Selepas membawa Lynn dan Adza mencuci tangan dan kaki, aku pun bawa diaorang pergi tidur dalam bilik anak dara Mak Teh yang baru 17 tahun. Nama nya Tya. Dia dah tidur pun.
"Tidur ye jangan nak main lagi. Esok raya"
Aku memakaikan selimut pada anak-anak aku.
"Ma, aunty Dira tu tak kedekut lah. Banyaaak kitaorang makan ice cream tadi. Adza dan Lynn makan 2 tadi" Lynn berborak bersemangat lain macam.
"Banyaknya! Kang batuk Raya nanti macam mana?" pelan-pelan aku cakap
Adza dan Lynn tak menjawab apapun. Aku pun tak mengalu-alukan mereka untuk menjawab. Malah aku mengusap kepala mereka berdua sebelum aku keluar daripada bilik.
"Dah, mama keluar dulu. Good night"
~~~
Begitu aku keluar daripada bilik Tya, Mak Teh dan Mama Farah dah pun datang daripada bandar.
"Beli apa banyak sangat ni?" Tanyaku sambil membawa plastik hasil tangkapan Mak Teh dan Mama Farah kat bandar. cehhh.
"Mama kamu ni rambang mata sangat. Tengok ni untuk cucu, tengok tu untuk anak. Pening kepala"
Aku tersenyum sambil memeluk Mama Farah daripada belakang. Mama Farah juga turut tersenyum.
"Budak-budak tu mana?" Tanya Mama Farah sedangkan Mak Teh tengah menyusun buah-buah dalam peti ais.
"Dah tidur ma, baru je. Ada yang Mira patut tolong tak?"
Mak Teh terus berdiri. "Susun kuih raya ni kat depan, Mira"
"Okay" Aku terus melakukan kerja yang Mak Teh suruh.
~~~
Aku melihat kuih raya yang dah aku susun secantik mungkin. Senyum aku mengembang hingga hujung telinga.
"Cantik! Siap nak raya esok!" Aku menepuk tangan tanda kebanggaan sebab dah kemaskan ruang tamu sehingga cantik sebegini.
Jam baru saja menunjukkan pukul 11. Orang dekat luar masih riuh rendah. Tapi budak kecik je yang aku dah tak dengar suaranya lagi. Mungkin dah tidur.
Aku menuju pintu keluar rumah. Tapi langkah aku terhenti, Syah dan Dira tengah duduk berdua di tangga rumah. Aku pun duduk bersila di depan pintu. Posisi pintu tak berada berdepan dengan tangga. Tangga berada di samping sebelah kanan pintu sehingga diaorang tak akan nampak aku disana.
Syah dan Dira pov
"Cuba lah terima takdir" Ucap Syah
Dira mengambil lengan Syah, tiba-tiba ia bersandar di bahu Syah. Syah nampak terkejut.
"Ehhhh apa ni?" Syah mencuba untuk melepaskan namun Dira terlalu kuat.
"Sekejap je Syah, tak ada siapa nampak pun. Orang kampung tak akan tahu siapa yang ada dekat tangga ni"
Syah tak bersuara lagi. Dia ikut saja.
"Terakhir kali ye, lepas ni Syah tak nak tengok Dira macam ni lagi dengan Syah"
"You ni takut sangat dengan isteri dah kenapa? Lelaki kena tegas"
Mira pov
Aku sebiji macam geram mendengar perbualan mereka.
"Dia ingat aku isteri apa sampai suami kena tunduk pada jari aku. Tak betul minah ni" Ucap aku dalam hati.
Aku masih terus mendengar perbualan mereka.
YOU ARE READING
Dia yang Aku Cinta ✔
RomanceAmira Batrisya tidak pernah terfikirkan akan menikah dengan seorang architect muda, handsome, dan kaya. "Mira....SHMILY" - Syah "Apa tu?" Aku bertanya pura-pura tak tahu. "See How Much I love You.." dia tersenyum simpul padaku. Ego itu adalah pem...