DyAC 18

4.6K 103 2
                                    

Syah dan Syakira prov

Secarik kertas itu diambil nya dan di buka.

Surat pernyataan....

"Pn. Amira Batrisya di nyatakan sihat dan boleh mengandung..." terkedu hati Syah baca.

Rasa bersalah sangat.

Syakira mendekati Syah, "Syah.... I rasa bersalah" ucap nya sayu di atas katil.

Baju pengantin masih di pakai.

Syah diam masih belum menjawab "apalagi I Sya, I lah yang paling salah dalam hal ni. I yang dah perlakukan dia tak baik" Syah menangis tipis.

Jiwa lelakinya hilang sekejap, perasaan yang sukar untuk di jelas kan.

Sebenarnya jauh di lubuk hati lelaki nya, masih sangat mencintai seorang wanita yang comel lagi tangguh bernama Amira Batrisya.

Dia lah cinta hati nya. Sebab Mira lah hari-hari nya berseri.

Sejak break up dengan Emelda suatu ketika dahulu, Syah...

Memang hari yang Mira jumpa Emelda kat rumah tu dorang masih 'bercinta' lagi. Syah cheating.

Tapi, sejak dia dapat tahu yang Emelda sebenarnya curang juga. Syah pun tersedar, yang depan mata itu lah segala nya.

"Apa yang I nak buat..." dia mengeluh terduduk.

Syakira ikut duduk dan menenangkan Syah.

"Syah, I minta maaf. Sebab I...."

Syakira berlari-lari dan mengetuk pintu pejabat Syah. Menangis terisak-isak.

"You kenapa ni Sya?" Tanya Syah tak sedap hati dan gusar.

"Syah... tolong I, I dah tak tahu nak macam mana. I dah tak tahu nak hidup lagi ke tak.." Syakira terduduk sayu di atas sofa pejabat Syah.

Syah pun duduk di sebelah nya. Dengan pelan dia bercakap.

"Cuba you cakap slow-slow Sya, take a deep breath. Lepas tu baru cakap" Syakira menatap Syah lalu mengeluarkan sesuatu dari beg nya.

"Test pack?" Syah terkejut. "I...I mengandung Syah" makin menjadi-jadi Syakira menangis.

Syah pula ternganga tak percaya.

Apa tak nya, Syakira tu baik apa. Gadis baik-baik. Tak kot dia nak buat macam tu, fikir Syah.

"Siapa yang dah buat ni Sya?" Wajah Syah bersimpati.

Masih dengan terisak-isak menangis "Daniel...dia yang buat" Syah lebih tak faham lagi. Siapa Daniel?

"Boyfriend you ke?" Syakira menggeleng "abang tiri I" baru Syah faham.

"Sebenarnya... I dah lama jadi mangsa dia. Dia rogol I dah lama, I berdiam diri sebab I tak nak dia apa-apa kan mama I. Syah, I nak buat apa?"  Syah tenung wajah sahabat nya penuh iba.

"Kahwin dengan I?" Syakira melongo ternganga tak percaya.

"Tak...tak, you kan dah beristeri..tak" Syakira menolak dengan pasti. Tak kan lah dia nak menyela di antara masjid sahabat nya sendiri.

"I boleh cakap dengan Mira, dia akan faham. Sya, you tengok diri you" Syakira masih menutup mulut nya.

"Syah... Mira tu baik tau. I tak nak luka kan hati dia" Syah menggeleng.

"You ingat tak dulu you tolong I dari samseng masa sekolah. I hampir mati, sebab keberanian you datang bawa polis. I selamat" Syah meyakinkan Syakira.

"Tapi, tak dengan cara melukai perasaan Mira untuk you bayar balik jasa I dulu. Tak pe lah Syah, I sanggup tanggung semua ni. I ni perempuan hina, buat zina, tak suci" Syakira memukul-mukul kepala nya.

"Stop lah seksa diri you. Stop persalahkan diri you" Syakira tenung wajah Syah.

