Bab 26 : Daughter of Light VS Lord of Demon
Sayapku ditebarkan lalu aku terbang ke udara. Sayapku yang bersinar menyebabkan Raja Walt mengerang kesakitan. Heh tau pun tak tahan. Raja Walt mengundur ke belakang sedikit akibat terkejut dengan perubahanku yang secara tiba-tiba berlaku. Badanku yang lemah dan cedera , pulih begitu sahaja. Mataku terus bercahaya biru lalu pedang petirku digenggam erat. Senyuman sinis mula terpampang di wajahku.
"Tiba masa untuk kau mati , Raja Walt Alfred a.k.a Lord Of Demon"
Raja Walt tersentak mendengar kata-kataku tadi. Namun , sedikit pun tidak membuatkan dia takut untuk berlawan denganku.
"Bukan ke sepatutnya kau mati pula?"
"Heh. Kita tengok siapa yang mati dulu lah"
Dengan pantasnya , aku meluru ke arahnya menggunakan sepenuh tenaga yang aku ada. Kau takkan terlepas , orang tua! Pedangku diangkat sebaik sahaja aku merapatinya lalu aku melibaskan pedangku ke arah badannya. Aku menyangka aku berjaya menyerangnya namun sangkaanku salah. Sebaik sahaja aku melibaskan pedangku , pedangku seakan-akan terkena satu gelombang kuasa yang kuat yang berada di hadapan Raja Walt. Disebabkan gelombang kuasa tadi , pedangku menjadi retak. Cis! Pedang kesayangan aku dah retak. Tak guna! Badanku terus dicampak jauh disebabkan gelombang kuasa tadi. Badanku terhempas kuat ke tanah. Raja Walt hanya tersenyum sinis.
"Kau tak boleh serang akulah"
Aku berusaha sedaya upaya membangkitkan diri. Mulutku dilap dengan tangan kananku. Kelihatan darah pekat terpampang jelas di tanganku. Cis! Mataku mengerling ke arah Amber. Jangan risau , Amber. Aku akan hantar atuk kau ke tempat asal dia. Pandanganku terus beralih ke arah Raja Walt. Nampaknya dia selesa sangat berdiri dekat situ. Kena bagi dia senaman sikit lah. Aku hanya tersenyum sinis memikirkan idea yang baru sahaja aku fikirkan. Raja Walt hanya memandangku penuh kehairanan.
"Heh. Kau ni penakut ke? Kata Lord Of Demon , tapi kau langsung tak serang aku. Heh lemah sangat ke kau ni sampai malas nak lawan balik? So pathetic"
Kata-kataku tadi cukup membuatkan Raja Walt bengang. Heh. Nampaknya idea aku menjadi. Seperti yang aku rancang , aku mengumpan Raja Walt untuk turun berlawan denganku. Aku kena uji kesabaran dia lagi.
"Aih. Lord Of Demon dah tua sangat ke sampai malas nak lawan balik? Baru nak tengok kehebatan Lord Of Demon tapi rupanya dia seorang yang lemah dan tua"
Raja Walt menjadi bengang yang amat lalu dia bergegas meluru ke arahku. Disebabkan kecuaianku tidak fokus terhadap pihak lawan , Raja Walt merempuh badanku dengan kasar sekali. Badanku ditolak kuat sehingga terhempas pada pokok yang besar. Aku mengerang kesakitan. Aduh! Sakitnya tak terhingga. Segera aku mengangkat muka lalu bersuara.
"Macam ni lah aku nak! Tadi pemalas sangat. Baru sekarang nak tunjuk hebat"
Raja Walt hanya tersenyum sinis. Heh aku bukan puji kau lah orang tua. Sebaik sahaja aku membangkitkan diri , secara tiba-tiba aku memuntahkan darah yang begitu banyak. Aku tergamam. Aku tak sangka kekuatan dia amat mengagumkan. Raja Walt pantas meluru ke arahku sebelum sempat aku bangun. Aduhai. Nampaknya aku dah tempah maut dengan orang tua ni. Dengan sekelip mata , kedua-dua belah kakiku digenggam erat oleh Raja Walt lalu dicampaknya aku menghempas beberapa batang pokok. Habis pokok yang kuhempas tadi pecah berkecai. Aku mengerang kesakitan. Makin banyak darah telah dimuntahkan. Aku mengangkat sedikit mukaku hanya untuk melihat senyuman sinis yang terpampang di wajah Raja Walt. Aku dapat dengar gelak ketawa Raja Walt bergema di telingaku. Aku hanya menjeling lalu bingkas bangun.
"Seronok main hempas-hempas pokok? Jangan cabar aku buat something yang lagi teruk daripada tu"
Raja Walt mendekati aku dengan senyuman sinis. Aku dapat rasakan aura kegelapan yang kuat mengelilingnya. Aku mengundur ke belakang sedikit demi sedikit sambil memegang tangan kiriku yang sudah patah disebabkan rempuhan pokok-pokok tadi. Aku berganjak ke belakang lagi hanya untuk menjarakkan diri daripada Raja Walt.
