Kisah semalam masih aku ingat. Salit di hati masih aku rasa. Sebagai isteri mithali lah katakan, aku bangkit dari meja solek ku setelah menyapukan secuil bedak sehabis mandi ke pipi ku. Lalu aku turun ke bawah. Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Hari ini hari sabtu. Hari cuti. Weekend lah katakan. Tapi aku ada banyak benda yang aku nak buat. Sambil mengacau teh kosong, aku bermonolog "hari ni, nak pergi Rumah Cahaya Kasih, lepas tu nak pergi jumpa Lucy dan mama dia. Sebab aku da janji semalam. Nak pergi mana dulu ekh?". Setelah habis bermonolog tanpa jawaban itu. Aku segera meletakkan teh itu di atas meja. Hari ini aku rasa sedikit malas. Jadi aku hanya buat roti bakar dengan kaya. Entah lah. Malas seba hati aku masih sakit kot.
Sosok tubuh sasa Syah turun dari anak tangga. Harum badan nya tak payah cakap lah. Semerbak gitu. Tapi aku tak nak terpengaruh dengan ke kacakan nya pada pagi ini. Aku marah lah. Aku tengah marah. Dia duduk lalu mengambil selembar roti berintikan kaya. Dia makan tanpa berbicara. Aku pula rilek lah makan juga tanpa berbicara. Pagi itu memang sangat dingin. Bukan sahaja cuaca yang mendung tapi kami berdua pun turut mendung. Aku hairan, bukan kah aku yang seharusnya tidak bercakap. Ini? Kenapa dia yang nampak stay cool saja. Nampak macam dia yang marah aku. "Kenapa senyap?" Akhirnya beku pun pecah. "Tak" jawab ku mengarut. "Jeles ke?" Tanya nya sambil memincit telepon pintar nya yang tak seberapa nak pintar itu. "Buat apa nak jeles?" Aku balik bertanya. "Semalam? Madu?" Dia coba mengingatkan ku. "Oh pasal tu" itu saja jawaban ku. "..dah lah saya nak keluar. Kalau awak tak larat nak kemas meja ni. Biar je nanti balik, saya yang kemas. Kalau awak nak makan tengah hari beli je macam biasa. Kalau awak nak baju rapi. Saya dah siap iron dah ada dekat bilik baju. Kalau awak...." tak sempat aku melanjutkan. "Kalau awak berani keluar selangkah dari rumah ni tanpa izin daripada saya. Siap kau!" Sambungnya. Glurp!! Tekak ku rasa nak terhentak. Aku masih diam. Tak ku liat atau ku tatap wajahnya. Beg tangan ku pun ku pegang erat. Kunci kereta ku genggam kuat. "Kau nak kemana? Pagi-pagi macam ni?" Tanya nya sedikit berkasar. " saya nak pergi ke rumah kebajikan dan hospital" jawabku datar. "Balik pukul berapa?" Tanya nya sambil menghirup teh. "Tak pasti. Kenapa?" Aku mulai berani balik bertanya. "Aku ikut kau" what? Rasa nak tergelak pun ada lah "kenapa pulak nak ikut saya?" Pertanyaan apakah itu. Dia laki aku. Mesti lah tak ada alasan untuk dia ikut. "Saja, jom lah! Nanti je kemas meja ni. Pakai kereta aku!" Lalu dia pun berlalu pergi.-----------------------------------------------------------
Di dalam kereta aku duduk membisu. Sakit hati masih ada. Aku rasa nak tanya soalan tu sama ada betul ke tidak. Tapi... aku takut. Jikalau itu benar. Kan aku yang kalut nanti. Tapi kalau aku tak tanya dia. Hati ini rasa tak tenang. Akhirnya aku memberanikab diri untuk bertanya. "Awak, boleh tak saya tanya satu soalan?" Tanya ku takut-takut. "Tanya lah" jawab nya. "Hm...hm... maksud awak dengan madu saya tu apa?" Fiuhhh aku menelan liur setelah menanyakan soalan berani mati itu. "Hahahahaha. Aku dah syak dah kau akan tanya benda ni" ucap nya sambil bergelak ketawa. "Kenapa pulak awak ni gelak? Lucu ke soalan saya?" Tanya ku bodoh. "Lucu memang lah lucu. Aku saja tak sangka yang kau fikir kan lagi pasal benda tu. Kau nak sangat ke ada madu?" Tanya nya pelik. "Eeeiii, kalau saya tahu nak ada madu. Tak nak lah saya kahwin dengan awak" jawab ku kosong.
