DyAC 3

7K 177 3
                                    

Kereta ku meluncur dari hospital menuju ke rumah Syah. Sesampainya aku di depan pintu pagar. Aku melihat ada satu lagi kereta terpacak kat sana. Kerana tidak muat untuk menyimpan kereta ku di tepi jalan raya. Halaman parking kereta tak seluas mana. Aku pun berjalan masuk melewati satu buah kereta yang tak ku kenali. Di luar ada kasut wanita berwarna pink dengan heels. Hati ku bertanya-tanya. Siapakah dia?. Pintu rumah terbuka sangat lebar. Aku pun melangkah kan kaki ku memasuki ruang tamu."tak de orang" aku bermonolog. Kerana haus, jadi aku langsung menuju dapur dan membuka peti ais. Jus oren tadi pagi yang masam ku teguk tanpa perduli kemasamannya. Badan ku dah lengket. Niat hati nak segera naik ke atas. Tapi, ada satu suara gelak ketawa yang kuat sekali dari arah kolam renang kat taman belakang. Aku nak tahu juga siapakah pembuat suara itu. Ku lihat seorang wanita berambut hitam keblondean panjang sebahu, dengan baju dress sehingga lutut berwarna pink. Aku teringat akan kasut yang ada kat depan rumah tadi, mesti lah dia punya. Desis ku dalam hati. Tapi siapa dia? Apa kepentingan dia malam-malam begini berdua-duaan dengan suami orang? Aku mengetepikan perasaan curiga ku. Takut-takut aku dah tersalah sangka. Aku ragu, hendak menyampuk perbualan mereka atau pun tidak? Ah aku memutuskan untuk berbalik belakang dan naik keatas. Tiba-tiba, "Mira" panggil satu suara yang aku kenal pasti. Syah. Aku pun balik badan lagi, kali ini aku berjalan sehingga ke depan mereka. Wajah wanita itu sangat cantik. Cantik dari pada aku kot. Gumam ku. Ada sedikit perasaan cemburu. Tapi ku ketepikan semua itu. Syah tak senyum sikit pun pada ku. Macam biasa. Aku dah balik sangat lewat itu yang dia bermasam muka dekat aku. "Apa hal berdiri kat situ, duduk lah" kali ini wanita itu membuka mulutnya. Menyilakan aku duduk di rumah suami ku sendiri. Aku pun segera duduk dengan wajah yang dah kusut masai lah agaknya. Ku tutup percikan darah yang melekat di baju dan ujung tudung ku. Takut mereka bertanya-tanya. "Kenal kan saya Emelda" ucapnya sambil mengacungkan tangan. Aku pun menyambar shake nya. "Saya Amira" jawab ku singkat. Aku masih bertanya-tanya. Siapa dia? Please somebody tell me?? Teriakku dalam hati. Akhirnya Syah membuka mulut. "El, you tak nak balik ke?" Tanya Syah. El?. Sweet nye. "Oh ha'a. Ni lah I dah nak balik dah. Okay la, I balik dulu." Aku hanya tersenyum. Ku lihat Syah dan Emelda berjalan keluar rumah. Tak ku hiraukan. Aku lalu mengemas bekas cawan teh ke kopi yang dah habis ni masuk dalam sinki. Lalu aku mula mencuci cawan. "Dari mana? Asal lambat sangat balik?" Tanya Syah setengah meninggi. Amboi. Dengan minah tadi bukan main halus gila suara dia. Ucap ku dalam hati. "Dari hospital lah. Tadi ada accident teruk" jawab ku tak seberapa nak jelas. "Oh. Kau tak tertanya-tanya ke perenpuan cantik tadi tu siapa?" Tanya nya to the point. Dia mesti tau aku tertanya-tanya siapa minah tu. Aku tak langsung menjawab. Aku membalikkan badan ku menghadap dia. Sagat dekat. Jarak kami hanya tiga jengkal tangan ku. Nafas