Peperangan Yang Tak Diduga

3.4K 243 3
                                    

Bab 18 : Peperangan Yang Tak Diduga

Bulan sudahpun hampir purnama. Aku mengerling ke arah jam tanganku. Sudah tepat pukul 10 malam. Aku memandang Oleum lalu Oleum mengangguk seakan-akan dia boleh membaca fikiranku. Aku memejamkan mataku. Bajuku mula berubah. Mataku mula bersinar warna biru laut. Aku membuka mata perlahan-lahan. Pedang petirku sudah digenggam erat olehku. Aku menoleh ke arah Oleum. Oleum mengeluarkan pedang samurainya lalu membarakan api. Wow. Serius macam pertunjukan depan mata je. Oleum nampak cool. Aih kenapa dengan aku ni. Aku menggelengkan kepala. Berkhayal je kerja aku ni. Memandangkan kami tiada kenderaan ke sekolah , terpaksa kami berjalan kaki. Aih tak suka betullah. Aku dan Oleum berjalan beriringan. Pedang kami dipegang kemas. Tiba-tiba , bunyi salakan serigala mula kedengaran. Oh no. Prepare for battle. Aku dan Oleum mendekati satu sama lain. Aku menutup mata lalu cuba untuk mengesan mana-mana pergerakan 'werewolf' berdekatan. Aku membuka mata lalu menarik baju Oleum untuk berjalan ke hadapan lagi. Kami berjalan dengan penuh berhati-hati. Tanpa aku sedari , seekor 'werewolf' sedang menghampiri Oleum. Ia sedang cuba nak serang Oleum. Disebabkan kepekaanku , aku melompat ke atas lalu memenggal kepalanya. Secara tiba-tiba , sekumpulan 'werewolf' menyerang kami dari hadapan. Aku dan Oleum saling memandang satu sama lain lalu mengangguk sambil mengukirkan senyuman sinis.

Prepare to die..

Kumpulan 'werewolf' itu mendekati kami dengan pantas sekali. Aku memegang pedangku dengan erat. Satu. Dua. Tiga. Serang. Senyuman sinis diukirkan lalu aku berlari ke arah mereka semua. Begitu juga dengan Oleum. Kami berdua berganding bahu menumpaskan semua 'werewolf' yang menghalang kami ke lokasi yang hendak kami pergi. Sepanjang kami ke sekolah , kami diserang bertubi-tubi oleh kumpulan 'werewolf' itu. Aku menjadi semakin penat melawan mereka semua. Mereka terlalu ramai.

"Kenapa ramai sangat..? Bukankah sepatutnya..sumpahan 'werewolf' tu dah hapus sebab saya dah bunuh Mr.Adolf...?"

"Saya tak tau.. Tapi jangan berhenti lawan. Kalau tak , awak akan cedera Berry!"

Disebabkan aku sudah melutut kepenatan , Oleum cuba sedaya upaya melindungi aku. Tiba-tiba , seekor 'werewolf' menyerangku dari hadapan. Oleum menjerit memanggil namaku untuk menyerang. Namun , aku terlampau penat. 'Werewolf' itu makin menghampiriku. Aku memejamkan mata lalu mengumpulkan tenaga untuk menyeramgnya. Semakin lama semakin hampir dia mendekatiku. Baru sahaja 'werewolf' itu mahu mencakar , aku mengangkat pedangku lalu melibas ke arah kepalanya. Bam! Kepalanya terputus. Darah hijau mengena seluruh muka. Bagi orang lain , mesti menggelikan. Tetapi bagi aku , aku dah biasa mandi darah hijau ni. Cuma bau dia busuk dan melekit.

"Oleum cepat!!"

"Sekejap!"

Oleum menumpaskan 'werewolf' yang menghalangnya lalu terus berlari ke arahku. Kami mempercepatkan langkah ke arah sekolah. Gelak ketawa mula kedengaran. Aku memaling ke belakang.

Amber..

"Hahaha. Hai..~"

Aku merenung tajam ke arahnya. Mataku terus beralih ke arah bumbung sekolah. Mataku terbeliak melihat tangan dan kaki ayah dipaku di tengah-tengah bumbung sekolah.

"AYAHHH!"

Ayah mengangkat muka sedikit lalu mengukirkan senyuman kecil ke arahku sebelum ayah pengsan. Aku merenung semula Amber.

"Apa? Kau sakit mata ke?"

"Kau lepaskan ayah aku"

"Lepaskan? Memang taklah"

Tiba-tiba , badanku ditolak kasar dari belakang. Rupanya seekor 'werewolf' telah mencuba untuk menyerangku namun Oleum cuba menghalang. Aku membangkitkan diri untuk menolong namun dihalang oleh Amber.

"Kau nak pergi mana?"

Aku mengerling ke arah Oleum. Semakin ramai 'werewolf' menghampirinya. Dia takkan dapat lawan semuanya!

"Ke tepilah Amber!"

"Aku takkan benarkan"

Aku mengerling ke arah Oleum. Pedang Oleum tercampak jauh lalu dia ditolak kasar oleh semua 'werewolf' di situ. Badannya berlanggar dengan pokok lalu dia rebah dan jatuh pengsan. Aku terkaku. Aku memegang erat pedangku. Matilah kau ,Amber.

