Pertemuan Dengan Alicia

4K 245 1
                                    

Bab 10 : Pertemuan Dengan Alicia

Cahaya matahari mula menyinari pagiku. Argh. Dengan terpaksanya , aku membangkitkan diri. Aku mengesatkan mata lalu melangkah masuk ke bilik air. Selesai sahaja mandi , aku segera bersiap untuk ke sekolah. Malasnya. Aku melangkah keluar dari bilik lalu menuruni tangga ke ruang tamu. Kelihatan ayah sedang menonton televisyen manakala Jake sibuk menikmati sarapannya. Aku bersalaman dengan ayah lalu menepuk bahu Jake.

"Jomlah"

Jake meletakkan pinggannya ke sinki lalu mengambil kunci keretanya. Aku melambai ayah sebelum masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan ke sekolah , aku dan Jake tidak bersuara. Tak taulah kenapa. Akhirnya , aku sudah tiba di sekolah. Baru sahaja aku mahu membuka pintu , tiba-tiba Jake mula bersuara.

"Berry..jaga diri ya"

Aku terdiam sahaja. Aku melangkah keluar dari kereta tanpa menoleh ke arahnya. Kereta Jake hanya berlalu pergi. Pandanganku kini pada kawasan sekolahku. Creepy as always. Aku melangkah masuk dengan penuh gementar. Takut bertembung dengan Alicia. Dari jauh , aku ternampak Amber sedang duduk di bangku berdekatan dengan pokok yang besar seorang diri. Aku berlari anak ke arahnya. Secara tiba-tiba , sesuatu telah menyebabkan mukaku mencium bumi. Nampaknya aku makan tanah untuk sarapan. Aku membangkitkan diri lalu menoleh ke arah empunya badan yang sengaja menyadung kakiku tadi. Tak lain dan tak bukan , Alicia si gedik. Argh tak boleh ke hari aku jadi lebih baik tanpa dia ni. Serabut betullah. Aku merenung tajam ke arahnya. Amber yang terkejut dengan apa yang terjadi segera meluru ke arahku. Namun , Amber yang baru sahaja mahu melihat keadaanku segera membelakangiku. Hal tersebut meninggalkan persoalan kepadaku. Amber takut dengan Alicia ke? Akukan ada. Amber nampak takut sangat bila Alicia pandang dia. Kenapa ya? Pandanganku kembali ke arah Alicia. Perempuan ni memang nak kena. Alicia tersenyum sinis lalu bersuara.

"Oh hai Berry. Sedap makan tanah?"

"Apa masalah kau?"

"Takde apa. Aku just nak main dengan kau"

Sebaik sahaja aku mendengar perkataan 'main' keluar dari mulut Alicia , aku tersentak. Dia tau ke yang aku ni anak perempuan Mr.Darwin? Mungkin? Aku mula berasa gelisah namun aku tidak menonjolkan reaksi tersebut.

"Main? Oh aku faham. Mestilah kau nak main dengan aku , so kau boleh kuruskan badan kau. Maklumlah kau gemuk"

"Kurang ajar"

Alicia mengangkat tangan kanannya untuk menampar pipiku. Baru sahaja tamparan itu menghampiri pipiku , sesuatu telah menghilangnya daripada melekat ke pipiku. Mataku membeliak sebaik sahaja melihat Oleum sedang berdiri di hadapanku sambil menghalang tangan Alicia daripada menamparku.

"Not so fast"

Aku memandang Oleum seketika. Cara dia cakap tadi , menampakkan dia sangat serius tapi pada masa yang sama dia nampak cool. Oh my. Aku memandang Alicia dengan senyuman sinis di bibir. Heh aku ada boyfriend akulah sis. WAIT. APA AKU CAKAP NI?! Maksud aku , kawan. Ha kawan. Aduhai kenapa dengan aku ni.

"Lepaskan tangan akulah , budak nerd"

Alicia cuba sedaya upaya untuk meloloskan diri daripada genggaman Oleum. Rasanya Oleum genggam kuat sangat kot. Oleum memulas tangan Alicia ke belakang. Wuu mamat ni pandai kungfu ke apa.

"Kau dengar sini. Jangan ganggu Berry lagi. Kau faham tak?"

Oleum melepaskan tangan Alicia. Alicia menggenggam tangannya dengan erat. Kini pandangannya beralih ke arahku.

"Kau..kau tunggu. Aku akan balas dendam"

Dengan itu , Alicia pun berlalu pergi. Sebaik dia melintasi aku , aku terdengar sesuatu bisikan yang cukup membuatkan aku terkaku.

"Aku kenal kau siapa , Berry"

Aku terkaku. Aku mengalihkan pandanganku ke arah Alicia yang sudah berlalu pergi. Alicia dah tahu siapa aku ke? Agaknya dia dah cam aku dari kejadian yang lepas. Macam mana ni? Banyak persoalan mula hadir di minda. Kerisauanku tentang Alicia yang sudah tahu identitiku membuatkan aku gementar. Aku tak tahu apa yang bakal dia lakukan lepas ni. Aku menoleh ke arah Oleum. Kenapa dia lindungi aku?

"Terima kasih , Ole"

"Sama-sama. Awak tak patut biarkan dia asyik usik awak je"

"Takpe. Saya tau nak handle dia. Ole..kenapa a-awak lindungi saya?"

Aduhai. Kenapa pula suara aku ni? Aku merenung muka Oleum sambil menunggu penjelasan. Muka Oleum mula memerah. Ops rasanya aku tenung dia lama sangat. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain lalu bersuara.

"Ole..jawablah soalan saya"

"S-saya tak tau kenapa. Bila saya nampak awak dalam kesusahan , s-saya..dapat r-rasa yang saya kena l-lindungi a-awak"

Sebaik sahaja Oleum habis bercakap , dia hanya menundukkan kepala. Aku pula hanya terkaku. Aku terkaku dengan apa yang Oleum cakap tadi. Mukaku memerah.

D-dia rasa yang dia kena lindungi a-aku..?

Perasaan yang sungguh pelik mula hadir di dada. Kenapa aku rasa selamat je bila dengan Oleum? Aku sendiri tak tahu. Perasaan yang ada tadi terus aku pendam.

"Mm..Ole. Terima kasih sekali lagi"

Aku mengukirkan senyuman manis di bibir. Oleum terkaku. Aih budak ini.

"S-sama-sama Berry. Takde hal"

"Anyway , awak pandai karate ke apa. Hebatnya awak!"

"Hehe takdelah"

Aku hanya tertawa. Oleum ni baik juga walaupun nama dia pelik. Oh! Aku lupa pula pasal Amber. Aku memalingkan diriku ke arah belakang. Aku menyangka Amber masih di belakangku namun sangkaanku salah. Amber dah tiada. Mana dia pergi? Persoalan tersebut terus bermain di fikiranku. Pelik sungguh. Mana pula dia pergi? Kini , aku hairan. Kenapa Amber membelakangi aku tadi waktu Alicia pandang dia dan ke mana Amber menghilang. Aku kena siasat. Tapi aku perlukan bantuan. Aku tahu aku nak minta bantuan siapa. Hehe~

Daughter Of Light Where stories live. Discover now