"Stop persalahkan diri you, jangan nangis-nangis. Baby kat dalam perut you tu nanti nangis juga.." Syah mengecup kening Syakira, kecup kening tanda sayang sebagai sahabat. Dia halal untuk Syah, kini.

"Syah, better you kejar Mira. You kejar cinta you" Syakira mencuba meyakinkan Syah.

Syah terdiam...

"I nak kejar dia Sya. Sedari tadi I nak kejar. Tapi, I fikir balik. Kalau dia jodoh I, someday dia akan balik lagi kat I. Sekarang ni, biar lah dia sembuhkan hati dia yang sakit disebabkan aku" Syakira tersenyum

"Syah, awak betuk-betul sayangkan dia. Cinta awak suci dan tulus untuk dia. Kejar dia, cari dia" lalu Syakira masuk ke tandas meninggalkan Syah di atas katil.

-----------------------------------------------------------
2 tahun kemudian...

Mira prov

Aku masih disini, masih dengan luka ini. Yang masih membekas dan tetap membekas. Entah sampai bila.

Aku dah bercerai dari Syah, sebulan yang lalu. Lama memang.

Aku sedikit perasaan lega, lagi banyak perasaan menyesal.

Janda masa umur 25 tahun? Aku tergelak sayu. Terima lah saja ketentuanNya.

Syah milik Syakira. Itu yang harus aku sedar. Bukan milik aku lagi.

Ku hidu harum teh hijau yang menemaniku pagi ini.

Tokyo salju sekarang ini. Ya. Aku kat Tokyo sekarang. Aku kuliah lagi, kali ini pada major yang jauh berbeza dari sebelum nya.

Bunka Fashion College / Bunka Women's University. Aku mengambil "Fashion Creation and Technology" sangat jauh berbeza kan?

Aku rindu kat Sarah. Rindu kat mama. Rindu kak Luna. Rindu.. mamat Zain jugak.

Aku tak sabar nak balik Malaysia. You know what guys? Sarah dan Zain nak berkahwin, itu yang aku nak balik. Tak sangka lah, diam-diam aku kat sini bercinta pulak dorang kan?

Happy tak terkata lah padah nya.

Aku hidup bersama dengan kawan baru kat sini. Orang minang. Itu yang aku asyik makan rendang je hihi.

Dasfina Awaliya. Cantik. Pandai masak. Orang Padang, Indonesia.

"Onde mande lamak banna" aku dah pandai lah cakap Padang sikit-sikit. Setakat puji masakan dia tu tak ada hal lah weyh. Hihi.

Dia pun aku ajar cakap Malaysia, boleh tahan jugak lah. Kalau orang tak tahu, silap-silap orang cakap dia ni orang Malaysia. Lemak gitu dia cakap melayu.

"Dah pandai cakap Padang ya?" Aku pula perli dia balik. "Dah pandai masam nasi lemak ya? Hihi" dia menjepit hidung ku dengan tangan nya.

"Adoi. Sedap bau" aku menghidu nya lalu meletakkan cawan teh hijau di sinki.

"Makan lah Mira. Kita kan mau ada pe..periksaan? Betul ke?" Dia bertanya. Aku pula gelak. "Betul sayang kuuu" kami berdua gelak.

Baru 2 tahun aku kenal dia, tapi aku dah seleaa dengan dia. Dia lah tempat aku mengada bla Sarah tak ada depan mata ku.

"Mira, lusa kan kamu balik Malaysia?" Tanya nya sambil menyuapkan nasi lemak kat dalam mulut nya.

"Yup, kamu tak balik ke Fina?" Dia menggeleng. "Why?" Aku hairan. Cuti lama weyh 2 bulan. Gila tak balik.

"Keluarga ku datang sini" jawab nya. Dia ni orang kaya. Parents dia orang terlajak kaya. Untung nya.

"Okay lah, happy holiday tau"

-----------------------------------------------------------
Morning Malaysia!!!!

Hati ku ada di sini. Masih di sini.

Dia yang Aku Cinta ✔Where stories live. Discover now