DyAC Special Chapter Part 2

4.6K 90 1
                                    

"Noor Adzani Armedina binti Syahfiqy Razali"

Budak berumur 2 tahun itu tengah duduk di ribaan papa nya saat aku memanggil namanya dengan penuh. Senyum degil dan manjanya membuatkan aku ingin mencubit pipi gebu nya.

Alhamdulillah cahaya mata kami yang kedua dan lagi-lagi perempuan telah lahir kedunia dan sudah berumur 2 tahun.

Plan nak bermain bola dengan papa kandas lah nampak gaya nya kan.

"Noor Adzani sayang... tolong mama boleh?"

Aku berbisik tepat di telinga mungilnya.

"Tak baik berbisik"

Ucap Syah. Tahu lah dia ni satu-satunya hero kami. Dia lah satu-satunya hero dan penyelamat kami bertiga.

Seketika Adza sudah turun dari ribaan papa nya segera menghampiri ku yang tengah memasang tudung sebab hendak menjemput si sulung dari sekolah nya.

Lynn kini sudah darjah satu. Anak perempuan pertama kami itu sangat bijak dan pintar. Alhamdulillah.

"Tolong apa mama?"

Dengan suara dan ayat-ayat kurang jelas yang diucapkan nya. Maklum lah baru saja 2 tahun.

"Tolong mama jaga hero kita sekejap, k?"

Adza mengangguk laju.

Syah tengah sakit perut sejak tadi subuh, sebab itu lah dia tak masuk office.

Aku mendekatinya setelah siap berkemas.

"Abang... sayang keluar sekejap ye. Abang baik-baik dengan Adza. Petang nanti kalau dah baik sikit perut tu boleh kita pergi makan diluar"

Syah mengangguk lalu menggenggam tangan ku.

"I love you"

"I love you too"

                                ~~~

"Mamaaaa..."

Lynn sudah berkejaran kemudian masuk ke dalam kereta. Peluh nya bukan main membasahi tudung sekolah nya. Budak lasak ni.

"Macam mana sekolah hari ini? Best tak?"

"Best sangat. Ma, esok jadi kan cuti kat melaka?"

"Hmmm. Ask papa dulu lah. Jom balik!"

Setelah kurang lebih setengah jam sampai juga kami dekat rumah.

Adza terlihat menyambutku dan Lynn.

Bersyukur.

Hari-hari aku memang indah. Sangat indah. Alhamdulillah.

"Sayang papa, how your school today, honey?"

Syah memeluk Adza dan juga Lynn bersamaan.

"Good. Nice. Fantastic."

"Whuooo. Good girl"

Senyum ku tak lekang tatkala melihat keindahan ini hadir tepat di hadapan ku... di depan mataku.

"Sayang, Lynn tanya esok nak cuti dekat Melaka, jadi ke?"

Memang bercuti setiap seminggu sekali adalah seperti kewajipan dalam keluarga kecil kami.

Syah sebenarnya dah janji esok akan bercuti ke Taming Sari Resort, Melaka. Memang aku idam-idam kan sangat nak pergi sana.

"Hm... papa not sure, sayang"

Dengan wajah agak sayu. Aku juga turut monyok.

"Kenapa, sayang? Ada hal ke?"

"Nanti, abang bagi tahu ye"

Dia berbisik sahaja. Tengok dah monyok wajah anak dara ku berdua ni. Mama dia sekali pun ikut monyok. Sebab dah prepare dari minggu lepas.

"Dah...dah... tak payah muncungkan muka tu. Ganti baju, lepas tu makan siang. Petang nanti kita keluar bila papa dah tak sakit perut lagi"

Lynn dan Adza pun akur.

Selepas mengurus kedua anak dara ku, diaorang pun dah tidur siang. Aku masuk bilik dan berbaring di sebelah Syah.

"Sayang, ada masalah ke?"

Syah menggeleng.

"Lepas tu jadi tak pergi esok? Bagi lah keputusan sekarang. Lagi pun kita dah tempah resort tu"

"Abang tak tahu lagi sayang, sebab tiba-tiba aje tadi masa sayang keluar, office cakap esok ada meeting besar untuk event isnin nanti"

"Lhaaa, kenapa macam rushing sangat event tu?"

"Abang pun tak tahu, p.a. abang cakap investor daripada Singapore tu nak datang hari isni dengat tiba-tiba. So, sebagai syarikat yang memang perlukan diaorang, kita kena bersedia, walau apapun sekali"

Aku mendengus perlahan mencuba memahami situasi sekarang ini.

"Okaylah. Sayang pun sebenarnya ada meeting product baru dekat butik, tapi sebab nak luangkan masa dengan anak jadi sayang undur semua tu"

Syah memegang tangan ku.

"Sayang, tolong lah faham. Kerja abang dengan sayang lain"

"Tapi, syarikat tu pun abang sendiri punya. Walaupun kita perlukan bantuan pihak lain, bukan berarti kita lepaskan waktu kita sendiri. Ye, sayang faham. Tapi, sayang nak cakap je dekat abang, jangan nak kerja kuat sangat, abang kena jaga juga kesihatan abang.

"Mira tak suka bila abang sakit macam hari ni, walaupun sakit perut je. Tolonglah"

Dia tersenyum sengak kearah ku

"Sayang sangat Mira kat abang kan?"

"Mesti lah sayang. Abang, anak kita tu kecik lagi. Abang kena ingat betapa susahnya kita nak dapatkan diaorang, jadi bila dah dapat ni Mira rasa tak sampai hati dan tak seronok menghampakan anak-anak kita tu"

"Ye abang tau. Abang tahu betapa susahnya kita nak sampai ke tahap ini dalam berumah tangga. Abang bangga dekat Mira, Mira jadi seorang mama yang baik dan penuh perhatian. Abang bangga dekat Mira. Abang bangga menikahi Mira jadikan Mira isteri abang"

Terenyuh di tengah hari ini.

"Dah...dah... cair Mira tau. Dah, baik abang siap pergi sholat Jumaat"

Saya pun bangga menjadikan awak suami saya....

Assalamualaikum

Ini baru je mukadimah nye hehe.

Author nak buat special chapter sebab author nak berterima kasih kepada readers yang tetap sokong cerita saya ❤ lots of love

Nantikan semut-semut yang akan segera datang 🐜🐜🐜🐜😆😅

Dia yang Aku Cinta ✔Where stories live. Discover now