Hari Persekolahan yang Tidak Begitu Teruk

4.7K 327 8
                                    

Bab 5 : Hari Persekolahan yang Tidak Begitu Teruk

Aku kini berada di dalam kelas Math. Kelas yang bosan sangat. Aku memandang sekeliling. Hampir satu kelas tidur tetapi cikgu langsung tidak perasan. Sah cikgu tu syok sendiri haha. Sedang sibuk aku menumpukan perhatian semasa cikgu mengajar , seseorang telah menepuk bahuku. Aku menoleh lalu melihat Amber berada di sebelahku. Amber menghadiahiku satu senyuman yang manis manakala aku hanya membisu. Dah kenapa pula dengan dia ni.

"Mm..ya?"

"Hai. Awak ingat saya lagikan?"

"Ha ya. Ada apa?"

"Tadi awak gaduh dengan Alicia kan?"

Aku hanya mengangguk. Bila teringat balik kejadian tadi , memang best kenakan dia balik hahaha. Aku memandangnya sambil mengangkat sebelah keningku.

"Oh~ hebatlah awak ni Berry! Sebelum ni semua orang takut dengan dia. Sejak awak kenakan dia , ramai yang perli-perli dia"

Oh~ Haha. Padan muka. Aku memandang semula Amber. Tu je ke tujuan dia panggil aku ?

"Ada apa-apa lagi?"

Amber hanya mendiamkan diri. Aih , kenapa pula dengan budak ni.

"Split it out , Amber"

"Wow , pandainya awak speaking"

"Jangan nak tukar topik"

Amber mengeluh kuat. Nampaknya kau kena bagitau aku juga hahaha.

"Macam ni..waktu awak marah dia..a-awak..a-awak-"

"Awak apa?!"

"Awak nampak seram sangattttt"

Aku tergelak terbahak-bahak dan pada masa yang sama , aku terdengar suara seseorang.

"Berry..?"

Oh uh. Aku dah kena tangkap dengan cikgu.

"Mm..ya cikgu?"

"Kamu nak bercerita kat depan?"

"T-tak nak"

Satu kelas mengalihkan pandangan ke arahku. Aku cuba bertenang namun perasaan gementar menyelebungiku menyebabkan tanganku mula menggigil.

"Tangan jangan menggigil please~"

"Berry..kamu ada cakap sesuatu?"

Aku terkaku. Alamak. Kuat sangat ke aku cakap tadi.

"T-takde apa cikgu"

"hm..baiklah. Kamu boleh duduk"

Sesudah aku melabuhkan punggungku semula ke tempat dudukku , pandanganku terus beralih ke Amber.

"Kaulah ni! Tak pasal aku kena tangkap dengan cikgu tu"

"Hehe sorrylah"

"Aih~"

"Awak ni hebatlah. Hari pertama je jadi tumpuan ramai"

"Kau ni nak perli aku ke apa?"

"Heh taklah. Waktu yang tiba-tiba cahaya matahari menerangi sekeliling awak , awak nampak cantik macam bidadari. Semua pelajar lelaki tergamam tengok awak terutamanya budak yang baris depan tu~"

Aku mengalihkan pandangan ke arah baris hadapan dimana Amber telah tunjuk. Seorang pelajar lelaki berkaca mata sedang fokus mencatat nota Math. Aku merenungnya lama sehinggalah dia tiba-tiba terpandang aku. Aku terkejut lalu mengalihkan pandangan ke arah lain. Muka aku mula memerah. Aduhai~ malunyaaa.

Daughter Of Light Where stories live. Discover now