DyAC 28

5K 102 0
                                    

Alhamdulillah aku ucap kan kepada Allah atas hidupku sekarang ini. Banyak benda positif yang dah mampu aku buat setakat ini.

Aku bertekad untuk menjadi wanita yang berdikari. Tak mahu bergantung pada lelaki. Last-last kita pulok yang kena gantung.

Kisah lama biarlah menjadi lapuk, azam baru kena diretuskan agar ia berjaya.

Ketepikan dulu masalah hati ini, aku dah pun nyaman dengan situasi sebegini. Tanpa kekasih, tanpa lelaki yang bernama Syahfiqy Razali lagi.

Bukan. Bukan sebab cinta ini dah hilang. Tapi sebab aku yang berikan dia masa untuk berfikir bahwa hidup dia dengan Syakira mesti diteruskan.

Biarlah aku mencari dan terus mencari.

Lama tak bersua dengan mama Farah, apa khabarnya? Mira rindu...

Aku hidup dengan segala kemewahan yang mama papa kandungku beri, tapi aku tetap merasa kosong sebenarnya.

Sarah dah pun melahirkan seorang cahaya mata yang cantik, nama nya Nur Qaseeh.

Aku dah kira lah, dah 4 tahun juga aku menjanda. Dan 4 tahun itu juga lah aku tak boleh nak hilangkan dia.

Aku dah cuba nak kenal lelaki lain, tapi tak boleh. Aku tak boleh buka hati ku untuk orang lain.

"Cik, macam mana dengan kualiti kain kami?" Seorang pekerja jakel mengukir senyuman.

"Cantik, kaler soft, bahan pun cenggini" aku bagi thumbs up.

"Alhamdulillah, terimakasih cik sebab selalu datang kedai ni beli kain" aku tersenyum.

"Nanti antar saja terus kat rumah jahit saya macam biasa ye"

Seronok dah aku jadi designer. Kali ni bukan hanya tudung saja, aku pun mendesign top, skirt, seluar, jubah, dan kurung modern.

Dulu memang tak tahu menggambar, tapi itulah guna nya kuliah kan?

"Miralace ab.co" ab.co tu adalah Amira Batrisya Company hehehe. Miralace pula mama yang bagi nama.

Tapi disebabkan baru setahun aku berniaga, jadi aku belum mempunyai sebarang butik. Masih berniaga online dari website, ig, fb ku sendiri.

"Dik, abang Adam dah jumpa dah kawan dia yang architect tu. Kan adik nak buat butik merangkap pejabat ye" Kak Luna datang rumah mama hari ini, sebab mama masak besar. Hehe.

Mama dan papa dah pindah Malaysia balik, dikarenakan aku. Happynyaaa.

"Oh ye ke?? Bila lah agaknya boleh jumpa dia ni? Dah tak sabar dah nak suruh dia design butik dan pejabat adik"

Aku seronok sakan.

"Dia kata dia free esok time lunch, kat butik akak je"

Aku mengangguk kegirangan.

-----------------------------------------------------------
Nasi dagang yang kak Luna beli sebentar tadi dah pun selamat tenggelam kat perut aku ni.

Architect tu cakap tadi lepas lunch dia baeu datang sini. Aku pun ikut saja lah.

"Assalamualaikum, sorry saya lambat" terdengar suara seorang lelaki menyapaku dan kak Luna.

Eiii aku kenal lah mamat ni. Farhan. Ya, dia lah sepupu mamat Zain tu dan dia lah satu-satunya orang yang panggil aku cik Syampu Loreal.

"Waalaikumsallam, Farhan?"

Dia pun apa lagi? Tergelak lah.

"Mira, long time no see" kak Luna dah jeling-jeling.

"Ooh korang kenal lah ni?" Aku dan Farhan mengangguk serentak.

Dia yang Aku Cinta ✔Where stories live. Discover now