DyAC 9

5.3K 107 2
                                    

  Aku mencium bau dekat dapur. Syah ke? Aku bertanya dalam hati. Segera aku menyusuri rumah dan menunu dapur. Kelibat Syah ada disana dengan kuali di tangan kiri yang di angkat. Aku mendekati nya. Dia tak sedar atas kedatang ku.

  "Amboi.... ada masterchef rupa-rupa nya kat rumah ni" aku terkikik kecil. "Laaaah gagal lah surprise ni. Asal balik awal sangat" ucap nya setelah meletakkan kuali ke sinki dan menghadap ke arah ku. Apron di lepas nya dan di campak kan ke atas meja makan.

   "Hm kita balik awal salah, lambat salah lah pulak" aku pura-pura merajuk. "....tak nak kawan lah. Surprise kan? Macam tak surprise pun. Meja ni tak cantik pun" aku mengata dia sambil menunjuk meja makan yang bersepah. Baru nak berbaik dah laju nak mengata ya Mira? Dalam hati ku.

   "Hehe gurau lah sayang. Sekarang sayang pergi mandi tukar baju, lepas tu turun. Kita dinner" pinta Syah pada ku. "Okay... tapi tak kan nak makan ayam hangit ni?" Tanya ku tertawa gelak. Syah berfikir seketika. "Kalau macam tu abang mandi jugak. Kita dinner kat luar" aku dan Syah pun naik ke atas.

-----------------------------------------------------------
  Dia tak cakap pun nak pergi dinner kat sini. Tempat class ni. Dalam hati ku. "Awak... tengok lah baju saya. Macam nak pergi kat pasaraya je? Tukar tempat makan lah" pinta ku saat kami dah di pintu masuk Troika Sky Dining at The Troika. Korang rasa? Aku just pakai macam tu je. Macam gambar kat bawah tu 😂

Aku tengok semua orang yang masuk kat situ pakai dress lah, baju kurung modern lah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku tengok semua orang yang masuk kat situ pakai dress lah, baju kurung modern lah. Rasa macam nak lari je. Syah memaut tangan ku. "Tak apa sayang. Bukan abang kisah pun, nak selekeh ke atau apa pun. Bagi abang Amira Batrisya yang kat depan abang sekarang ni, berani... berani jadi diri dia sendiri" aku mula confident lah juga. Dia menggandeng tangan ku erat. Lalu kami masuk ke dalam dan menaiki lift.

  Wuaaaaa pemandangan kat atas jangan tanya lagi dah. Cantik gila. KLCC tu yang menambah kecantikkan nya. Syah membawa ku duduk di sebuah meja yang membuat view nya semakin cantik.

  "Cantik nyaaaaaa, hm abang dah buat reservation ke?" Tanya ku hairan. Hairan lah sebab kat sini dah full dah tapi still dapat seat juga. Yang buat ayam hangit kat rumah tu apa? Aku mula lah nak buruk hati.

   Syah hanya terseyum. Cair ya Allah. Dah lah muka tu iras Aiman Hakim. Senyum tu pun iras si Aiman tu. Hari-hari aku boleh cair lah kalau macam ni. "Abang tahu lah senyuman abang ni kan macam Aiman Hakim Ridza" dia tahu pulak aku tengah berangan kan si kacak Aiman tu. Malu lah pulok.

  "Memang pun. Tapi abang satu tingkat lagi kacak dari dia.." aku lalu melanjutkan "...eh tak tak. Abang dengan Aiman sama-sama kacak" hehe aku buat-buat muka melawak lah sekarang.

  "Abang... jadi apa maksud dari ayam hangit kat rumah tu?" Aku mula nak banyak tanya. "Kita ni sayang hidup kena ada plan B. Ini lah plan B tu." Jawab nya selamba. Aku hanya tersenyum simpul.

   Belum pesan makan pun tapi dah tersaji saja appetizer kat depan ni. Kalau aku lah kan tak kenyang lah makan benda ni.

