DyAC 2

10.7K 194 2
                                        

   Pagi hari macam biasa. Sehabis ber-tung tang tung tang kat dapur. Aku segera mencapai beg laptop dan buku-buku perkuliahan ku. "Awak.... oooo awak.... jom sarapan. Sejuk nanti" teriak ku, macam biasa. Dia ni kalau tekak aku tak sampai sakit memang tak sah lah. "AWAK! berkemas dah lebih-lebih perempuan nampak" perli ku sambil tertawa puas. Merajuk? Aku bukan kaki perajuk sebenarnya. Aku memang suka marajuk. Tapi satu hari tu je. Esok aku dah macam biasa. Aku dah lupa. "Eeeiii, jaga mulut sikit eh. Kau ni, aku cari tali leher aku lah. Kau pun satu simpan entah entah kat mana. Nasib baik jumpa. Kalau tak dah terbang dah mee goreng ni" ucap nya selamba dan kekwat. "Amboi.... garang nampak. Itu lah hari tu bukan main marah kita sentuh barang dia. Mengada je. See, awak perlu jugak kan bantuan saya. Girl power!!" Aku tertawa selamba sambil mencedok mee goreng mamak style lah katakan ke atas pinggan nya. "Ye laaa. Ye laaa. Nasib baik kan awak pandai masak. Kalau tak saya campak dah awak kat mana-mana" suapan mee goreng pertamanya terlihat nikmat. Aku tanpa sedar memandang ke anak matanya. "Dah macam tenung apa dah nampak. Aku tahu lah muka aku handsome macam Aiman Hakim Ridza. Lamunanku terbuyarkan. "Eiiii.... Aiman lagi handsome dari awak" sambil meneguk jus oren yang sangat masam. Aku memang peminat tegar Aiman Hakim Ridza lah, semua drama-drama dia aku dah tengok dah. Mulai dari vanila cokelat, projek memikat suami, isteri separuh masa, dan lain-lain. Sebenarnya muka Syah ni ada iras Aiman Hakim Ridza. Dia memang sangat kacak. Apa lagi dengan lengan kemeja yang diikat hingga ke siku. Bertambah handsome macam Dr. Nazrin dalam Isteri separuh masa cehhhh. Kalau ikut kan hati aku memang dah tertambat hati kat dia. Tapi aku malu sekaligus aku takut. Dia pasti tak suka kat aku. Dalam isteri separuh masa kan Wani berkahwin dengan abang angkat dia. Aku? Aku berkahwin dengan uncle angkat aku sendiri. Memang lah pangkat lain tapi cerita sama. Aku suka tengok dia garang. Sweet lah nampak.

Selepas sarapan, aku dan dia dah lain haluan. Entah nanti tengah hari makan bersama ke tidak. Aku jarang lah makan berdua dengan dia. Sebab aku sedar diri. CEO always busy, tak gitu ehk? Aku tak pernah teragak-agak nak tanya dia makan mana hari, dia nak lauk apa hari ini. Cehhhh jangan harap lah. Dia tak suka. Dia kata aku menyebok je pasal dia. Berhubung aku ini adalah student praktikal, jadi aku akan on duty la kat hospital. ini adalah minggu kedua aku rasa letihnya membagi masa antara kerja dan rumah. Memang kat rumah tu tak berapa nak busy sangat sebab mamat kekwat tu memang tak banyak cakap lah pasal makanan. Itu saja yang aku suka. Dia hanya kisah pasal baju dan rumah. Kalau nampak lah kusut atau rumah tu bersepah sikit. Habis dia maki aku. Dah kebal dah. Tambah-tambah aku dah kat hospital saja. Jarang berkemas. Tambah lah dia tension kat aku. Hari tu dia marah pun sebab aku hangitkan baju kerja kesayangan dia. Aku buat baju tu berlubang. Sebab aku lupa. Memang salah aku. Tapi dia juga salah. Cara dia tegur aku macam dah orang tak ingat tutur bahasa. Dia ingatkan aku tentang siapa aku, sebab apa aku kena pungut. Apa tak sakit hati. Sakit beb. Setakat pasal baju berlubang je dia dah macam tu. Apatah lagi aku calarkan seisi rumah dia. Entah entah aku kena maki tahap teruk seteruk teruknya. Eiii nak fikirkan benda tu pun aku tak sanggup.