"Nak lari mana? Kau tak boleh lari daripada aku , Lord Of Demon. Haha! Seperti yang aku cakap pada mula , kau yang akan mati"
Aku hanya menelan air liur melihat Raja Walt mendekati ku setapak demi setapak. Aku kena berani! Mungkin kalau aku serang dia guna Light Element , mungkin berhasil. Aku kena cuba dulu. Dengan itu , aku memberanikan memandang wajah Raja Walt yang bengis itu.
"Kau mungkin fikir kau dah cederakan aku dengan teruk. Tapi jangan harap aku akan mengalah begitu sahaja"
Atas kata-kataku tadi , entah macam mana aku rasa aku mendapat satu tenaga untuk melawan Raja Walt. Satu semangat yang mendorongku untuk melawan dengan Lord Of Demon habis-habisan. Perlahan-lahan aku mengukirkan senyuman sinis di bibir. Raja Walt turut mengukirkan senyuman sinis akibat kagum dengan tenaga yang ada dalam diri aku. Aku kembali bersuara semula.
"Perkataan mengalah tak pernah wujud dalam kamus hidup aku dan kau jangan fikir aku akan biarkan kau terlepas dari genggaman aku. Sebab aku , Daughter of Light tak akan sesekali takut dengan kau , Lord Of Demon!"
Raja Walt hanya ketawa terbahak-bahak sambil menepuk-nepuk tangannya sebaik sahaja aku habis bercakap. Mukaku mula menjadi panas yang menandakan aku sedang marah.
"Apa yang lawak ha!?"
Pertanyaanku hanya diabaikan olehnya. Sebaliknya dia hanya meneruskan ketawa terbahak-bahaknya itu. Aku menggenggam erat tanganku untuk menahan geram. Akhirnya , kemarahanku telah sampai ke tahap yang kritikal. Aku merenung tajam ke arahnya lalu kuasa petirku mula memercik di tanganku. Mataku terus bercahaya biru. Aku menebarkan sayapku lalu mengapungkan diri ke udara dan terus meluru pantas ke arahnya.
"Thats it! You're gonna pay for laughing at me!!"
Sejujurnya , aku benci orang tak bagi perhatian waktu aku bercakap. Ish! Bengangnya rasa!! Aku mengeluarkan kuasa petir dan aisku lalu menghantarnya ke arah Raja Walt. Kuasa petirku tidak mengenanya namun kuasa ais mengena tepat ke dadanya. Walaupun tangan kiriku patah , namun aku dapat menggunakan kuasaku dengan baik sekali. Aku melonjak kegembiraan. Namun , semuanya terhenti sebaik sahaja kuasa aisku tidak memberi apa-apa kesan kepadanya. Aku mendengus. Raja Walt hanya tersenyum sinis.
"Heh. Ini ke Daughter of Light yang digeruni oleh generasi 'werewolf'? Tak sangka apa yang aku nampak adalah salah. Patutlah Amber hidupkan aku semula. Sebab nak kalahkan kau yang lembik ni"
Kemarahan mula membara dalam diri. Aku kembali meluru ke arahnya lalu merapatkan kedua-dua tanganku untuk menghasilkan Light Element. Aku menggunakan sepenuh tenagaku lalu menghantarnya tepat ke arah Raja Walt. Raja Walt meraung kesakitan. Inilah masanya untuk serang dia. Serang hendap. Dengan pantas , aku meluru ke arahnya. Namun , belum sempat aku menyerangnya , Raja Walt bingkas bangun lalu menumbukku tepat di perut. Akibat tumbukan yang kuat dari Raja Walt , badanku melayang jauh sehingga aku terbabas ke arah satu pokok yang besar. Aku memuntahkan darah dengan banyak. Mataku mula menjadi samar-samar. Aku cuba bangkit namun apakan daya aku tiada tenaga untuk membangkitkan diri. Dalam keadaan samar-samar , aku dapat lihat Raja Walt mendekati ku dengan sebatang kayu yang tajam. Aku cuba untuk bangkit sekali lagi namun tidak berjaya. Aku mendongakkan kepala sedikit hanya untuk melihat senyuman sinis Raja Walt.
"Bersedia untuk mati?"
Aku hanya meludahkan darah ke arah kakinya. Dia menggenggam erat kayu tersebut. Ternyata dia amat marah dengan tindakan aku tadi.
"Kurang ajar!! Matilah kau!!!"
Aku memejamkan mata. Raja Walt terus mengangkat kayu tersebut lalu cuba menusukku dengan kayu tadi. Namun , sesuatu telah menghalang kayu tadi menembusi diriku. Aku terdiam. Kenapa aku tak rasa apa-apa? Perlahan-lahan aku membukakan mata dan sesuatu yang mengejutkan telah membuatkan aku mengalirkan airmata.
"Terima kasih sebab percayakan saya , Berry Darwin"
Aku hanya terkaku.
Amber Adolf...?
ANDA SEDANG MEMBACA
Daughter Of Light
Fantasy"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Berry Darwin. Sejak dari kecil lagi , dia telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya s...