Kereta nya berhenti di depan rumah kebajikan Rumah Cahaya kasih. Aku membuka kasut ku dan mengucapkan salam. Tak lama keluar lah sesosok wanita paruh baya yang aku kenal sangat. Ibu Lin. Wajah nya berseri menatap ku dan Syah. "Lamanya tak jumpa Mira" lalu dia memeluk ku. Aku pun turut memeluk nya. Rindu sangat. Beg makanan yang aku dan Syah beli sebentar tadi, ku letakkan di atas meja. "Apa khabar kamu?" Tanya nya lembut. "Alhamdulillah baik. Ibu baik ke? Baik lah kan?" Aku tertawa kecil. "Mesti lah ibu baik. Syah... ini Syah kan?" Tanya Ibu Lin pada Syah yang sedari tadi tersenyum. Melting weyh aku. "Iye ibu saya Syah" jawab nya lembut. Setelah berbual-bual panjang. Akhirnya kami pun memendekkan cerita lah katakan. Alu dan Syah kemudian berlalu dari Rumah Cahaya Kasih.
Kereta Syah tepat ter-parking kat parkit lot kereta hospital. Aku segera turun dan menuju lift. Butang 8 ku tekan. Hari ini Sarah ada kat sana. Syah mengekori ku dari belakang. Aku memasuki bilik nombor 211. Pelan-pelan pintu ku buka. Lalu Lucy memanggil ku "Dokter Mira datang!!" Dengan sangat gembira nya. Padahal aku belum lagi konvo hehe. Tapi tak apa lah. Membiasakan diri. Syah nampak pelik melihat gadis itu memeluk ku. Dia lagi pelik melihat sesosok wanita yang tengah berbaring dengan seorang bayi di sisi kanan nya. "Ini ke Mira, yang tolong saya? Nama saya Karlisa. Terima Kasih sebab sudi tolong saya" ucap nya sayu. Aku tersenyum. "Iye, sama-sama. Tak ada hal lah. Congratulation ye kakak" ucap ku. "Hm saya baru 22 kot. Saya rasa kita sama" ujarnya. Aku terkejut. 22 tahun dengan dua anak. Waw. "Oh ye sama. Hm kenal kan ini suami saya Syahfiqy". Syah dan Karlisa hanya tersenyum. "Untung lah.." ucapnya. Aku hanya tersenyum saja. Sehabis aku korek-korek cerita dia. Rupa-rupanya dia ini adalah ibu tunggal. Alias suami tak tahu kemana. Aku sebak mendengar luahan cerita nya. Kalau aku jadi dia, sudah pasti tidak sanggup menjalani nya.
Setelah berpamitan, aku pun keluar dari bilik tersebut. Ku perhatikan, Syah sedari tadi hanya diam. "Awak, dah nak lunch hour dah ni. Saya nak jumpa Sarah sekejap. Nanti saya jumpa awak kat parkin lot" pinta ku. Syah hanya mengangguk dan segera pergi meninggalkan ku. Ku lihat Sarah tengah duduk di meja kaunter. "Oi cik Sarah" kejut ku. "Oi.... eh bukan ke kau tak ada kerja hari ni?" Tanya nya hairan. "Memang lah, aku pergi jumpa Lucy dengan Karlisa" jawab ku. "Oooh nama dia Karlisa. Cantik secantik orang nya. Ha, macam mana dia marah kau tak semalam?" Tanya Sarah yang mulai nak jadi miss kepocihhh. "Tak, dia tanya je. Aku explain lah kat dia. Then dia faham" jawab ku santai. Sarah hanya mengangguk kan kepala tanpa faham. "Dah aku saja nak tegur kau. Aku pergi sini dengan Syah, so esok-esok je la kita borak ye". Aku mencubit pipi pau nya. Dia ni cute tau. "Ye la ye la, encik suami dah kawan kan tu. Sweet sangat" puji nya seperti memerli aku. "Sepak kang!!" Aku menjitak dan segera pergi meninggalkannya.Aku tahu Syah tak suka buang masa. Aku masuk ke perut kereta lalu kereta segera di pacu nya entah kemana. Aku ikut saja. Dia membawa ku ke sebuah restoran jepun. Aku tak lihat namanya. Aku kurang suka juga dengan masakan jepun ni. "Nak jumpa madu tak?" Sentak jantung ku rasa nak putus. Dia ni apa hal? Lalu dia duduk di sebuah meja gaya jepang. Tak ada siapa-siapa. Hanya aku dan dia di meja itu. "Mana madu saya?" Tanya ku celipar. Apa yang aku tanya ni Ya Allah? "Kejap lagi sampai" jawab nya selamba. Aku menungkup kan kepala ku. Nak take a nap lah kejap. Tak lama "finally...rindu nya Syah" suara Syah terdengar. Lalu aku menegapkan kepala. Mata ku berbinar.......
Tunggu next part ye sayang sayang ku 😚
YOU ARE READING
Dia yang Aku Cinta ✔
RomanceAmira Batrisya tidak pernah terfikirkan akan menikah dengan seorang architect muda, handsome, dan kaya. "Mira....SHMILY" - Syah "Apa tu?" Aku bertanya pura-pura tak tahu. "See How Much I love You.." dia tersenyum simpul padaku. Ego itu adalah pem...