-----------------------------------------------------------
"Mira oi" sapa suara celupar yang paling aku sayang. Sarah Anasya. Memang kawan terbaik dari awal kuliah lagi. "Oi cik Sarah" jawab ku hangat. "Melamun je dari tadi aku perati kau ni" ucapnya sambil meneguk ais lemon tea ku dekat kedai depan hospital. Ini adalah time lunch hour. So tengah makan lah ni. "Tak ada la, eiii pergi lah order sorang. Main hentam je minuman aku" ku cubit lengannya yang tak seberapa nak kurus itu. "Sorry beb, aku tadi lambat keluar sebab pesakit kat bilik 210 tadi tu ha" ucap nya sambil mengacungkan tangan memanggil pelayan."...saya nak order lemon squash lah dengan chicken rice" ucap Sarah. "Hm kenapa pulak dengan pesakit tu?" Tanya ku selepas pelayan itu berlalu. "Dia macam ada mental sikit. Tapi kalau dia ada sakit mental tak kot dia nak duduk sini. Dia dah pergi hospital sakit jiwa kot. Masih muda beb 22 tahun. Sama dengan kita. Dokter Razak syak dia ni traumatic sebab kemalangan 2 hari yang lepas". Aku hanya mengangguk. Kasihannya. Aku turut bersimpati. Makanan Sarah akhrinya datang. Dengan rakus dia makan chicken rice yang tak seberapa nak sedap lah kalau menurut aku. Cehhh.

Pukul 6 petang, aku dah terstuck pada kesesakan jalan raya. Jalanan Kuala Lumpur yang sedikit gelap sebab mendung aku perhatikan. Mengingat-ingat masa aku dekat Rumah Cahaya Kaseh. Lama sudah aku tidak kesana. Besok aku bercadang nak melawat rumah kebaktian yang aku diami sejak masih bayi hingga 17 tahun itu. Jem kali ini entah kenapa aku rasa macam teruk pun ada. Macam ada sesuatu kat depan sana. Aku lihat seorang anak kecil berlari sambil menangis mengetuk pintu kereta ku. Wajahnya sayu. Aku keluar dari perut kereta. "Kenapa ni dik?" Tanya ku. "Kakak... akak dokter ke?. Tolong mak saya. Tolong mak saya" aku segera berlaru mengekori gadis kecil ini. Tak ku hiraukan lagi macam mana dia boleh tahu aku ni dokter. Aku sampai di tepi jalan. Memang ada kemalangan jalan raya. Kereta berwarna merah itu penyek. Seorang wanita yang tengah sarat mengandung itu menangis menatapku. Aku bingung. Aku memang dokter. Tapi aku bukan dokter kandungan. "Kejap kak, saya call kawan saya" aku pun menelpon Sarah. Dia adalah dokter ahli kandungan. Sementara aku adalah dokter anak. 15 minit kemudian Sarah datang dengan tergesa-gesa berlari dari arah utara. Memang jarak nya belum jauh dari hospital tempat aku praktikal. Segera orang disekeliling itu membantu memapah wanita ini hingga 200 meter jauhnya untuk menjangkau van hospital yang terparking disana. Karena jem maka kereta hospital tak boleh lalu. Aku dengan tanggap menggendog gadis kecil yang sedari tadi menangis dan memanggil "mama... mama" sebak aku dengar. Aku dukung dia masuk dalam van hospital lalu aku kembali ke kereta ku. Untunglah jem dah reda, aku segera mutar balik ke hospital.

Jam menunjukkan pukul 8 malam. Aku dah tak sedap hati menunggu pembedahan. Aku tetap menggendong gadis kecil yang bernama Lucy ini. Comel. Aku gelisah karena smartphone ku mati. Habis battery. Aku takut Syah menunggu. Akhirnya aku ke kaunter dan meminjam telepon hospital. Tak di angkat. Kemana kah dia. Tak lama. Sarah dan Dokter Qaisara keluar dari bilik pembedahan dengan senyum. Alhamdulillah aku ucapkan dalam hati. Lucy yang sedang memakan roti yang ku beli di 7 Eleven tadi ku bawa masuk menemui mama nya. Cantik sungguh kakak ini desis ku dalam hati. Dia masih belum sedarkan diri. Sarah menjeling ku dan memberi isyarat agar aku segera pulang. Dia tahu aku sedang cemas. Takut dimarahi oleh Syah. "Hm Lucy, kakak balik rumah dulu ya. Esok kakak jumpa Lucy lagi" ku kecup pipi pau nya. Lucy terseyum dan memberi ku kiss bye. Comel. Segera aku keluar dengan menggandeng tangan Sarah. "Balik lab beb. Aku pun takut juga. Aku takut kau kena marah" ucap Sarah lembut. "Ye, aku balik dulu ya cik Sarah. Assalamualaikum". "Waalikumsallam". Lalu aku segera berlalu dari sana.

Dia yang Aku Cinta ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang