Hari sudah pagi, tapi aku masih terfikirkan pasal bunga dan b tu stand for apa?
Tapi kalau aku tanya nanti dia syak aku skodeng phone dia. Kalau aku tak buka, aku pulak yang rimas. Dah lah banyak kerja nak buat, otak pulak serabut memanjang.
Apron pinky yang baru sahaja aku pakai aku campak dekat atas meja dapur. Kaki ku hanyun ke meja makan seraya membawa baki berisikan sarapan french toast dan juga scramble egg yang baru sahaja aku buat untuk menjamu selerasa keluarga kecil aku ini. Macam biasa.
"Nah... makan lah"
Aku tersenyum simpul kemudian menuangkan susu cair rendah lemak kedalam gelas-gelas kami.
"Sayang, belum mandi lagi ke?" Tanya Syah sambil meneguk air susu dari gelasnya.
"Mana sempat nak mandi dulu, kenapa? Bau ke?" Aku mencium sekeliling badan aku. Kot kot bau.
Syah dan kedua anak kami tergelak bersama. Dah kenapa?
"Mama cute" ucap Lynn.
"Sayang tak pergi butik ke?"
"Pergi. Nanti-nanti lah, siang sikit. Kalau sayang pergi sama-sama dengan kauorang semua, macam mana nak siapkan sarapan, hantar Lynn dengan Adza? Abang mana boleh buat semua tu"
Tetiba aje mulut aku kasar sangat bercakap pagi ini. Sebab hati tengah panas kot. Dekat siapa pulak dia bagi bunga. Sakit nya hati.
Syah mengeluarkan batuknya seketika. Seketika itu juga aku rasa dah kecikkan hati dia. Dia pasti terkilan.
Ye lah. Memang kenyataan dia jarang dan hampir tak pernah antar jemput anak-anak. Asyik asyik aku yang buat.
"Okaylah tak apa. Papa got to go, hari ini Adza dan Lynn papa antar sekolah, ye?"
Perli aku lah tu.
"Yeee... yeee.... papa antar sekolah" bergembira sangat dua orang budak ni.
~~~
Dua orang budak tu dah masuk dalam kereta. Papa dia pula baru nak keluar daripada rumah. Aku memperhatikan mereka dari depan pintu.
"Nak salam"
Syah menghulurkan tangannya dengan wajah yang masih terkilan. Berdosa nya aku.
"Abang, maaf kan Mira sebab buat abang terkilan pagi ni"
Dia senyum. "Thank you dah sedarkan abang, sayang!"
Kemudan dia usap kepala ku dan segera mula memandu setelah memasuki keretanya.
Aku menghirup nafas kelegaan selepas semua sudah beraktifas masing-masing. Sekarang tinggal aku pula urus diri sendiri.
~~~
"Tak mungkin dia curang. Dia setia dekat aku. Dia sayang aku sangat sangat. Tak mungkin"
Otak ku meneroka sahaja sedari tadi. Pasal bunga dan b ni lah aku jadi tak menentu hari ini.
Aku perlu Sarah sekarang. Aku perlu dia. Nombor nya aku dail tak tunggu masa yang lama dia angkat call aku.
"Apa wei? Aku tengah kat hospital lah ni!"
"Sarah, tolong aku. Kita jumpa kejap?"
"Hm... lunch hour ni aku pergi butik kau. Dah! Sekarang jangan kacau ye Puan Amira Batrisya. Bye"
Kurang ajar betul dia main letak aje phone aku.
Sarah memang tepati janji dia. Dia datang butik aku dengan membawa makan siang. Good. Aku tak jadi marah sebab dia letak phone tanpa pemberitahuan dahulu.
"So, apa masalah kau sekarang ni?"
Tanya Sarah sambil mengunyah Nasi Kakwok yang dia beli tadi.
"Syah. Dia main belakang"
Sarah menghentikan kunyahan nya sebentar. "Apa maksud kau?"
Macam mana aku boleh lupa, Safah ni sejenis otak lemau juga. Slow motion punya brain.
"Dia curang. He cheating on me, Sarah. Dia ada buah hati lain" aku menutup penuh wajah ku dengan kedua telapak tangan.
Kali ini memang Sarah menghentikan makannya kemudian mendengarkan aku dengan hati-hati.
"Kau tak salah syak ke ni, Mira? Macam tak percaya aje aku"
"Aku pun rasa macam tu. Tapi, aku terbaca sendiri whatsapp chat dia"
"Apa dia taip?"
"Dia tak taip. Tapi, perempuan tu ada text dia. Dia cakap bunga dah di terima, b.."
"B? Stand for?"
"Ha itu lah yang aku confused. Buah hati ke, biy ke, bee ke?"
"Cari mati kau ni Syah" Sarah mula nak meronyokkan kertas sebab dia geram.
Tapi aku macam sangsi. Aku macam tak percaya dia curang, tapi di sisi lain aku semacam percaya sebab aku baca text tu. Kalau tak, untuk apa dia hantar bunga kat orang lain?
"Dia tak takut ke pisang berbuah dua kali, Mira?"
Sepatah kata pun aku tak menjawab. Sebab aku tak tahu nak jawab apa.
Aku menepuk dahi ku. Sebab macam ada yang lupa.
"YaAllah Sarah, aku lupa lah. Patutnya Syah teman aku pergi hospital"
"Untuk apa? Siapa sakit?"
"Aku...aku sebenarnya"
"Kau hamil lagi?"
"Entah lah. Aku rasa sakit badan setiap malam. Kau ingat tak, masa aku mengandung dua orang budak tu aku memang sakit badan setiap malam disebabkan dulu aku kan memang tak boleh beranak dan aku suka sakit-sakit badan"
"Dahsyat kau kan. Qaseeh je belum ada adik tau"
"Eei... belum confirm lagi lah. Entah-entah aku sakit lain ke kan?"
"Aku harap tiada hal buruk apa pun yang berlaku"
"Amin"
~~~Hanya waktu malam lah masa aku nak borak serius dengan suami tersayang aku ni.
"Abang, badan sayang sakit lagi. Jom hospital esok"
Syah belum bergeming. Tak kan lah dia masih terkilan sehingga malam begini.
"Tak boleh. Abang busy. Ajak Sarah aje lah" dengan senang lenangnya dia berbaring atas katil sambil main phone dan suruh aku pergi dengan Sarah sebab dia sibuk. Sibuk main phone ada lah!!.
"Busy sangat ke? Sampai teman sayang pun tak boleh?"
"Kerja abang dengan sayang lain"
Tu aje lah jawapan dia. Kerja dia dengan aku ni lain. Itu aje lah jawapan selamat dia.
"Okay fine. Busy lah sampai anak-anak pun dah tak rapat dengan papa dia lagi. Sayang tidur bilik anak-anak"
Aku langkah kan kaki masuk ke bilik anak-anak. Berbaring di sebelah mereka dengan menahan air mata.
Dia mulai nak buat perangai. Kena angin apa entah suami aku ni.
Syah Pov
"Perajuk. Tahu lah abang nak buat apa"
Syah tersenyum nakal seraya menutup lampu dan segera berlayar ke peraduan.
YOU ARE READING
Dia yang Aku Cinta ✔
RomansaAmira Batrisya tidak pernah terfikirkan akan menikah dengan seorang architect muda, handsome, dan kaya. "Mira....SHMILY" - Syah "Apa tu?" Aku bertanya pura-pura tak tahu. "See How Much I love You.." dia tersenyum simpul padaku. Ego itu adalah pem...