Pertempuran

3.5K 240 19
                                        

Bab 13 : Pertempuran

  Perlahan-lahan aku membukakan mata. Aduh. Aku kat mana ni? Aku memandang sekeliling. Aku cuba membangkit diri namun tidak berjaya. Tangan dan kakiku sudah diikat. Oh! Baru aku ingat. Kepala aku kena hentak dengan benda sebelum aku sempat buka ikatan pada tangan Oleum. Sekejap. Mana Oleum? Aku menoleh ke arah kiri dan kananku. Tiada langsung kelibat Oleum. Mana Oleum pergi?

"O-oleum...."

  Tiba-tiba , suara seseorang sedang ketawa kecil kedengaran. Aku kenal suara tu.

"Dah bangun dah sleeping beauty ni. Mengigau sampai sebut nama boyfriend ya?"

Alicia..

  Aku mendongak ke atas. Alicia yang sedang tersenyum sinis sibuk bermain dengan rambutnya. Perempuan ni memang cari maut. Aku cuba meloloskan diri daripada ikatan pada tanganku namun tidak berjaya.

"Aih ikatan tu dah cukup ketat. Tak usahlah kau nak buka ikatan tu"

"M-mana Oleum..?"

    Aku merenung tajam ke arahnya. Aku yang sudah tercungap-cungap mencuba untuk bercakap dengannya.

"Ala..biarlah dia"

"Aku cakap...m-mana Oleum?!"

  Alicia mula berlakon seakan-akan terkejut denganku. Acah je. Kepalaku mula berdenyut. Aduh. Darah yang pekat masih mengalir di kepalaku. Argh basah melekit.

"Wow jangan marah. Sekejap aku panggil ya"

  Tidak lama selepas itu , seorang gadis berjubah hitam mula meluru ke arah aku bersama Oleum di sisinya. Aku memandang ke arah Oleum. Baju dia koyak rabak. Badan dia penuh dengan darah dan luka.

"Apa kau dah buat kat dia?!!"

"Ala just ancam dia je"

"Aku nak k-kau lepaskan dia!"

  Alicia langsung tidak memberi respon. Sebaliknya dia meluru ke arah Oleum lalu menyepak kuat ke perutnya. Oleum mula rebah ke tanah.

"L-lepaskan dia! Apa yang kau nak ialah aku! Jangan l-libatkan dia...t-tolonglah..."

   Airmataku menitik satu persatu melihat Oleum menahan setiap sepakan yang diberi oleh orang yang berjubah hitam itu. Akhirnya , Alicia menyuruh orang yang menyepak Oleum supaya berhenti lalu dia mengangkat daguku.

"Memang apa yang aku nak ialah kau tapi dia tu saksi..dia patut mati sekali dengan kau"

"No. Please jangan libatkan Oleum...aku merayu.."

  Airmataku mula mengalir dengan lebat. Aku tak sanggup tengok Oleum diseksa. Alicia mengukirkan senyuman sinis lalu dia bersuara.

"Berry berry. Seronok juga bila dapat tau kelemahan kau ni. Tak sangka lelaki ni kelemahan kau. Oh! Kau nak tau , aku bekerjasama dengan seseorang yang rapat dengan kau. Dia banyak membantu aku. Nak aku perkenalkan?"

  Sebaik sahaja Alicia tamat bercakap , orang berjubah hitam itu mendekati Alicia lalu dia menanggalkan jubah tersebut.

"Memperkenalkan kembar aku , Amber"

  Senyuman sinis dapat dilihat pada wajah Alicia. Aku pula tergamam. Tak mungkin. Aku seakan-akan tidak percaya dengan apa yang aku lihat.

"Amber..."

"Hai Berry.."

  Amber mengukirkan senyuman sinis di bibir. Aura kegelapan dapat aku rasai mengelilingi seluruh tubuh Amber.

Daughter Of Light Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang