Berry VS Amber

3.3K 211 9
                                        

Bab 25 : Berry VS Amber

  Aku menanyakan sesuatu kepada atuk sementara menunggu Oleum memanggil Jake dan Brendan. Aku menarik nafas yang panjang lalu bersuara.

"Atuk. Atuk rasakan dekat mana Berry nak cari Amber dengan semua 'werewolf' yang ada dalam kawalannya. Tak lupa juga dengan tetamu misteri yang bakal Berry lawan"

   Atuk membisu seketika. Aku turut berdiam sahaja.

"Ha! Baru atuk ingat. Tak silap atuk ada satu tempat tu , memang selalu ada roh yang berkeliaran. Maybe kat situ Amber dengan yang lain-lain"

"Apa nama tempat tu , atuk?"

    Atuk menggaru-garu kepalanya. Alahai , atuk lupa ke?  Tolonglah ingat. Aku perlukan sangat nama tempat tu. Amber dalam bahaya. Setelah sekian lama menunggu , akhirnya atuk bersuara semula.

"Ha! Dah ingat! Nama tempat tu ialah Dark Ghostly Swamp. Berry kena hati-hati kat sana tau"

   Aku hanya mengangguk kecil. Akhirnya setelah berkurun menunggu , ceh takde lah , tibalah Jake and The Neverland bersama Brendan Si Angel dan jejaka kacakku , Oleum. Hehe~

"Finally...! Keluar pun. Lambat benar"

"Salah Jake"

"Apa pula? Salah kau lah , Brendan"

   Mulalah pertelingkahan mamat dua ekor ni. Eee , aku guna kuasa petir aku nanti , silap-silap aku pergi dengan Oleum je.

"Boleh diam tak?"

   Aku merenung tajam ke arah mamat dua ekor yang sibuk bertekak tadi. Kedua-duanya terkaku. Tak mampu nak cakap apa-apa. Ha tau takut. Jangan main-main dengan Daughter of Light. Aku merapati jarakku dengan mereka bertiga.

"Okay. Sekarang , semua pegang tangan sesama sendiri dengan erat. Jangan lepaskan , okay? Kalau ada antara anda bertiga jatuh , aku tak bertanggungjawab sebab aku dah pesan"

   Mereka bertiga hanya mengangguk lalu mengikut segala apa yang aku arahkan. Mataku dipejam lalu aku membaca satu mantera untuk ke destinasi yang hendak dituju.

" Luz , llevarnos al oscuro pantano fantasmal ahora"

    Cahaya putih mula berputar sekeliling kami. Hold on tight , guys! Badan kami mula terapung ke udara. Dalam sekelip mata , kami tiba di destinasi yang kami ingin tuju. Dark Ghostly Swamp. Perlahan-lahan kakiku menjejak ke tanah. Dah sampai! Aku membuka mataku lalu memandang sekeliling. Wow. Tempat ni spooky macam nama dia. Mataku dipejam lalu mataku terus bercahaya biru laut. Sayapku ditebarkan manakala pedang petirku tersergam kemas di sisiku. Aku menoleh ke arah Jake , Brendan dan Oleum lalu aku bersuara.

"Aku nak kau , kau dan awak , tolong menyorok dekat semak-samun dulu. Kita tak nak mereka tahu yang aku bawa geng back-up , okay?"

"Tapi..kalau awak..-"

   Aku melihat Oleum tepat pada matanya menyebabkan dia terhenti untuk bercakap.

"Saya akan okay je lah. Awak jangan risau"

    Aku mengusap lembut pipinya lalu mengukirkan senyuman yang manis yang membuatkan muka menjadi merah. Hm aku rindu tengok muka dia merah macam tu haha. Aku melambai ke arah mereka bertiga lalu mengorakkan langkah ke hadapan. Aku memberanikan diri untuk menteriak nama Amber.

"Amber!!! Keluarlah!!"

"Nampaknya , anak Mr.Darwin dah sampai. Cari Amber Adolf ya?"

    Satu kelibat mula hadir disebalik asap kegelapan. Aku menggenggam erat pedangku. Wait. Itu bukan suara Amber. Siapa pula?

Daughter Of Light Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang