Sarah bukan sahaja teman aku, tetapi dia lah yang periksa aku sama ada aku ini mengandung atau pun tak.
Kecik besar kecik besar aku menunggu jawapan daripada Sarah. Datang bulan ku memang tidak lancar sudah 2 bulan ini.
"So?"
Sarah berwajah serius.
"So, kau tak mengandung"
Aku menghela nafas kelegaan. Bukan sebab aku tak nak anak lagi, tapi aku masih penat untuk mengandung lagi. Aku masih belum memberikan perhatian sepenuhnya kepada si manja Adza. Kalau aku mengandung lagi habis lah dia jeles tak tentu pasal.
"Lepas tu kenapa period aku tak lancar? Dah dua bulan aku tak period"
"Puan Amira, orang kalau period dia tak lancar tu bukan bererti dia mengandung. Kau ni terlalu kelelahan, kurang rehat. Kepenatan juga boleh menyebabkan siklus period kau ni tak lancar macam selalunya. So, chill. Kau sihat aje dan kau tak mengandung. Yang kau perlukan sekarang adalah berehat yang secukup pantasnya"
Aku hanya mengangguk dan mendengarkan Sarah dengan saksama. "Tapi, kenapa badan aku sakit-sakit macam aku nak mengandungkan Lynn dengan Adza dulu?"
"Sebab kau terlebih penat lah tu yang badan kau sakit-sakit. Sebab kau press sangat, kau paksa badan kau untuk kerja dan tak berehat. Badan kau ni kalau dia boleh bercakap dia dah meraung kesakitan tau"
"Padahal kau ni kan Sarah lebih penat aku tengok daripada aku"
Sarah tersenyum. "Tolak angsur, Mira. Kita ni berumah tangga kena bertolak angsur. Kena bergotong royong, gotong royong tu bukan setakat dalam hidup bermasyarakat tau. Gotong royong pun kena ada dalam hidup berumah tangga. Kau terlalu mengambil alih semua hal yang sebenarnya harus kauorang tanggung bersama"
Aku terdiam seketika. Semacam ada betulnya juga apa yang Sarah cakap dekat aku. Aku memang terlalu ingin kesempurnaan dalam keluarga kecil aku, aku nak kan everything going well no matter lah small or big things. Sebenarnya, Syah boleh sahaja tolong aku untuk uruskan segalanya, tapi aku yang tak berusaha untuk suruh dia tolong aku. Aku sedar, aku biarkan dia focus pada kerja dia padahal aku sering bebel pasal dia kerja kuat sangat.
"Kau terasa? Bagus!"
"Sarah, macam mana eh aku nak cakap? Aku ni semacam tak percayakan Syah kan?"
"Sebenarnya kan Mira, kau percaya dia. Tapi, ada ragu dekat diri kau. Itu lah yang membuatkan kau sangsi akan diri kau sendiri"
~~~
Selepas keluar daripada bilik kerja Sarah, aku pun keluar daripada pintu depan hospital yang tak jauh daripada kaunter.
Aku nampak akan kelibat seorang yang aku panggil suami tengah berjalan membawa beg kertas makanan dengan seorang wanita dan juga seorang pria di belakangnya.
"Abang buat apa dekat sini?" Sejurus itu lah aku langsung menghentikan langkah Syah.
"Sayang, abang lupa bagi tahu abang teman sekretari abang kesini sebab ada kemalangan dekat site semalam"
"Oh ini lah yang busy tu ye? Sampai hati kan abang, teman Mira tak nak, cakap busy lah apa lah. Teman sekretari, nak. Perangai!"
Aku berjalan cepat keluar daripada hospital, Syah kejar aku hingga ke parking area. Dia kejar sampai aku berhenti.
"Sayang, dengar abang"
"Apa lagi? Abang ni memang selalu kan? Berkorban demi orang lain, tapi sanggup korban kan isteri sendiri. Perangai tak ubah-ubah macam dulu, macam abang rela tinggalkan Mira demi Syakira. Demi nak tolong orang abang sanggup ketepikan Mira. Sampai bila-bila pun abang tak akan pernah berubah"
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia yang Aku Cinta ✔
Roman d'amourAmira Batrisya tidak pernah terfikirkan akan menikah dengan seorang architect muda, handsome, dan kaya. "Mira....SHMILY" - Syah "Apa tu?" Aku bertanya pura-pura tak tahu. "See How Much I love You.." dia tersenyum simpul padaku. Ego itu adalah pem...
