DyAC 25

5.1K 106 4
                                    

November 22 hari bulan. Syah menginjak usia 28 tahun.

Aku belum pernah meraikan birthday nya sama sekali. Korang tahu sendiri lah ye 😢

Entah kenapa hari ini hatiku kuat berdebar, sama ada aku bingung harus bilang apa sempena hari jadi nya ataupun aku bingung harus bagi hadiah atau tak?

Tokwan baru ku lihat hari ini, sedari tadi dia sibuk menyiapkan ini dan itu.

Aku tak sangka, ramai juga sepupu sepapat mereka yang menetap di Singapura.

Air lemon squash di dalam jug ku alirkan ke dalam cawan belimbing yang sedari tadi aku pegang.

Segar gitu selepas air menghantam tekak.

Aku tak pernah merasakan seasing ini. Syakira lebih mendominasi.

"Tokwan, Mira nak cuci pinggan ni. Ada apa-apa ke yang Mira kena cuci?"

Aku menawarkan diri sebab tiada seorang pun yang nak cuci pinggan yang dah menumpuk kat dalam sinki ini.

Dia hanya bagi isyarat agar aku tengok sinki. Dia masih macam dulu, tak suka aku.

Aku pun mengangguk dan memula kerja ku.

Mama kulihat datang mendekati ku "sini mama tolong"

Mama mengambik cawan yang ku pegang.

"No no no mama duduk diam-diam, biar Mira buat semua ni" aku menjauhkan tangan nya dengan lembut dari sinki.

"Asal tak boleh, banyak ni? Larat ke? Dah malam ni"

Aku tersenyum ke arah mama lalu menggeleng.

"Dah mama tidur sana, rehat. Ini biar Mira buat" aku mengecup pipi nya.

"Mama panggilkan Syakira ni, biar dia tolong Mira" dengan cepat aku berkata "tak payah ma".

Akhirnya mama akur. Aku pun lega.

Bukan aku nak tunjuk rajin ke apa, tapi aku malas hendak bersama dengan dia (Syakira) kat dalam dapur ini.

Pukul 11 malam. Kerja ku dah siap.

Aku merebahkan badan ku kejap kat sofa depan tv.

Seronok juga, baring sambil teguk air sejuk. Tumpah lah jadi nya. Mira... Mira lasak tak hilang lagi.

Aku mengibas ngibaskan baju ku yang basah, tudung ku pula senget kena betulkan lah.

Aku belum wish apa-apa pada Syah. Nak wish segan.

"Belum tidur ke?" Aku tersenyum dalam hati. Dia datang mendekat lalu kami duduk berhadapan.

"Dah tidur" selamba aku jawab.

Aku buat-buat tak suka je, saja nak sakat. Hihi. Ishhh gedik kah kau Mira. Hati ku berdesis.

"Oh jadi sekarang ni dah pandai mengigau lah?"

Aku buat muka poyo.

"Nah saya belum tidur lagi lah, penat" aku menepuk-nepuk pinggang ku.

Lalu suasana berubah diam. Aku tak faham. Aku garu kepala.

"Hm..." aku mula nak buka suara.

".... lupa nak wish, selamat hari jadi awak. Semoga selalu dalam lindungan Allah" senyum simpul aku tadahkan.

"Terima Kasih" dia tersenyum simpul juga.

Lalu suasana diam semula. Nak borak apa lagi? Tak ada topic kot.

"Besok saya nak ajak awak keluar"

Speechless. Keluar? Berdua? Biar betul?

"Ha? Tak salah dengar ke?" Aku menggaru kepala yang tak gatal hingga berulang kali.

Dia yang Aku Cinta ✔Where stories live. Discover now