   Selepas menjamah appetizer, soup, maincourse, dan dessert. Alhamdulillah. Kami pun berborak-borak, masih di meja yang sama.

   "Happy birthday sayang..." tiba-tiba sebuah kotak panjang yang cantik berwarna pink ada di hadapan ku. Mata ku berbinar.
   
   "Terima kasih abang... apa ni?" Aku malu-malu. "Buka lah" lalu aku pun membuka kotak itu. "Hm ticket flight" aku tersenyum sungging. Di situ tertukis KL-Mumbai. Nak jadi kajol dengan SRK lah kejap lagi.

   "Mumbai?" Dia mengangguk. "Kita adventure sikit. Dengar-dengar Aiman pergi mumbai tau" dia tergelak jahat. "Amboi... iya lah semoga terserempak Aiman kat sana kan. Lepas tu Mira pergi jalan-jalan dengan dia, abang Mira kurung dalam hotel" aku berbalik tertawa jahat. "Amboi jahat nampak" dia buat muka muncung dah sekarang.

  "Gurau lah abang. Abang pun cabar Mira kan. Kan Mira kata abanhmg dengan Aiman ni seiras, sama kacak. Jadi sama je lah" Syah hanya mengangguk.

   "Lusa tau kita dah pergi" dia mengingatkan ku. "Hm tapi kan, Mira ni student praktikal. Mana boleh nak cuti macam pekerja tetap. Nanti kena repeat sem. macam mana?" Aku mula nak susah hati.

   "Mesti boleh lah... abang cakap kat Dr. Razak, nak?" Aku terkejut. Macam mana dia kenal. "Jap...jap asal kenal Dr. Razak ni?" Aku mula bertanya dengan hairan. "Oh lupa nak cakap, Dr. Razak tu adalah....." dia berhenti. Ni lah benci dia suka bagi intro dulu lepas tu batu nak cakap. Jahat lah.

   "Mantan suami mama Farah" dia melanjut kan. Ini yang aku tambah terkejut. Mata ku terbeliak dah nak terkeluar biji mata. "Biar betul bang?" Syah mengangguk pasti. Malam ini aku baru tahu sebuah kebenaran lagi. Dah dekat nak 6 tahun aku di keluarga ini, baru aku tahu.

   "Tak kan lah dia nak bagi" aku melanjutkan pasal tadi. "...lagi satu. Tak nak lah bang, nanti apa kata student praktikal yang lain. Tak nak tak nak" aku memag tak nak lah. Bukan apa, aku tak sampai hati dengan yang lain.

   "Sayang.... tak payah risau. Bukan ke next week tu hari terakhir sayang kat situ? Lepas tu buat exam ke thesis ke lepas tu convo?" Aku mengernyitkan dahi. Iya ke? Asal aku sendiri tak sedar?

   Aku membuka phona dan tengok tarikh. "Eh iya lah. Asal tak perasan eh?" Aku menepuk kening ku. "Jadi abang cakap kat Dr. Razak yang sayang ni di percepatkan 3 hari. Then dia bagi OK!" Dia membuat tangan nya ke bentuk ok.

   "Okay kalau macam tu, Mira nak lah pergi jalan-jalan" aku tersenyum lebar.

   Kami keluar dari pada sky dining itu. Tiba-tiba suara seorang wanita terdengar. "Asslamualaikum, Syah." Lembut saja suranya. Nampak aku dengan baju kurung modern warna abu-abu dia dan shawl jenama naelofar kaler navy. Peminat Neelofa dia ni. Dalam hati ku.
 

    "Waalaikumsallah.. ei Syakira" Syah tersenyum lebar nampak macam rapat sangat dengan dia ni.

Aku tersenyum juga ke arah nya....

Hai tungggu next chapter yeee. Tq sebab baca 😚😚😚

Dia yang Aku Cinta ✔Where stories live. Discover now