Bab 3 : Misi Berry
Sejak kali terakhir aku berhubung dengan ayah , aku tidak dapat melihat wajah ayah lagi. Kesunyian yang dirasai olehku amat mendalam. Pertama kali aku rasa bebannya bila rindu yang amat menggunung tinggi terhadap ayah hadir. Kini , aku sedang..duduk sahaja. Aku tidak perlu berlatih di luar kerana takut ada ancaman yang akan berlaku padaku. Aku mengumpulkan semua tenaga yang ada dalam diri. Aku mencuba sebaik mana yang mungkin untuk mengawal kuasa yang ada dalam diri aku. Mataku dipejam lalu terus aku memfokuskan diri. Aku dapat merasakan kebangkitan kuasa yang membara dalam diri. Aku juga dapat merasakan kilauan petir mula muncul dari tapak tangan aku. Aku rasa aku boleh kawal sepenuhnya! Tetapi semua kefokusanku terpadam disebabkan Jake.
"Boo! Buat apa tu? Kau takkan dapat mengawal kuasa kau sepenuhnya. Haha"
Aduhai , nak tercabut jantung aku dibuatnya. Aku yang sedang sibuk memfokuskan diri telah diperanjatkan oleh lelaki bernama Jake. Jake and The Neverland betullah dia ni. Hoho cerita favourite dia latu~ Haha. Aku yang baru sahaja dikejutkan oleh dia terus menoleh ke arahnya. Mataku mula bercahaya menandakan kemarahan mula membangkit. Tanpa aku sedar , kuasa aku mula hadir. Jake terkaku lalu bersuara kerana aku seperti sedar tak sedar waktu tu.
"Berry..listen. Stop it. Kau kena sedar. Jangan bagi kemarahan mengawal diri kau. Stop it , Berry. Kau dah bekukan sofa ni"
Kemarahanku terus terpadam sebaik sahaja mendengar perkataan 'beku' lalu aku memandang dengan teliti ke arah Jake. Mataku yang agak samar-samar segera aku kesat untuk melihat dengan lebih jelas. Sebaik sahaja aku merenung Jake , mataku terus membeliak. Sofa yang diduduki oleh aku dan Jake sudah membeku sepenuhnya. Nasib baik aku tak guna kuasa petir , silap-silap terbakar sofa ni sekali aku pun kena. Jake memandang aku dengan muka yang kacak 'sangat'. Mataku mengerling ke arah tangannya. Oh uh! Nampaknya tangan dia terbeku sikit.
"Mm..sorry. Tak sengaja"
Aku menundukkan muka kerana rasa bersalah sangat. Tapi , rasanya dia layak kena macam tu. Heh siapa suruh terkejutkan aku lagi. Padan muka. Aku masih menundukkan muka ke bawah. Aku dapat rasakan Jake merenung aku dengan lama. Akhirnya , Jake mula bersuara.
"Heh aku tak kisahlah. Kau boleh cairkan ais ni kan?"
Aku menggeleng. Yelah , aku mana tau lagi. Boleh pula tanya aku boleh cairkan ke tak. Jake membulatkan mata lalu bersuara semula.
"Selagi kau tak cuba , selagi tu kau tak tau sama ada kau boleh cairkan ke tak"
"Tapi..macam mana aku nak buat?"
"Eh , asal tanya aku? Tanya diri kaulah"
Aku menjelingnya sebaik mendengar perliannya. Langsung tak membantu. Aku menarik nafas lalu memejamkan mata. Aku memegang kedua-dua tapak tangannya lalu kugenggam dengan erat. Aku dapat rasakan muka aku mula menjadi merah menyala. Aku memfokuskan diri lalu ais tersebut mencair dengan sendiri. Perlahan-lahan aku membuka mata dan kegembiraan mula diserlahkan oleh aku.
"Wow. Aku dah boleh cairkan ais!"
"Heh cairkan ais je. Jangan gembira sangatlah"
Aku merenung Jake dengan muka tidak berpuas hati. Sedapnya kau perli aku ye Jake. Aku menjelingnya lalu bersuara.
"Amboi. Aku dah tolong cairkan ais kat tangan kau. Ni yang kau balas balik kat aku? Perlian je? Mana kau punya terima kasih?"
Jake mendiamkan diri sahaja. Heh aku menang lagi , penakut. Aku mengukirkan senyuman sinis menandakan kemenangan berpihak pada aku. Jake yang sudah kalah itu memaling ke arah lain. Heh merajuk pula. Aku mengerutkan dahi melihat reaksinya lalu aku bersuara.
"Heh merajuk ke? Ish kalah perempuanlah kau ni"
Jake memandang semula ke arah aku. Ternyata dia mesti marah haha. Aku menang lagi. Namun , kemenangan aku hanya seketika sehinggalah Jake membalas komen aku.
"Heh sekurang-kurangnya aku tak manja macam kau. Dahlah tomboy. Muka je nampak ayu"
Okay ambil. Kau menang Jake. Aku membisu sahaja. Dia ni memang cari gaduhlah. Lama-kelamaan kami hanya duduk diam-diam sahaja sehingga Jake bersuara semula.
"Hari ni aku ada tugasan untuk kau"
Aku mengerutkan dahi. Aduhai tugasan apa pulalah Jake and The Neverland ni bagi.
"Kau kena biasakan diri berada di dunia luar"
Mataku membeliak mendengar tugasan yang diberi. What? Berada di dunia luar? No no , aku dah insaf.
"Tak naklah. Aku dah insaf. Kalau ada 'werewolf' nampak aku macam mana?"
"Pasal tu jangan risau. Aku akan selalu perhatikan kau dari jauh. Jauh jelah"
"Heh so bila aku boleh mula?"
"Harini. Aku dah daftarkan kau masuk sekolah menengah. So , kau kena pergi. Jangan berkawan dengan mana-mana budak yang nampak pelik bagi kau. Kot kot dia tu generasi 'werewolf' , kau akan berada dalam bahaya"
Senyumanku menghilang begitu sahaja. What? Sekolah? I hate school. Nak tak nak , aku kena pergi. Kalau tak , pakcik Jake ni akan memekak.
"Oh ye. Macam mana aku nak keluar tanpa dikesan oleh mana-mana 'werewolf' ?"
"Nah"
Jake mengeluarkan seutas rantai berwarna perak yang dipadankan bersama rama-rama berwarna biru. Aku mengambil rantai tersebut lalu membelek-beleknya.
"Pakai rantai ni. Rantai ni akan membuatkan mana-mana 'werewolf' tak dapat kesan kau. Kiranya kau selamat sikit"
Aku terdiam seketika. Selamat sikit? Apa maksud kau , Jake?
"Selamat sikit? Apa maksud kau?"
"Rantai tu memang akan selamatkan kau daripada dikesan. Tetapi. Kalau kau hilang kawalan dengan kuasa kau , dan ada 'werewolf' yang dapat kesan..cepat-cepat lari dari situ atau hubungi aku"
"Macam mana aku nak hubungi kau?"
"Aduhai kaukan ada kebolehan berhubung. Dah amnesia ke apa kau ni?"
"Oh! Lupa"
Jake menggeleng-gelengkan kepala. Heh akukan pelik. Aku hanya tertawa melihat kebengangan yang ada dalam diri Jake. Hoho sekarang misiku yang pertama di Sekolah Menengah yang menyeramkan bakal bermula. Yeah!
YOU ARE READING
Daughter Of Light
Fantasy"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Berry Darwin. Sejak dari kecil lagi , dia telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya s...