulu ke arah biliknya. Lah. Baru nak ajak tengok movie. Aku terdiam seketika. Kenapa dengan Jake ya? Persoalan itu terus bermain di fikiranku sehinggalah tibanya waktu tidur. Mungkinkah aku ada buat salah? Aku sendiri tidak tahu. Aku membiarkannya lalu melelapkan mata untuk tidur.
YOU ARE READING
Daughter Of Light
Fantasy"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Berry Darwin. Sejak dari kecil lagi , dia telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya s...