"Haaai Qaseeh comeeey nya, aunty cubit nak?" Aku mengelus pipi Qaseeh penuh sayang. Anak Sarah dan Zain memang comel. Macam aku. Hihi.
"Aunty ni sakit lah kalau aunty cubit pipi kita" Sarah datang dari belakang menyampuk.
"Kalau aunty cubit mama Qaseeh boleh ke?" Aku dah gelak sakan. Muka Sarah pulak monyok lah agaknya.
"Kau jangan nak mandai-mandai ajar anak aku buat perangai macam kau eh!" bagi amaran lah tu dia kat aku.
"Alololo takpe lah, aku oke apa. Tapi Qaseeh, aunty tak mau Qaseeh jadi kepocih macam mama dan papa ye" aku mencium pipinya. Halus. Gebu. Biasalah baby kan?
Sarah mencubit ku manja. "Eh, dengar cerita kau jumpa dia lagi ye?" Sarah tahu dari mana pulak ni adoh.
"Mana kau tahu? Dasar busy body" aku menepak pehanya. "Ini Sarah lah weyh... tahu lah cousin Zain tu kan dah bagi kerja dia kat Syah"
Aku mengangguk. Cepat nya khabar tersebar.
"Ye, jumpa. Tapi, mama Farah sakit sekarang ni" wajahku berubah sayu.
"Oh ye ke? Sakit apa?" Sarah mula memberikan rasa perihatinnya.
"Breast Cancer, aku rasa berdosa sebab aku tak ada disaat dia perlukan aku" aku sandarkan kepala ku dibahu Sarah yang sekarang dah berlemak. Hehe.
"YaAllah... Mira, jangan persalahkan diri kau. Mana lah kita tahu sakit tu nak datang, kan? Come on lah ceria...macam dulu, Mira yang aku kenal adalah Mira yang happy-go-lucky tau. Ini Mira yang asyik serius dan sayu everytime. Tak suka lah"
Dia menyeka air mata ku yang dah sedikit jatuh mengenai tangannya.
"Mana ada aku serius dan sayu. Aku masih suka buat lawak lah" Sarah geleng-geleng kepala.
"Ishhh kau ni, I mean kau tu tak seberapa nak enjoy dengan life kau"
Aku menggeleng "mana ada, aku enjoy dengan life aku sekarang. Buktinya, aku boleh buat bisnes aku sendiri" Sarah tersenyum.
"Ye, itu aku tak boleh nak nafikan semangat kau untuk berdikari tu sangat tinggi. Tapi, aku tahu kau ada rasa kosong dalam sini..." dia menyentuh dada ku.
"...kat dalam hati kau. Memang lah kau ni asyik happy je, tapi tu kat luar je. Kat dalam, siapa yang tahu? Hanya kau yang tahu apa yang mau rasa sekarang ni. Kau tak okay, aku tahu"
Aku terdiam. Tekaan Sarah seratus peratus betul. Aku tahu apa yang aku rasa sekarang.
Aku keliru. Keliru akan perasaan ini. Ego ikut berkecamuk kat dalam diri ini. Tapi, rasa sayang tu semakin bertambah setiap kali aku ingat pasal dia.
Tapi, rasa marah juga belum sirna lagi. Keliru. Ya, aku keliru.
-----------------------------------------------------------
"Haruskah ku luahkan padamu, sanggupkah ku biar rahsia selamanya. Mampukah ku halang rasa cinta yang terpendam sekian lama, bersyukur padaNya yang telah berikan kau pada ku, anugerah yang terindah..."Tiba-tiba lagu dari Black - Anugerah Terindah keluar dari mulut ku.
"Teruknya jem, ini yang malas ni" aku bebel sorang-sorang.
Petang dah menjelang. Jalanan semakin sesak, kereta-kereta stuck di jalanan menunggu untuk lalu.
Aku merenung keluar tingkap yang ku buka, agar udara senja terasa.
Terasa air mata menetes. Mengingat kenangan lalu yang menyayat dan menghiris jiwa.
"Aku sayang kau Syah, tapi aku takut... aku takut kau akan sakit kan hati aku lagi. Aku takut kau akan hampakan aku lagi"
Aku menangis terisak. Sakitnya yaAllah gumam ku dalam hati. "4 tahun aku cuba hilangkan kau dari hati aku, tapi aku tak boleh. Aku dah cuba segala upaya, tapi aku selalu gagal. Aku lemah..."
Kereta aku lajukan hingga kerumah. Aku masuk kedalam rumah lalu naik keatas. Merebahkan badan diatas katil.
