DyAC 14

4.2K 105 0
                                    

Aku bangun dengan mata bengkak akibat menangis semalaman. Aku merasa tak ada gunanya sebagai seorang isteri, sebagai seorang perempuan.

Aku membuka pintu bilik kamar, lalu menuruni anak tangga. Terdengar suara televisyen menyala. Aku turun dengan lemah nya. Malu pun juga aku rasa.

Peti ais ku buka dan mengambil jus epal lalu meneguk nya. Lapar tak aku rasa kini. Malas hendak mengunyah. Tak ada selera.

Dah tak ada harganya lagi ke aku di depan mata nya. Dia langsung tak pandang aku.

Syah meletakkan bekas gelas di dalam sinki tanpa menyapa ku. "Abang..." suara ku lirih membuat nya terhenti dan berbalik arah ke atas ku.

"Apa?" Aku lega dia masih mau berbual dengan ku walau terasa sangat dingin.

"Dah sarapan ke?" Tanya ku gemetar. "Dah, kau tak payah lah masak tengah hari nanti. Sebab aku ada janji lunch dengan kawan" lalu kembali ke depan televisyen. Dia membuka surat khabar.

-----------------------------------------------------------
Aku cengeng. Air mata ku mengalir begitu sampai kat rumah Sarah. Aku dah macam budak-budak. Sarah menepuk-nepuk badan ku. Lalu memeluk ku.

"Kenapa? Kenapa dia macam ni saat aku dah tak sekuat dan tak seberani dulu? Dia yang buat aku jadi bergantung kat dia. Dia yang jauhkan diri daripada aku sekarang. Sarah... aku kena buat apa sekarang? Aku takut dia ceraikan aku" aku terisak-isak menangis di ribaan Sarah.

"Beb... shhhhh...sshhhhh... aku sedih tau tengok kau macam ni" dia mengelus-elus tudung ku yang dah sedikit basah sebab air mata.

"Aku perempuan tak guna, aku dah tak ada harganya dah sebagai seorang isteri. Betul dia kata, aku tak layak bersama dengan dia. Aku tak subur, aku tak boleh bagi dia zuriat, aku....aku..." Sarah menutup mulut ku.

"Shhhh...shhhh... apa kau merepek ni? Kau tahu tak, banyak orang kat luar sana yang dokter cakap dia tak boleh mengandung. Tapi, Allah Maha Besar. Allah bagi dia zuriat. Doa banyak-banyak, istighfar selalu. Aku doakan kau Mira, selalu... tak pernah tak" aku memeluk Sarah. Aku menyayangi sahabat ku ini. Kawan terbaik yang pernah aku jumpa setakat ini.

Setelah lama aku memeluk nya, lalu aku bangkit dan mencapai beg ku. "Aku balik dulu Sarah, jumpa konvo nanti tau" Sarah mengecup pipi ku. "Doa banyak-banyak sayang" aku mengangguk.

Kereta ku berhenti di butik milik kak Luna. ArLunaMira. Aku tak langsung masuk. Touch up sedikit make up, kerana wajah ku sayu dan lemah.

"Assalamualaikum" kak Luna langsung menjawab salam ku dengan peluk dan cium nya.

"Finally, Mira mai juga kat butik akak ni" dia menyilakan ku duduk. Aku pun merebahkan badan ku di kursi nya.

"Hehe sorry kak, Mira baru sempat. Tapi kan kita selalu WA" aku tersenyum. Kak Luna membawa dulang berisi cawan teh.

"Susah-susah je kakak ni" dia tersenyum. "Eh apa nya yang susah, setakat teh akak boleh lah" lalu dia duduk di hadapan ku.

"Hm... muka kenapa pucat semacam je? Sembab pulak tu" dia juga merasa yang aku ni dah macam mayat hidup. Terhuyung-huyung. "Tak de lah..." aku menjawab biasa saja. "Sakit ke?" Dia bertanya lagi.

"Tak... tak. Alhamdulillah sihat je ni" aku mencuba tersenyum, walaupun rasa ikhlas tu tak seberapa nak ada.

Dia menepuk bahu ku dengan lembut. "Kalau ada masalah, boleh share dengan akak" ucap nya. Aku hanya mengangguk.

"Mira datang sini sebab tadi dari rumah Sarah kawan kolej Mira. Satu arah, jadi singgah lah. Kebetulan Mra pun nak jemput akak, sebab lusa Mira konvo" aku melihat binar mata kak Luna. Bahagai nampak.

"Waaaaahhh, kakak mesti datang. Nak hadiah apa? Akak bagiii" dia memeluk ku. "Eiii, tak payah lah hadiah. Cukup akak datang, Mira bahagia dah" aku memeluk nya.

Aku rasakan yang sisi ke-kakak an nya terserlah. Dia bak kakak ku sendiri. Walaupun kami baru saja berkenalan,  beberapa bulan yang lalu.

