Suara kicauan burung membuat riuh keadaan tasik di tepian Kuala Lumpur itu. Aku berjalan mencari tempat untuk merebahkan badan. Flat shoes yang ku pakai, ku lepas dijadikan alas duduk. Shawl warna pastel yang kusut masai itu ku biarkan terkena angin. "Memanglah dia tak cintakan aku, tapi... jangan lah buat macam ni" bebel ku dalam isak tangis. "Mamat kekwat!! Nasib baik kau handsome, kalau tak rasa nak aku calar kan je muka kau!! Eeeeiii geram nye!!" Bebel ku sambil melempar batu kecil ke tasik. Smartphone Samsung ku berbunyi "Mira, kau kat mana?" Mr. Kekwat. "Suka hati saya lah, nak tau je" jawab ku selamba. "Eiii kau ni Mira, balik sekarang. Marah sikit pun nak merajok" Mr. Kekwat. Phone ku campak atas rumput. Tak lagi ku balas pesannya. Mengingatkan hari dah mula nak senja, jadi aku memutuskan untuk balik dengan perasaan yang sukar nak di jelaskan.
-----------------------------------------------------------
Baru saja kaki ku hendak melangkah masuk ke dalam rumah "oh kira dah tak nak balik dah" perli nya selamba. Aku tak langsung menjawab, ku perhati kan tangannya yang di lipat ke dada. 'POYO' perli ku dalam hati. "Dah tak ada mulut lagi ke nak ber- CAKAP?" Perkataan cakap itu sengaja di tekannya kuat kuat. Aku memperagakan gaya semacam phantomim dengan gaya mengunci mulut ku dan membuang kunci nya keluar rumah. "Oh nak main game dah kau sekarang ni kan? Bagus lah biar bisu sekali. Ciri-ciri isteri derhaka. Macam kau ni lah" ucapnya selamba. Isteri? Ya aku memang lah dah berkahwin. Berkahwin dengan orang yang aku kenal sangat dari aku 17 tahun. Bukan. Dia bukan jiran atau kawan aku. Dia adalah uncle. Mesti korang terkejut kan? Dia bukan uncle sebenar aku. Aku ni adalah anak angkat dari pada kakak satu-satunya yang di milikinya. Mama Farah. Dia mengangkat ku jadi anak nya sejak 5 tahun yang lalu dari sebuah Rumah Cahaya Kasih namanya. Aku anak terlantar. Dari kecil aku tak tahu siapa ibu bapa aku yang sebenar. Mungkin tuah berpihak pada ku semasa aku berumur 17 tahun. Saat aku lulus daripada SPM, seseorang meminta ku untuk jadi anaknya. Dan jadi lah aku sekarang, Amira Batrisya. Seorang student kedokteran. Yang kalau aku tidak diangkat,mungkin aku dah kerja di kedai runcit atau apa lah. Aku sayang mama Farah. Mama Farah dan Syah hidup mewah sejak dulu. Mama Farah tak bersuami. Bercerai diusia muda dan tak ingin menikah lagi. Mungkin jodoh belum sampai. Itu yang selalu dia bilang. Kami. Aku, uncle Syah dan mama Farah hidup bersama satu bumbung. Mama Farah sayang sangat dekat aku dan uncle Syah. Dia tak nak kami berdua jatuh pada orang yang salah. Dia nak kami berkahwin. Uncle Syah memang lah baru berusia 27 tahun. Aku sekarang baru berusia 22 tahun. Awal nya kami berdua menolak rancangan ini. Tapi memandangkan aku banyak sekali memakan jasa Mama Farah, aku sayang sangat dekat dia. Hanya pada dia lah aku dapat kan rasa disayangi oleh keluarga. Aku dan uncle Syah akhirnya bersetuju. Kami berdua membuat sebuah perjanjian. Kami menikah hanya untuk menyenangkan hati Mama Farah. Aku sebenarnya tak enak hati. Tapi apa boleh di kata. Hanya ini yang mampu aku bagi dekat Mama Farah. Aku tak tahu sama ada hati ku dan berpaut dekat uncle Syah atau tidak. Semenjak menikah, aku tidak pernah panggil dia uncle lagi. Di depan Mama Farah memang lah ber-abang ber-sayang. Tapi kalau hanya kami berdua. Awak. Kau. Aku. Itu lah dia panggilan kami. Kami tak lagi hidup satu bumbung dengan mama Farah. Mama Farah dah tinggal dekat Singapura tiga bulan belakangan ini. Karena mamanya, nenek angkat aku dan juga mama dari Syah tinggal disana. Hanya aku berdua dengan Syah hidup di sini."Isteri derhaka???" Tanya ku mulai menaikkan suara. "Hah. Pandai pulak rupanya bercakap. Ingat kan dah bisu dah" senyum nya sinis. "Eiii tepi lah, nak mandi. Malas nak layan awak." Selamba aku berjalan masuk menaiki anak tangga. Tiba-tiba lengan ku di pautnya "jangan nak lari dulu. Kau ni, nak merajok pun agak-agak lah. Bukan dah biasa ke aku perli kau. Gurau je la" sambil menatap ku tajam. "Oh jadi apa yang awak perli saya selama ni, hanya gurauan je la? Haha kelakarnye awak kan, perli tak bertempat" aku terus menaiki tangga dan aku berhenti "awak fikir selama ini saya rilek je ke dengar awak perli saya macam tu. Tak... saya tak rilek. Saya simpan semua tu. Belum saat nye je nak saya muntah kan. Kalau saya tak pandang awak ni sebagai suami saya. Dah lama dah saya berkasar dengan awak. Saya hormat awak. Macam saya hormat mama Farah. Ingat satu... saya sangat menghormati awak..." lalu aku naik ke atas dan mandi. Bau sekali rasanya. Kami tidur tak satu bilik. Aku tau ini dosa. Tak layan suami. Tapi, entah... dia yang masih tak bersedia untuk aku berbagi bilik dengan dia. Aku biasa saja. Aku ikut apa dia nak.
Assalamualaikum. Maafkan bahasa melayu saya yang berterabur. Saya baru belajar hehe. Harap-harap lah ada yang sudi baca cerita ini. Love you all 😚. Pertama kali weyh. Nervouse nye!!
YOU ARE READING
Dia yang Aku Cinta ✔
RomantizmAmira Batrisya tidak pernah terfikirkan akan menikah dengan seorang architect muda, handsome, dan kaya. "Mira....SHMILY" - Syah "Apa tu?" Aku bertanya pura-pura tak tahu. "See How Much I love You.." dia tersenyum simpul padaku. Ego itu adalah pem...