Bab 27 : Pemergian Amber
Titisan darah hijau mula menitis ke mukaku. Mataku membeliak sebaik sahaja melihat Amber sudah ditusuk kayu tersebut. Airmataku menitis satu persatu. Perlahan-lahan Amber berubah ke rupanya yang asal. Raja Walt yang sudah terkejut dengan apa yang berlaku hanya menarik keluar kayu tersebut dari Amber lalu mengundur ke belakang sedikit. Amber mula rebah ke tanah. Mataku terus beralih ke arah semak-samun iaitu tempat persembunyian Jake , Brendan dan Oleum. Mereka memandangku penuh kerisauan. Aku memberi isyarat untuk menyerang Raja Walt. Badan Amber yang sudah terbaring di tanah segera kurapati. Aku merangkak ke arahnya perlahan-lahan akibat kehabisan tenaga dalam diriku. Aku cuba untuk duduk bersebelahannya. Amber hanya menatap mukaku lalu tersenyum kecil. Aku merintih kesedihan. Kenapa Amber...? Kenapa? Aku memejamkan mata lalu merintih lagi. Tiba-tiba , aku merasakan sesuatu yang hangat menyentuh pipiku. Aku membuka mata hanya untuk melihat Amber menyentuh lembut pipiku.
"Berry..a-aku minta maaf..k-kalau bukan sebab a-aku..s-semua ni takkan t-terjadikan...?"
Aku hanya mendiamkan diri. Aku tak mampu kehilangan kawan baik pertama aku. Aku memandang wajah Amber. Aku dapat lihat airmatanya menitis sepanjang dia bercakap sambil menatap mukaku.
"A-aku ni k-kawan yang t-terukkan...? K-kalau aku tak hidupkan atuk s-semula...k-kalau aku tak dengar cakap ayah a-aku dulu....s-semua ni takkan t-terjadikan..?"
"K-kau bukan k-kawan yang teruklah.."
"He-he..a-aku minta maaf s-sebab khianati kau , B-berry...a-aku rasa serba salah s-sangat..a-aku minta maaf s-sebab t-tak tepati janji...a-aku minta maaf sebab t-tak hiraukan kau , B-berry...a-aku menyesal sangat...tak lama l-lagi ak-ku akan pergi b-buat s-selamanya...a-aku harap k-kau akan sentiasa dengan O-oleum..he-hhe...a-ambillah gelang aku ni s-sebagai hadiah perpisahan...k-kalau rindu aku , t-tataplah gelang ni y-ya.."
Aku tertawa sedikit sambil menangis mendengar nama Oleum tadi. Amber ni , waktu serius pun dia nak buat lawak dan buat aku malu. Aku merintih kesedihan di hadapan Amber. Amber perlahan-lahan mengesatkan airmataku menggunakan segala tenaga yang tinggal.
"K-kau...j-jangan lah ca-cakap macam tu...a-aku boleh sembuhkan k-kau..!!"
Aku merapatinya lalu meletakkan telapak tanganku di atas luka di perutnya. Namun , Amber hanya menggelengkan kepala lalu mengalihkan tanganku perlahan-lahan. Aku berkeras untuk menyembuhkan lukanya namun Amber hanya menggeleng.
"A-amber...bagilah a-aku sembuhkan k-kau!!"
"Habis t-tu , k-kalau aku sembuh , a-aku nak tengok k-kau mati pula...? M-macam t-tu..? H-habislah ak-ku kena belasah d-dengan O-oleum nanti"
Amber tertawa kecil. Aku turut tertawa juga walaupun dalam keadaan menangis. Mataku mengerling ke arah Oleum. Nampaknya dia bertungkus-lumus nak kalahkan Raja Walt. Tiba-tiba , Amber memuntahkan darah yang begitu banyak. Aku mula kelam-kabut melihat keadaannya. Aku merintih lagi. Aih aku rasa aku dah lemah sangat. Amber menarik tanganku daripada aku menutup muka lalu memandangku tepat ke mata.
"B-berry...bo-boleh k-kau...janji dengan a-aku sesuatu..?"
Aku hanya mengangguk kecil yang membuatkan Amber tersenyum kecil. Amber mengangkat jari kelingkingnya perlahan-lahan lalu mengambil jari kelingkingku dan mencantumkan jari kelingkingnya dengan aku. Aku hanya membisu lalu menunggu Amber bersuara semula.
"J-janji dengan a-aku...k-kau akan sentiasa d-dengan O-oleum ok-kay? D-dia memang g-gilakan kau..minta m-aaf sebab a-aku paksa dia cakap yang dia suka a-aku"
Amber memuntahkan darah yang banyak lagi. Aku hanya merintih lagi. Dah tak tau nak buat apa. Aku nak selamatkan Amber tapi dia tidak benarkan.
"L-lagi satu...ka-kau janji dengan a-aku...y-yang ki-kita akan selalu j-jadi kawan baik s-selamanya sehingga ke a-akhir ha-hayat ok-okay..?"
"A-amber jangan lah ca-cakap macam tu.."
Aku merintih lagi. Amber ni , hanya melemahkan semangat aku. Nafas Amber mula menjadi tercungap-cungap. Aku menangis lagi teruk di hadapannya.
"U-untung O-oleum dapat kau...apapun k-kaulah k-kawan baik aku selamanya , B-berry...ak-ku sayang k-kau..B-berry......"
Amber menghembuskan nafas terakhir lalu perlahan-lahan matanya ditutup. Jari kelingkingnya yang erat memegang jari kelingkingku turut dilepaskannya lalu jatuh ke tanah. Tangisanku terhenti. Mataku terbeliak melihat Amber sudah menutupkan mata. Aku menggerak-gerakkan jasad Amber yang sudah tidak bernyawa. Aku seakan-akan tidak percaya dengan pemergiannya. Aku cuba menjerit-jerit memanggil namanya sekuat hati. Airmataku turut menitis mengena muka Amber.
"A-amber..? Amber!! Bangunlah!! Jangan pergi!! Aku dah lama maafkan kau!! Kita boleh berbaik macam dulu!! Cuma janganlah tinggalkan aku!!! AMBERRRRR! Amber...."
Namun segala apa yang aku buat sudah tidak berguna. Amber sudah tiada lagi. Gelang tangan di pergelangan tangan kirinya telah kubuka. Aku menggenggam erat gelang tersebut. Inilah hadiah terakhir dari Amber. Terima kasih Amber sebab luangkan masa dengan aku. Walaupun kau pernah khianati aku tapi aku dah tak kisah pasal tu. Terima kasih sebab jadi kawan baik pertama dalam hidup aku. Dalam keadaan menangis , aku mencuba untuk bercakap lagi. Aku memeluk erat tubuh Amber buat kali terakhir. Lepas ni dah tak boleh peluk dia dah.
"A-amber...a-aku pun sayang k-kau...ak-ku harap kau tenang di sana..."
Aku melepaskan pelukan tadi. Pelukan terakhir aku dengan Amber. Gelang tangan yang aku genggam tadi telah kupakai. Gelang tersebut tersergam cantik di pergelangan tanganku. Aku memandang Amber buat kali terakhir. Segera aku mengesatkan airmataku yang mengalir ke pipi. Saat itulah kali terakhir aku mendengar gelak ketawa Amber , senyumannya , kejujurannya , dan Amber akan sentiasa menjadi kawan baik pertama aku selamanya. Aku hanya tersenyum kecil dengan mataku yang merah.
Aku sayang kau , Amber...
YOU ARE READING
Daughter Of Light
Fantasy"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Berry Darwin. Sejak dari kecil lagi , dia telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya s...