Berry di SmkSy

5.1K 331 5
                                        

Bab 4 : Berry di SmkSy

Hari ini merupakan hari penting untuk aku. Misi pertama aku bakal berlaku. Aku begitu gementar yang tidak terhingga. Sedang aku bersiap-siap untuk ke sekolah , kedengaran ketukan di pintu bilikku.

Tok tok tok

"Ya?"

"Berry , cepatlah"

Aku mencebik. Aduh mamat Jake ni memang tak reti sabar. Segera aku membetulkan ikatan braid pada rambut aku. Perfect! Sebaik aku melangkah keluar daripada bilik , Jake sedang berdiri di hadapan pintu bilikku dengan muka 'hantu' dia tu.

"ARGHHHHHHHH"

Aku yang sudah terkejut dan ketakutan itu terus memukul Jake dengan kuat sekali. Jake pula merayu agar aku berhenti memukulnya. Heh sorry , kau cari gaduh itulah makannya.

"Berryyyyyy! Aduh! Sakit! Berhentilah!"

Disebabkan aku sudah kepenatan memukul Jake yang berbadan macam besi , aku pun berhenti. Badan Jake boleh tahan sasa , susah benar nak pukul. Aik apa yang aku cakap ni?! Aku memandang Jake yang sudah lesu.

"Sedap kena urut?"

"O-okaylah"

Haha padan muka! Jake yang keletihan akibat dipukul bertubi-tubi oleh aku , mula bersuara semula.

"Berry..hari ni aku akan hantar kau pergi SmkSy untuk misi pertama kau. Oh! Lagi satu , nah"

Jake menghulurkan sepasang sarung tangan berwarna biru yang sepadan dengan warna bajuku. Aku mengangkat kening lalu merenungnya dengan reaksi pelik. Jake mengeluh dengan kelembaban aku. Heh biasa~

"Aih takkan tak faham apa sebab aku kasi sarung tangan tu.."

Aku menggelengkan kepala. Dah aku tak faham , nak buat macam mana kan? Hehe. Aku mengukirkan senyuman kecil ke arah Jake. Jake mengeluh lagi sekali. Hahahaha.

"Aduhai..benda tu , kau pakailah nanti. Itu untuk safety. Kot kot kau naik angin tiba-tiba , sekurang-kurangnya kau boleh kawal kuasa kau dengan lebih senang"

Aku mengangkat kening ke arahnya. Memang mustahil kalau pakai sarung tangan tu dapat tolong aku kawal kuasa aku. Aku je jenis marah yang mengamuk macam ayah aku. Haha like father like daughter.

"Okay..ada lagi ke?"

"Berry..Jaga diri ok? Aku risau dengan kau"

"Ala..aku boleh jaga dirilah. Lagipun kau pun ada untuk tengokkan akukan? Even dari jarak jauh?"

Aku tertawa kecil melihat kerisauan yang dialami oleh Jake. Aku memandangnya lalu menghadiahi Jake satu senyuman yang tidak pernah dia lihat sendiri. Muka Jake mula memerah. Haha apalah.

"Heh asal muka? Demam kah? Hahaha"

"D-diamlah kau"

Jake menarik lenganku lalu membawaku ke keretanya. Wow kereta sportlah , macam dalam cerita Fast & Furious! Aku memandang Jake dengan muka tidak percaya. Jake memandangku dan mula berlagak lebih. Heh eleh acah acah je.

Selepas beberapa minit , aku telah tiba di hadapan pintu pagar SmkSy. Aku memandang kawasan sekolah tersebut dengan riak muka yang agak takut.

"Sekolah Menengah Kebangsaan Sun Yard? Kenapa kawasan sekolah dia seram semacam? Nama pun dah boleh tahan seram"

"Haha apa yang seramnya. Relax. luar je seram , dalam sekolah cantik"

Jake hanya mengukirkan senyuman. Aku percaya kau kali ni , Jake and the Neverland. Kalau kau tipu , memang aku hanguskan rambut kau! Aku menarik nafas yang panjang lalu menghembusnya.

Daughter Of Light Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang