DyAC 19

4.7K 106 0
                                    

Aku menunggu Sarah ambil aku kat airport. Dah macam apa dengan beg besar aku ni.

"Penat lah, Sarah ni kalau tak lambat tak sah lah" aku mengeluh lalu duduk di tangga.

Sarah berlari-lari kecil. Macam biasa. Aku dah buat muka monyok bercenti-centi dah.

"Sorry my honey sweety nanny.." apa hal dia cakap aku nanny. Malas betul lah.

"YaAllah tadi tu jem kan teruk gila" malas dah jawapan paling clishe abad ni.

"Kau tu memang queen of lambat. Dah dah angkat barang aku,lapar tahu tak. Lama tau perjalanan, lapar ngantuk, badan dah melekit. Jom ah" aku lurus saja masuk ke dalam kereta.

Sarah mengeluh "eeeiii agak-agak aaa, kau fikir aku driver kau ke? Siap angkat barang ni pulak" tapi dia angkat pulak barang aku. Hihi. Jahat nya aku.

Kami pun sampai di kedai mamak. "Rinduuuuu nye ngan kedai mamak ni" aku teruja begitu sampai di sana.

Iyalah, kat jepun mana nak cari weyh. Asyik makan ramen, sushi, itu lah dia.

"Hari ini aku belanja kau, makan lah apa-apa je. Sempena kau balik Malaysia ni aku nak berbaik hati" aku langsung mencium-cium Sarah.

"Eh kau bila nak lulus ni? Jangan lah lama-lama kat sana, balik sini buat bisnes" sambil menyuap roti canai kari ayam kat dalam mulut logkang nya. Ehh.. kahkahkha. Terkutuk tanpa sengaja pulak. Sorry.

"Hujung tahun nanti lulus lah aku, tak nak ah. Rasa tak nak balik pulak" aku menjelirkan lidah kat Sarah.

"Eeeii jangan sampai kau dapat mamat Jepun eh. Tak setuju!!" Dia bagi aku amaran.

"Ye... tak lah. Tapi aku akan cari orang Malaysia yang tinggal kat Jepun" aku terkikik.

"Itu tak pe" lalu dia cubit aku "...jangan cakap kau dah terserempak jodoh kat sana?" Tanya nya penuh siasat.

"Eeei mana ada. Aku still single lah, malas lah nak fikir pasal cinta ni menyakitkan hati je. Aku ni bukan anak dara lagi tau.." wajah ku berubah sayu.

"Dah lah tu, asal nangis ni. Tak mau lah macam ni" dia memeluk ku.

"Kau rasa masih ada ke lelaki yang nak dengan janda macam aku ni?" Tanya ku sambil makan ice cream di sebuah taman dekat kedai mamak tu.

"Mesti lah, kau ni jangan nak give up lah. Kau cantik apa" Sarah mengusap wide shawl ku.

"Memang lah aku cantik" sambil gelak aku tengok muka dia yang dah masam tu.

"Eei, ni lah malas puji kau ni. Melampau lah padah nya" dia geram.

"Alolololo.... jangan merajok lah. Sarah, by the way... macam mana eh cerita kau sampai dah nak kahwin dengan mamat Zain tu? Bercinta tak bagitahu" aku mencubit lengan nya.

"Hehe... masa kau pergi kat Jepun tu lah kitorang bercinta. Rahsia lah. Yang penting dia dah meluluhlantakkan hati aku ni" dia tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Rahsia lah sangat. Suka hati lah, aku nak tido mana ni" aku menelungkupkan wajah ku ke bahu Sarah.

"Mama Farah?" Dia ni mama Farah kan tak de kat Malaysia.

"Mama kan kat Singapura, kau ni" aku makin monyok. Nak duduk hotel 2 bulan bankrup aku. Bukan bankrup tapi tak ada duit 😂.

"Syah" eeei minah ni aku bantai kang nanti lebam.

"Hehe, sorry sayang. Tersalah cakap pulak" dia menutup mulut longkang nya yang kalau aku lah aku rasa nak picit-picit.

"Kau ni, jangan lah ingat-ingatkan aku pasal dia" aku mencubit peha nya.

Dia yang Aku Cinta ✔Where stories live. Discover now