Aku berlari kecil untuk mencapai telephone rumah yang berdering di ruang televisyen.
Aku balik kerumah sekejap sebenarnya untuk mengambil barang yang tertinggal.
Hari ini hari Isnin. So, Syah memang tengah busy gila-gila sebab dia ada event besar kat office. Aku pulak memang sangat busy, sebab aku akan ikut dalam sebuah peragaan fashion 'KLFW'.
Syukur aku ucapkan. Tapi tu lah busy memanjang aje.
"Hello. Assalamualaikum. Mira is speaking"
"Waalaikumsallam. Puan Mira, saya daripada rumah asuh daripada Adza. Saya nak cakap yang Adza menangis aje daripada tadi. Dah dipujuk pun tak dapat. Saya harap sangat lah Puan boleh datang"
"Okay. Saya gerak sekarang"
Kenapa pulak dengan Adza ni. Aku pun segera lari tercirit birit mengambil kunci kereta dan segera melaju kerumah asuh Adza.
Semoga tiada apa yang pelik terjadi pada Adza. Dia ni dah kenapa menangis.
~~~
Aku berlari kecil dan mendapatkan Adza tengah meraung menangis. Aku pun segera memeluk tubuh anak ku yang tengah menangis tu.
"Sayang, kenapa ni? Kenapa nangis ni?"
Sepatah kata pun Adza tak bersuara. Aku mengelus rambut panjang nya dan juga menyeka air mata nya.
"Adza. Cakap dekat mama, Adza sakit ke?"
Tubuh Adza aku angkat dan aku dukung. Segera aku mendekati cikgu-cikgu atau pengasuhnya.
"Puan Nur, nampak nya saya bawa bali aje lah Adza ni. Sorry ye dah buat semua tak tentu"
"Eh tak apa lah Puan Mira, patutnya kami yang minta maaf. Nah, beg Adza"
Ku capai beg Adza dan segera minta diri daripada sana.
Aku letakkan Adza yang sudah berhenti menangis tapi masih mengusap mata nya yang dah basah oleh air mata. Entah apa punca nya pun tak tahu.
"Adza ikut mama pergi butik ye?"
Dia menggeleng.
"Kenapa pulak? Nenek dengan Nenda tak boleh jaga Adza"
Dia masih menggeleng.
"So, Adza nak apa? Meh cakap, mana mama tahu kalau Adza tak cakap kat mama"
"Adza nak kat papa. Adza rindu papa"
Rindu apa pulak Adza ni, baru semalam tak jumpa pun dah gini. Semalam memang Syah tak balik sebab dia tidur rumah mama Farah. Memandangkan rumah Mama Farah tu tak jauh dengan venue event office, so dia tidur sana.
"Adza sayang, malam nanti papa balik. Sekarang papa tengah busy, jadi Adza dengan mama ye?"
"Tak nak" lalu mula menangis.
Sambil memandu tu sambil aku dengar dia jerit-jerit kat dalam kereta. Stress nya yaAllah.
Adza ni perangai siapa dia ikut? Perangai Syah lah ni kepala batu.
Kereta aku berhentikan di tepi jalan. Hanya Sarah lah yang boleh tolong aku sekarang ni. Dia kalau bodek nombor satu.
"Hello. Assalamualaikum. Sarah tolong aku wei"
Terdengar suara dia tengah mengunyah chewy gum dalam talian. Macam budak-budak.
"Waalaikumsallam. Kau kenapa?"
"Adza ni, nangis aje dari tadi. Kau tak dengar ke suara dia ni. Kau free tak?"
"Free. Aku tak kerja hari ni. Hm okay aku faham. 30 minit lagi aku sampai butik kau"
YOU ARE READING
Dia yang Aku Cinta ✔
RomantikAmira Batrisya tidak pernah terfikirkan akan menikah dengan seorang architect muda, handsome, dan kaya. "Mira....SHMILY" - Syah "Apa tu?" Aku bertanya pura-pura tak tahu. "See How Much I love You.." dia tersenyum simpul padaku. Ego itu adalah pem...