"Haha. Boyfriend kau dah tumbang"

Tanpa Amber sedari , aku telah meluru ke arahnya lalu melibaskan pedangku ke arah tangannya. Tangannya mula berdarah banyak. Aura kegelapan mula mengelilinginya. Cuma auranya lebih kuat. Pelik.

"Kau...memang nak mati!"

Amber mula merubah ke rupa 'werewolf'. Apa yang mengejutkan ketinggian Amber sungguh mengagumkan. Dia sama tinggi dengan ayah dia. Macam mana boleh jadi macam ni? Aku mengabaikan ketinggiannya lalu terus menyerang di perut. Aku tersenyum sinis. Dia takkan dapat bertahan dengan luka yang besar kat perut. Namun , jangkaanku salah. Secara tiba-tiba , luka di perutnya pulih begitu sahaja. Mataku terus terbeliak. Macam mana boleh jadi macam ni? Tanpa aku sedari , aku telah ditolak kasar olehnya lalu badanku dicakar. Badanku berlanggar dengan pokok yang besar lalu aku merebah ke tanah. Aku mencuba untuk bangun tetapi dengan kepedihan luka oleh cakaran tadi bercampur dengan kepenatan aku berlawan dengan ramai 'werewolf' menyebabkan aku kehilangan terlampau banyak tenaga. Nafasku menjadi tercungap-cungap. Aku mengangkat kepalaku sedikit. Beberapa 'werewolf' yang sudah berubah ke rupa asal mengheret Oleum lalu mengikat kedua-dua tangan dan kakinya pada tiang bendera. Aku cuba lagi untuk bangkit. Namun , semuanya sia-sia. Aku tiada tenaga untuk melawan. Tiba-tiba , Amber gelak terbahak-bahak. Gelak jahat.

"Kau mesti pelikkan kenapa kau tumpas cepat dan kenapa ramai lagi werewolf yang ada dengan akukan..? Well , kau tak tau ke apabila ketua generasi werewolf mati , kuasanya akan jatuh pada pewaris yang dia sudah tetapkan. Seperti apa yang aku cakap , akulah pewarisnya dan ketua baru untuk generasi werewolf. Bila kau dah bunuh ayah dengan Alicia , saiz aku dan kekuatan aku akan bertambah. Akulah paling kuat. Hahahahaha. Tak lama lagi , sumpahan werewolf ni akan kena pada boyfriend kau pulak"

Aku mengerling ke arah Oleum. Seorang daripada mereka berubah ke rupa 'werewolf' lalu mengigit leher Oleum. Well , bukan gigit. Ia lebih kepada menerkam leher Oleum. Oleun mengerang kesakitan lalu jatuh pengsan semula. Kepedihan cakaran tadi masih belum hilang. Kenapa healing power aku tak berfungsi? Argh. Aku kena tolong Oleum dengan ayah. Amber kembali menoleh ke arahlu dengan senyuman sinis di bibir.

"Tepat pukul 12 malam , sebaik sahaja bulan mengambang , dia akan berubah ke rupa werewolf dan akan ada bawah kawalan aku. So , selagi aku tak mati , semua werewolf yang ada dalam kawalan aku. Mereka hanya akan mengikut arahan aku termasuklah boyfriend kau. Aku adalah pewaris terakhir. Selagi aku berkuasa , kau takkan dapat bunuh aku dalam jarak yang jauh atau dekat dengan semua tentera yang aku ada , Berry"

"K-kenapa kau nak bunuh generasi 'lycans'? Generasi kita lebih kurang sama je. Cuma 'lycans' lebih sukar dibunuhlah daripada 'werewolf' dan 'lycans' tak berbulu lebat macam 'werewolf'. Tapi kita ni hampir sama je. Boleh tak kita berdamai je macam dulu?"

"Tak akan. Selamanya tak akan terjadi. Selagi aku tak mati , semua tu tak akan berlaku. Disebabkan generasi lycans dah bunuh atuk kesayangan aku , aku takkan dapat berbaik dengan lycans selagi aku tak balas dendam. Memandangkan tadi kau pandang rendah pada werewolf , kau pun bakal mati. Sebagai tuntutan nyawa ayah dan Alicia"

Lah. Pasal tu benda betul tau. Bukan nak pandang rendah. Baru sahaja aku mahu mengambil pedangku , Amber terus menyepak jauh pedangku. Kemarahan mula membara. Argh geramnya aku.

"Bersiap sedia untuk mati. Ada kata-kata terakhir?"

"Kau akan aku bunuh dengan tangan aku sendiri. Tu janji aku"

Amber mengendahkan percakapanku lalu mengangkat kedua-dua tangannya. Kukunya yang tajam mahu menghinggap mukaku namun dihalang oleh sesuatu. Aku membuka mataku perlahan-lahan. Cahaya putih mula mengelilingiku. Aku memandang empunya badanku. Itu...siapa? Aku dapat dengar Amber mendengus lalu menyerangku berkali-kali namun tidak berjaya kerana aku dihadang oleh cahaya putih tadi.

"Apa ni?!"

Aku mengangkat muka. Mataku terbeliak melihat empunya badanku.

Jake....?!

Daughter Of Light Where stories live. Discover now