Aku melihat jam di tangan, dah pukul 4 petang. Aku pun segera berpamitan untuk pulang.

"Apa-apa call akak tau" dia mencium pipi kanan dan kiri ku. "Siap boss" dengan suara yang sangat bahagia. Sebenarnya tidak seperti itu.

-----------------------------------------------------------
Aku duduk di tepi kolam renang. Syah tak ada dirumah. Sudah pukul 6 petang. Aku tidak masak karena dia yang minta.

Terdengar suara langkahan kaki dan suara perbualan. Aku segera bangkit dari kolam dan menghentak-hentak kan kaki ku guna menghilangkan sedikit titisan air nya.

Seseorang tersenyum ke arah ku. "Hai" sapa nya. Syakira sungguh cantik. Gumam ku. "Hai" aku tersenyum lalu mendekati nya. Syah tengah naik ke atas.

"Buat apa tu kat kolam?" Dia duduk di kerusi taman bersama ku. "Saja, duduk-duduk" aku menjawab selamba. Aku nak ubati hati ku saja.

"Awak nampak pucat je?" Dah kesekian kali orang cakap macam tu. Aku memang lemah sekarang. Sangat lemah. Masjid kami dah goyah. Tinggal menunggu hancur saja.

"Ye ke? Tak kot" aku menjawab sambil tergelak kecil. Sebenarnya, tiap kali aku mencuba tersenyum dan ketawa. Hati ku serasa diiris. Sakit. Pedih. Tak mampu.

Dia tersenyum. Shawl nya terkena angin hingga melayang-layang. Cuaca sejuk pada jam segini. Pukul 8 malam kot.

"Awak... kalau sakit cakap lah" dia cuba ramah. "Iya, kalau saya sakit nanti saya cakap lah" aku nampak Syah turun. Lalu aku segera bangkit.

"Saya naik atas dulu ye Syakira" lalu dia hanya mengangguk. Biasanya aku tertanya-tanya apa dan apa. Kini aku... lantak dia lah. Aku tak kisah.

Aku berlintas dengan Syah. Kulit kami bersentuhan. Terasa hangat. Aku sayang dia. Desis ku dalam hati.

Aku menaiki anak tangga, Syah memanggilku. "Mira...." aku berhenti sejenak. "Kau dah makan ke?" Dia bertanya pada ku. "Dah" jawab ku singkat.

Lalu dia mula mendekat pada ku. "Kau sakit ke?" Ingin aku menjawab. Ya, aku sakit, sakit sebab awak Syah. Tapi lidah ku kelu. Bohong adalah satu-satunya jalan saat ini.

"Tak, saya okay je" jawab ku lalu tersenyum tipis. Sebenarnya rasa nak terkeluar air mata ini. "Okay lah" lalu dia turun ke bawah.

Aku duduk di atas katil ku, remote tv  bekas semalam yang dah berderai ku cuba susun balik.

"Dah sama macam hati aku dah, dah berkecai. Dah tercabik" aku tersenyum sambil terisak.

Tiba-tiba Syah masuk ke dalam bilik. Dia menjelingku. Aku menyeka air mata ku yang betakung tapi tak sempat jatuh itu.

Aku tak berani menatap nya. Lalu aku berbaring menghadap ke dinding. Tidak menghiraukan nya. Aku hanya tidak bisa menatap nya.

Terdengar suara langkah nya semakin dekat dengan katil. "Mira, aku nak cakap. Aku tahu kau belum tidur lagi" ucap nya.

Tak lama aku bangun, dia tengah duduk di sofa depan katil. Aku memegang kepala ku. Sedikit terasa pusing.

"Cakap apa?" Tanya ku. Kami tak berhadapan. Dia membelakangi ku. Dan aku hanya mampu menatap badan sasa nya dari belakang.

"Kau nak aku lepas kan kau atau kau nak bermadu?" Aku tersentak dengan pertanyaan nya.

Aku tak menjawab. Sama sekali tak menjawab. Aku menahan air mata. Aku mohon sabar lah duhai hati jangan menangis.

"Kau dengar tak?" Lalu dia memalingkan badan dan pandangan nya kearah ku.

Aku mengangguk. Aku tak menjawab sebab aku menahan tangis.

"Okay, kalau kau tak nak jawab sekarang. Aku bagi kau masa 24 jam dari sekarang. Kau dengar Mira, aku dah tawar rasa kat kau. Dan kau tahu kan atas sebab apa" lalu da blah macam tu je.

Sakit nya hanya Allah yang tahu. Aku harus pilih yang mana? Aku tak nak kedua-dua nya.

Lagi dan lagi, air mata ku membanjiri tilam kali ini.

24 jam dari sekarang? Maknanya esok di jam dan masa yang sama aku kena jawab soalan dia.

YaAllah serabut nya.

Dia yang Aku Cinta ✔Where stories live. Discover now