Bab 7 : Misi Menyelamat
Setelah mendapat tahu ayah masih selamat amat melegakan. Namun , ayah cedera parah. Silap-silap ayah masih lagi diburu oleh 'werewolf' dekat luar sana. Aku mesti selamatkan ayah. Aku memanggil Jake yang sibuk mengurung dirinya di dalam bilik. Kenapa pula dengan mamat ni.
"Jake!! Keluarlah..aku nak bincang sesuatu dengan kau"
Aku menunggu seketika. Bila dia nak keluar ni. Akhirnya , Jake menyahut semula panggilanku lalu melangkah keluar dari biliknya.
"Yalah...kau nak apa?"
"Kau ni kenapa? Asyik kurung diri je kebelakangan ni"
"Takde apalah..cepatlah kau nak cakap apa?"
Aku memandang Jake dengan muka yang serius. Aku menenangkan diri lalu bersuara.
"Tolong aku cari ayah. Aku nak selamatkan ayah"
Jake merenung aku dengan lama. Alahai nak tolong ke tak nak mamat ni. Jake mengeluh lalu mengangguk sebagai tanda setuju. Yeah!!!
"Terima kasih , Jake"
Aku mengukirkan senyuman yang manis ke arah Jake. Jake hanya terkaku. Mukanya mula memerah melihat senyumanku. Terpikat ke dengan aku heh.
"So apa plan kau?"
Aku terdiam seketika. Macam mana aku nak cari ayah eh? Jake hanya mengeluh kuat.
"Berry , kau takde plan langsung ke?"
Aku menggeleng kepala. Hehe. Aku memang macam ni. Cakap je lebih , apapun takde. Aku hanya menundukkan kepala. Aku terdengar Jake mengeluh lagi. Usahlah mengeluh Jake and the Neverland. Bunyinya macam kau dah tua sangat. Hahahaha~
"Nasib aku ada tau. Okay macam ni , aku cuba cari jejak ayah kau. Kau pula jangan lupa pakai rantai aku bagi. Lagi satu , kau dah tau apa kelemahan 'werewolf' ?"
Aku hanya mendiamkan diri. Aku belum pasti lagi pasal tu. Aku menundukkan kepala untuk mengelakkan diri daripada memandang muka Jake.
"Aku rasa...aku tak tau lagi"
Aku menundukkan muka. Tentu Jake marah aku. Namun sebaliknya , apa yang aku sangka adalah salah.
"Takpelah..lagipun kau baru nak dapat kuasa kau satu persatu kan?"
Jake berkata begitu baik dengan aku sambil mengusap-usap kepalaku. Aku tergamam. Mamat ni demam ke? Aih pelik pelik.
"Kejap. Macam mana kau nak jejak ayah?"
"Akukan 'lycans'. Aku boleh menghidulah lembap"
Aku tertawa kecil. Tak terfikir pula. Aku bersiap sedia lalu bergegas ke kereta bersama Jake. Secara tiba-tiba , langkahku terhenti. Sesuatu aura dapat kurasai. Aura tersebut amat kukenali.
Ayah...
Mataku terus terbeliak sebaik sahaja dapat mengesan aura ayah sekitar kawasan perumahan Jake. Ayah tentu pernah lalu sini. Aku memandang Jake yang sudah kehairanan.
"Kau kenapa Berry?"
"Aku dapat kesan...aura ayah"
Jake tergamam. Aih jangan terkejut sangat hehe. Aku memfokuskan diri lalu cuba mengesan lagi aura ayah. Secara automatik , tangan kananku diangkat lalu menunjuk ke arah kiri.
"Ayah...kat..sana..."
Aku segera membuka mata untuk melihat ke arah kiriku. Mataku terbeliak melihat arah kiriku dipenuhi hutan sahaja. Aku menggigil ketakutan. Namun , Jake berjaya meredakan ketakutan tersebut.
ANDA SEDANG MEMBACA
Daughter Of Light
Fantasía"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Berry Darwin. Sejak dari kecil lagi , dia telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya s...