Masih tersadai gambar perkahwinan kami. Aku menutup gambar itu, sakit setiap kali melihatnya.
"Ini adalah jalan dari Allah, dik" kak Luna datang lalu duduk disebelahku. "Eh akak" lemah suara ku menyapanya.
"Jalan apa kak?" Aku bertanya sebab tak faham. "Mira jumpa Syah balik kan?" Cepatnya khabar tersebar.
Aku mengangguk. "Jodoh korang berdua tu kuat" aku tersenyum sinis.
"Tak ada maknanya lah kak".Kak Luna memelukku. "Cuba untuk Mira buang ego Mira, selesaikan masalah hati Mira yang tak pernah selesai tu. Kakak sayang Mira tau, akak tak nak Mira sedih-sedih"
Lalu dia keluar dari bilik ku begitu saja. Aku menghela nafas, dah banyak yang suruh aku buang ego aku. Kuat sangat ke ego aku ni?
Salah ke kalau aku nak berhati-hati? Aku hanya tak nak pisang berbuah dua kali. Aku hanya tak nak terjerumus kedalam lubang yang sama lagi, lubang yang akan menjejaskan diri aku sendiri.
"Good night" - Farhan
Terbeliak mataku, tak pernah pernah dia text aku ni siap ucap good night pulak dah.
"Good night too"- Aku
"Jangan tidur lambat tau cik syampu Loreal" - Farhan
Aihhh dia ni, still panggil aku itu lagi? Aku tak jawab messege dia tu. Malas melayan lah. Bukan nak sombong, tapi aku rasa tak patutlah nak layan lebih-lebih.
-----------------------------------------------------------
"Cik Mira, duduk dulu lah kejap lagi Encik Syahfiqy datang jumpa cik"Aku mengangguk saja. Sebenarnya tak nak sudah aku jumpa dia, kalau tak pasal impian aku ni.
"Eh cik Mira, ada titipan bunga dari Encik Farhan, kejap saya ambilkan" wanita yang bernama Nura itu menghulurkan Orchid putih dan ungu kepadaku.
"Eh kata dia kat Perth?" Nura mengangguk. "Memang lah kat Perth, phone kan ada. Bila-bila masa je boleh call bagi perintah" aku tersenyum saja.
"Ah... sila Encik Syahfiqy" tiba-tiba Syah datang dengan suit hitam nya dan tali leher yang dulu aku pernah pasangkan kat lehernya.
Harum badan nya masih sama macam dulu. Rambut nya licin sebab pomade 'wak doyok' aku ingat sangat. Wajah nya licin putih bersih.
Berdegup jantung ku beberapa saat. Kacak. Hensem. Stylo. Macho. Puji ku dalam hati.
Dia menjeling bunga yang ku pegang, segera aku meletakkan nya diatas meja tamu di pejabatnya itu.
"Pagi-pagi dah dapat bunga?" Aku mengangkat bahuku, seolah tak tahu siapa yang bagi bunga.
"So, our project?" Dia menyilakan aku duduk kembali.
"Next week inshaAllah akan kita mula" dia mengedipkan matanya. Cair. Meleleh. Aduiii.
"Okaylah, anything just call me" aku tersenyum.
"Nombor tak ganti lagi kan?" Aku mengangguk, lalu dia tergelak kecil.
"Asal awak gelak?" Aku hairan. "Saya teringat je, dulu tu ada orang tercall saya. Saya call balik, then dia cakap salah nombor kot" dia masih tersenyum. Senyum macam biasa, senyuman yang manis.
Aku rasa nak tertelan biji segala biji lah. Malu nya. Habis lah kantoi yang dulu aku stalk dia sampai terpencet nombor. Matilanak.
Mesti lah mukanaku berubah merah padam. Aih. Malu nyaaaaaaa.
"Chill lah, ha kak Farah ajak awak dinner sama tau kat rumah malam ni"
Nak tolak je tawaran tu, tapi sebabkan mama. Aku tak nak hampakan mama. "Okay..." jawab singkat. Dia tersenyum. Aku tahu da bahagia setengah mati. Aku juga.
YOU ARE READING
Dia yang Aku Cinta ✔
RomanceAmira Batrisya tidak pernah terfikirkan akan menikah dengan seorang architect muda, handsome, dan kaya. "Mira....SHMILY" - Syah "Apa tu?" Aku bertanya pura-pura tak tahu. "See How Much I love You.." dia tersenyum simpul padaku. Ego itu adalah pem...