dia pun aku boleh rasa. Wangi. "Hm... kalau saya tanya. Awak nak bagitahu ke?" Sambil dada ku berdegup kencang sekali. Anak matanya menatap ku sangat tajam. Ya Allah, jangan lah ter-jatuh cinta kat sini. Doa ku dalam hati. "Kalau aku kata, dia first love aku. Kau marah tak?" Jawab dan tanya nya selamba. Auch. Serasa ada batu besar menghentak hati ku seketika. Betul ke?. "First love pun first love lah. Kan saya yang jadi isteri awak sekarang. Bukan dia" jawab ku penuh berani. Ya Allah, kenapa aku jawab macam tu?nampak sangat aku ni bangga dah rebut dia dari first love dia. "Hahahahahaha, kan kalau. Kalau dia masih LOVE aku sekarang? Kau marah tak?". Pertanyaan yang mencabar jiwa ku. Aku ter-sentak. Tak tahu nak bagi jawaban apa. Yang jelas hati aku sakit. Tapi aku cuba rilek. "Dah saya naik dulu, nak mandi" ucap ku mengalihkan soalan merapu dia. "Eiiii. Orang tanya pura-pura tak nak jawab pulak" laungnya dari dapur. Aku dah masuk pun dalam bilik. Aku mengambil tuala dan segera mandi. Untung aku dah sholat kat hospital. Jadi aku tak perlu lah nak berkejar dengan masa. Sehabis mandi, aku turun ke bawah. Masih saja Syah duduk di depan televisyen. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Aku lapar. Belum menjamah makanan dari tadi. "Duduk kejap!" Syah menepuk-nepukkan sofa. Aku duduk di sebelah nya. "Kau ni dari mana?" Tanya nya kali ini dengan suara lembut. Aku tersenyun dalam hati. Jarang-jarang dia buat suara selembut ini. "Saya dari hospital lah" jawab ku tak kalah lembut. "Iye aku tahu. Tapi biasa kau balik pukul 5 setengah dah terpacak kat sini" jawabnya lagi. Oh jadi selama ni dia perhatikan aku lah? Dia tau aku balik pukul berapa dan apa yang aku buat. Tengok tv. Hihihi". Aku terkikik kecil dalam hati. "Tadi masa jem..." aku pun bercerita kat dia apa yang aku lalui tadi. Dia hanya mendengar dengan seksama. Lalu dia mengangguk "oh oke, alasan di terima!" Jawab nya selamba. "Eiii ini bukan alasan. Ini cerita sebenar" ucap ku tak nak kalah. "Ye ye, dalam microwave tu ada pizza. Kau panas kan lah, El bawa tadi" suruhnya. Aku mengangguk. Memang aku tengah lapar gila. Setelah aku memanaskan pizza. Aku duduk di sebelah nya "nak ke?" Aku menawarkan dia. "Makan je la" jawab nya. Lalu aku pun makan. "Awak.." tiba-tiba mulut ku yang asyik mengunyah itu berbunyi. "Hm" dehem nya. "Boleh saya tahu tak, siapa Emelda tu?" Tanya ku penuh berani. "Nak tahu sangat rupanya. Baiklah aku bagi tahu kau" wajah nya dekat sekali dengan aku. "Dia....dia... ba...kal MADU KAU! HAHAHA" gelaknya nyaring lalu meninggalkan aku yang telah pun tergamam kat situ. Hati ku lagi-lagi tersentak. Betul ke? Mamat ni bukan boleh dipercaya. Tapi.... aku meletakkan pizza yang masih satu potong itu di dalam microwave, rasa lapar ku hilang seketika. Mood aku dah buruk. Sakit hati ini memang Allah saja lah yang tahu. Lalu aku naik ke atas dan segera mengunci lampu. Tidur dalam keadaan hati yang tengah sakit memang nikmat. Sensasi tertusuk-tusuk itu ada. Semacam fireworks. Tak ku sangka, butiran air mata jatuh di atas bantal......

Dia yang Aku Cinta ✔Where stories live. Discover now